Wednesday, April 21, 2010

Masih Adakah Pemimpin UMNO Yang Bermaruah Seperti Zaid?

Zaid meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana tidak bersetuju dengan kerajaan yang menahann Teresa Kok, Raja Petra dan seorang wartawan Sin Chew Daily di bawah ISA. Bukannya mudah melihat seorang pemimpin UMNO yang mempunyai kuasa dan pangkat meletakkan jawatannya atas dasar prinsip dan maruah.


Sebaik saja menjawat jawatan menteri, Zaid cuba untuk membersihkan institusi kehakiman dan ingin melakukan beberapa perubahan. Langkah Zaid yang paling diingati ialah cadangannya supaya kerajaan menebus dosa silam dengan membayar ex-gratia pada 5 orang peguam yang dianiayai pada lewat 80-an. Ketika itu kerajaan di bawah pemerintahan Mahathir.


Sekarang bermacam-macam penyelewengan yang semakin membarah di dalam pentadbiran negara. Tapi ada tindakan pemimpin-pemimpin UMNO? Mereka buat seperti lembu kenyang. Tak kisah asalkan poket penuh, walaupun ada diantara mereka yang menyedari hakikat ini. Tapi nak buat macam mana, kalau bersuara habislah segala kemudahan. Ini pemimpin UMNO, mana ada maruah.


Kalau ya pun Zaid minum arak dan berjudi, itu di zaman UMNO okay. Dan itu juga menunjukkan perangai-perangai sebenar pemimpin UMNO. Kalau Zaid pernah begitu di dalam UMNO, apatah lagi pemimpin-pemimpin UMNO yang lain? Tak usah tunjuk baiklah. Sebelum serang peribadi orang, cermin sikit diri tu.


Orang Melayu, tolong buka mata! Jaga maruah kamu.

PAS sudah lama memaafkan Zaid. Zaid sudah lama bertaubat. Islam melarang membuka aib orang yang sudah bertaubat. Yang sudah tu sudahlah. Paling penting beliau sedia melawan kemungkaran. Zaid pun senang dengan PAS.


Walaupun pernah terluka dengan tindakan Zaid terhadap Kerajaan Kelantan 17 tahun lalu, Tok Guru dah lama maafkan Zaid. Lusa beliau datang ke Hulu Selangor untuk bagi sokongan kepada Zaid. Semoga berkat bersalaman dengan tok guru membuahkan hasil kemenangan kepada Zaid nanti, InshaAllah.



Zaid letak jawatan dalam kabinet kerana menentang ISA. Tahun lepas beliau ambil keputusan untuk sertai rakyat dalam perarakan anti ISA. Walaupun lututnya sudah tidak sekuat 30 tahun lalu, tapi beliau tetap tidak mahu ketinggalan bersama-sama membantah kezaliman.

2 comments:

azreen said...

zaid ibrahim ada maruah?? maruah x penting pagi pengkhianat ni..yg pentng duit..siap mintak umno byr 8juta utk dptkan bgunan umno kota bharu..

Anonymous said...

azreen, ko tahu apa tentang maruah , ko tahu ker citer sebenara bangunan umno tu... kalu tak tahu lebih baik diam jer...jangan nak memandai mandai..sedap ras jer nak kata org pengkhianat.....