Thursday, April 29, 2010

Tubuhkan Suruhanjaya Salah Laku Polis


Setelah menjelajah dari satu blog ke satu blog, Pyanhabib ke Khalid Samad, saya percaya bahawa mangsa/Allahyarham bukanlah saorang pesalah. Arwah terlanggar kereta, pecut dengan perasaan takut, dikejar sekumpulan motor, bawa kereta laju lagi sehingga memotong kereta peronda polis.


Sehubungan dengan ini, saya mengulangi cadangan tentang perlunya menubuhkan satu suruhanjaya atau badan yang berfungsi untuk menyiasat salah laku polis. Sekarang, polis dengan samseng/thugs pun tak boleh kita nak beza.


Hari semalam, A. Kugan dan Teoh Beng Hock, hari ini Aminulrasyid, hari esok, siapa pula yang bakal menjadi mangsa?


Saya juga memberi cadangan kepada kerajaan supaya gubal satu akta yang melarang remaja bawah umur yang keluar rumah melepasi jam 11 malam. Akta ini ada dibuat di satu negara, malangnya saya sudah lupa.


Jika polis sendiri tak boleh nak jaga keselamatan, siapa lagi yang nak jaga??

0 comments: