Tuesday, April 27, 2010
Tenang, Bro Zaid.
Saya nak simpan dulu amarah untuk kaum Melayu. Seperti yang saya kata sebelum ini dan selama ini yang bermain di kotak fikiran, yang mendatangkan masalah setiap kali pilihanraya adalah pendirian dan sikap orang Melayu. Ok, stop kat sini dulu. Sambung lain kali. Entri ini hanya untuk Zaid Ibrahim, yang kalah bermaruah.
Adat bertanding, ada yang menang, ada yang kalah. Namun kalah sekali tak bererti kalah selama-lamanya. Flashback balik hampir 3 tahun lepas. PRK di Hulu Selangor lebih kurang macam PRK Ijok. Calon BN dari kaum India. Calon Melayu PKR pula bukan jenis calang-calang orang. Dua-dua PRK ini, calon India BN menang. Tapi di Ijok, calon India BN yang sama kalah pada calon Melayu PKR yang sama pada PRU-12. Yang menang tu, jangan sengeh memanjang ok.
Saya rasa Zaid Ibrahim lebih sesuai bertanding di tempat asalnya (Kota Bharu). Parlimen Kota Bharu merupakan kerusi PKR pada 2004 sebelum bertukar menjadi kerusi PAS pada 2008. Kowtim sekali lagi dengan pemimpin PAS Kelantan untuk bagi kerusi Parlimen Kota Bharu kepada PKR, Zaid Ibrahim. Zaid Ibrahim sendiri bekas ahli Parlimen Kota Bharu 2004-2008.
Rezeki tak ada lagi, bro Zaid. Lagi satu, lain kali kalau bertanding, mesrakan diri dengan orang Melayu dengan merajinkan diri bercakap Bahasa Melayu. Jangan asyik Inggeris saja. Tahulah awak tu expert dalam BI. Kalau asyik cakap BI, nampak macam "terhakis" kemelayuan berbanding Kamalanathan yang fasih berbahasa Melayu. Faham-faham sajalah di negara "Ketuanan Melayu" ini.
Apa-apapun jadikan PRK ini sebagai batu loncatan untuk berjaya pada masa hadapan.
Categories :
Zaid Ibrahim
3 comments:
Saya setuju dgn komen anda pasai Zaid. Nak yang lagi sakit telinga, baca blog lim kit siang. tapi PAS lah yg teruk kena lepas HulSel ni. macam-macam!
Analisis Hulu Selangor (1): PAS Biggest Loser?
tak ada apa yg nak di katakan lagi,selagi umno di utamakan dan rakyat miskin di perbudohkan,undang2 di pijak2, spr di lacurkan ,intelekcual di persendakan, rasuah di pertuhankan,
rakyat sentiasa di kencingkan,minda
di mabukkan , maka selama itu lah malaysia tetap sebagai negara mundor dlm demokrasi dan di pandang sinis oleh cerdik pandai walau pon berjuta2 di belanjakan utk tujuan publisity tak ada arti nya.
Saya juga setuju beliau kembali ke Kota Baru.
Kawasan melayu Felda yg kawasannya tertutup dari sumber maklumat terpengaruh dgn gambar 'superimposed' Datuk Zaid...
Post a Comment