Wednesday, April 28, 2010

Wow! Mat Ezam Bakal Jadi Senator



Bekas ketua pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Nor adalah antara empat orang yang akan dilantik sebagai Senator.

Menurut The Star Online, mereka yang lain termasuk timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel, pengerusi eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan presiden Senat, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, Isnin depan. - Malaysiakini


Ezam bakal dilantik menjadi senator. wow! Apa yang bakal diucapkan oleh beliau di Dewan Negara? Adakah masih lagi tentang sumpah. sumpah, dan sumpah setelah mengangkat sumpah?


Saya sendiri merasa serba salah, tak tahu peluru apa yang patut diberikan kepada beliau. Saya akan komen dan memberi pendapat peribadi saya sendiri mengenai susuk tubuh ini selepas beliau mengangkat sumpah nanti.

0 comments: