Saturday, April 3, 2010

Projek Membodohkan Orang Melayu Sudah Mula


HULU SELANGOR DAPAT EMPAT SEKOLAH BARU - Malaysiakini


Meskipun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lawatannya ke Hulu Selangor hari ini bukan untuk berkempen, namun kawasan parlimen itu dijanjikan empat buah sekolah baru.

Berucap kepada 500 guru dari Hulu selangor yang dihimpunkan di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Muhyiddin mengumumkan sebuah sekolah menengah dan tiga sekolah rendah akan dibina.

Dalam ucapan 30 minitnya itu, Muhyiddin, yang juga menteri pelajaran berkata guru berperanan membawa tahap pendidikan negara ke tahap antarabangsa.

Selesai majlis itu, Muhyiddin bergegas ke sebuah masjid di Kampung Sentosa di batang Kali.

Selepas menunaikan solat asar, beliau mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk mengatasi masalah banjir di kampung berkenaan.

Sehubungan itu, timbalan presiden Umno mengarahkan Jabatan Kerja Raya menyempurnakan projek berkenaan dengan kadar segera selaras dengan prinsip rakyat didahulukan.

Dalam pada itu, beliau turut meluluskan permohonan Masjid Al-Sajdin di Kampung Sentosa untuk mendapatkan van jenazah dan tempat wuduk jemaah perempuan yang menelan belanja RM100,000.



Penduduk kawasan Parlimen Hulu Selangor sudah mula diberi gula-gula sempena PRK yang akan datang. Mereka dapat sekolah baru, peruntukan RM 2 juta, van jenazah dan tempat wuduk.


Ini juga musim penduduk boleh meminta-minta. Mintalah apa saja. Tapi masalahnya janganlah sampai diperbodohkan. Masalah di sini ialah pengundi-pengundi Melayu. Kalau mereka cerdik, tak apa. Terima macam-macam, dapat itu ini tapi tetap pangkah PR. Tapi kalau jenis tahap Felda, susahlah.


Orang Melayu ni bukan boleh tahan dengan godaan material. Dapat RM 200 pun dah boleh gadaikan maruah dengan mengundi pengkhianat rakyat.

0 comments: