Friday, April 9, 2010

Cerdikkah Pengundi Melayu?




Isu yang hangat diperkatakan sekarang ialah APCO. Anwar Ibrahim begitu bersemangat mendedahkan hubungan di antara APCO yang didalangi oleh Israel dengan kerajaan Malaysia. Isu ini jugalah yang turut dimainkan oleh beberapa ahli parlimen Pakatan dan juga blogger-blogger pro-Pakatan. Dan nampaknya isu APCO ini bakal dimainkan sempena pilihanraya kecil di Hulu Selangor ini.


Tapi, terkesankah pengundi-pengundi Melayu terhadap isu besar ini? Reaksi mereka seakan-akan ia bukan perkara besar, bukan? Terutamanya Melayu-Melayu di kampung. Saya positif bahawa mereka langsung tidak terkesan dengan isu ini. Apatah lagi dengan isu-isu yang mengaitkan dengan penyalahgunaan kuasa, kronisme, dan korupsi. Mereka seolah-olah "tiada perasaan" dengan isu yang berkaitan dengan integriti.


Mereka mungkin hanya terkesan dengan isu pembahagian baja, kehilangan lembu, pembahagian wang dan lain-lain isu remeh temeh. Ingat lagi isu Altantuya? Berapa kerat sangatlah kaum-kaum Melayu yang ambil serius mengenai perkara itu. Sedangkan ia berkaitan dengan imej negara Malaysia.


Di sini kita semua terpaksa terima hakikat. Dan saya tabik kepada kebanyakan pengundi Cina yang peka dengan isu-isu besar. Mereka cukup marah dengan isu rasuah, seolah-olah maruah mereka dicarik-carikkan jika ada pemimpin yang terlibat dengan rasuah. Golongan tua pula rajin membaca akhbar berbahasa Cina (yang lebih telus berbanding akhbar Melayu), jika lepak di kedai kopi pun mereka tidak bercakap perkara yang sia-sia.


Di sini kita sudah dapat menilai sama ada pengundi Melayu ini cerdik atau sebaliknya. Jika datang sesuatu isu, ia hanya hangat buat sementara waktu (hangat-hangat tahi ayam). Beberapa minggu kemudian hilanglah. Berkesankah jika isu APCO dibawa ke Hulu Selangor? Rasa-rasa tidak....


Nota :


Ucapan seribu tahniah dan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin yang prihatin terhadap isu keselamatan negara dan berusaha beserta bersemangat membongkar isu-isu yang tersembunyi di sebalik pentadbiran kerajaan UMNO/BN.


Mahfuz Omar merupakan salah seorang daripada mereka. Walaupun beliau hanya belajar setakat SPM, namun kebolehannya mengupas sesuatu isu dan usahanya membongkar segala macam kepincangan patut dikagumi.


Jauh beza dengan seekor penulis dan blogger tua tak sedar diri yang merasakan diri dia hebat mengulas sesuatu isu tapi hanya sekadar menjadi anjing salak bukit. Cari gaduh dengan seorang EXCO pasal isu kambing, itu lagi teruk walaupun pernah mengaji "oversea". (tak jauh, di Indonesia saja!). Itu pun dah berlagak. Kata kat Mahfuz "orang kampung", habis dia tu bukan orang kampung jugak ke? Usah berlagak la walau dah pernah berdamping dengan ramai orang politik!

2 comments:

Anonymous said...

Kurang2 dia belajar oversea. Kau? KUIS?

Ko kutuk orang, pdhl ko pun sama. Walaweiii!

Anonymous said...

Sapa cakap? MMU kot? kih3