Sunday, April 25, 2010

Selamat Buang Undi

2 hari tidak menjenguk ke alam maya kerana tidak ada kesempatan. Apa-apapun, saya ingin ucapkan selamat mengundi kepada pengundi-pengundi P49 Hulu Selangor. Yang duduk jauh tu baliklah mengundi. Menangkan calon yang betul. Usah gadaikan maruah kepada calon dari parti yang korup.


Hari berkempen sudah berakhir. Hari ini hari penentu dan hasil daripada kempen selama beberapa hari. Syabas kepada blogger-blogger yang tolong berkempen untuk membantu kemenangan calon Pakatan Rakyat dan tak lupa juga kepada petugas-petugas yang bertungkus-lumus di sana.



Malam nanti sama-sama kita nantikan keputusannya. Undi dari kaum India agak berbelah bahagi. Dari kaum Cina pula, majortitinya bersama calon Pakatan. Kedua-dua kaum ini walaupun peratusannya rendah dari kaum Melayu, tapi undi mereka boleh menjadi penentu kemenangan.


Dalam mana-mana siri pilihanraya, yang selalu kena tumpu ialah pengundi Melayu. Mereka ini berbeza dengan pemgundi-pengundi dari kaum lain. Kena bagi petunjuk betul-betul macam ajar anak kecil berjalan kerana pengundi Melayu yang biasanya majoriti di mana-mana lokasi kurang cerdik berbanding pengundi dari kaum lain.


Di Hulu Selangor, peratusan Melayu paling tinggi (lebih 50%). Biasanya mereka ini bermasalah. Lebih-lebih pula dari kawasan Felda. Tak tahu lagi nak membezakan dan menggunakan akal dengan sebaik-baiknya. Untuk membuat mereka melakukan perubahan, bermacam-macam strategi perlu dilakukan dan kaedah penyampaian maklumat dengan betul. Kerana biasanya mereka hanya mengharapkan maklumat daripada media arus perdana.


Undi kaum Melayu terhadap calon Pakatan boleh dikatakan agak kurang memuaskan. Apa-apapun sama-sama kita lihat keputusannya nanti.

0 comments: