Sunday, April 4, 2010

Cerita Pasal Superman

NAJIB BUKAN SUPERMAN - AWANG SELAMAT


Penulis murahan Awang Selamat dalam kolumya hari ini terus mengampu Najib dengan memuji-muji Najib yang berjaya membawa banyak perubahan dalam masa yang singkat, iaitu genap setahun pemerintahannya, semalam (3 Mac).


Hala tuju negara makin jelas, prestasi ekonomi bertambah baik dan pentadbiran lebih kemas. Banyak pembaharuan yang beliau laksanakan mula membuahkan hasil, kata Awang Selamat.


Tambah Awang lagi, kesungguhan Najib untuk memupuk perpaduan rakyat Malaysia dengan gagasan 1 Malaysia tidak boleh disangkal lagi. Namun begitu, Najib bukanlah Superman dan tidak ada lampu ajaib untuk mengubah segala-galanya.


Iyalah, kalau Najib itu Superman, Rosmah pula SuperBIGwoman (mama). Kalau Najib Superman, pembunuh sebenar Altantuya mungkin sudah lama diketahui. P Balasubramaniam pun taklah susah-susah nak bersembunyi di Singapura, Raja Petra pula tak perlu nak menyorok-nyorok. Takkanlah superhero nak menzalimi orang.


Tambahan pula, kalau dia itu Superman, harga minyak tak akan naik, enjin jet pesawat tak akan hilang, kapal selam boleh menyelam, Sukhoi jet pun masih boleh terbang. Lepas tu, apa lagi? Oh ya, DUN Perak pun mungkin sudah lama dibubarkan.


Akhir sekali, tak perlulah nak meniru dan menciplak Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) ke dalam Model Ekonomi Baru (MEB) kemudian mendakwa bahawa itu idea dia. Gila!


Ini bukan Superman, ini Suwey-man namanya.


AKU BUKAN SUPERMAN


Memang menyampah benar rasanya ketika kali pertama mendengar lagu ini (Indonesia) pada tahun lepas. Kawan sebilik yang pasang melalui laptop dia.


Aku bukanlah Superman, aku juga bisa nangis.. - Aduh, sampai sekarang kalau teringat lagu ni masih lagi rasa menyampah. Little brat mana ntah yang nyanyi lagu ini.


A MAN WHO WAS SUPERMAN (2008)



Ini movie yang baru siap download pagi tadi. Tak besar pun saiznya, dalam 370 MB saja. Download di www.gempak.org. Baca sinopsisnya dalam wikipedia, nampak macam best jer.


Mengisahkan tentang seorang lelaki yang mengidap trauma akibat kejadian 2 peristiwa/tragedi besar di dalam hidupnya dan membuatkan dia percaya bahawa dirinya adalah Superman. Kematian ayahnya yang dibunuh sewaktu masih kecil dan juga kematian isteri dan anaknya dalam kemalangan jalanraya.


Nak baca sinopsis penuh, pergi sini.

0 comments: