Wednesday, April 28, 2010
Malaysia Bukanlah Negara Yang Aman Dan Selamat
Semasa saya masih kecil, lebih tepat lagi sewaktu di bangku sekolah rendah, saya telah didoktrinkan bahawa Malaysia merupakan negara yang paling aman dan kita semua patut bersyukur. Dan satu lagi ialah rakyat Malaysia (terutamanya bangsa Melayu) merupakan komuniti yang paling ramah dan berbudi bahasa.
Namun sehingga sekarang barulah saya sedar bahawa kedua-dua perkara di atas itu langsung tidak betul. Entri ini saya hanya tekankan pada perkara yang pertama (Malaysia negara aman). Perkara yang kedua itu, lain kali sajalah saya ulas, kalau tidak malas.
Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan tragedi pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun yang mati ditembak oleh polis yang mengesyaki mangsa adalah suspek jenayah. Saya sedia maklum dengan sikap dan perangai polis Malaysia. Tetapi saya juga mempunyai pandangan yang kontra mengenai mangsa, walaupun ramai rakan-rakan blogger menunjukkan rasa simpati terhadap beliau dan keluarga beliau.
Saya mohon maaf, terutama kepada keluarga mangsa dan juga rakan-rakan blogger. Saya mengulangi pertanyaan bro ISA, "Apa yang dibuat oleh budak 15 tahun di jalan raya sewaktu jam 2 pagi?". Dan satu lagi pertanyaan dari saya sendiri. "Ketika itu budak tersebut memandu kereta, ada lesenkah? Bukankah umur 18 tahun baru boleh ambil lesen? Umurnya baru 15. Dan apa yang dibuat oleh seorang remaja 15 tahun yang memandu kereta tanpa lesen pada jam 2 pagi, sedangkan keesokan harinya beliau perlu ke sekolah?" Itu saja pandangan dan pertanyaan saya.
Ok. Ok. Saya sudah jauh menyimpang dari tajuk asal. Sorry sorry (bukan tajuk lagu kumpulan Super Junior). Sebelum ini sudah ada kes, polis melepaskan tembakan sebanyak 5 kali kepada seorang wanita tanpa sebab. Dan juga mengenai jenayah-jenayah yang dilakukan sendiri oleh polis terhadap tahanan-tahanan lokap (kematian A. Kugan contohnya). Nampaknya polis mahu mengambil alih tugas dan peranan penjenayah ya?
Lepas ini siapa yang tangkap polis? Takkan penjenayah pula? Sama-sama buat jenayah. Kes jenayah, hampir tiap-tiap hari kita dengar. Kes bunuh, rogol dan bunuh, rompak, samun, pecah rumah. Bukan jarang-jarang. Hampir tiap-tiap hari. Sama juga dengan kes bunuh. Hari-hari mesti ada di segenap ceruk negara ini.
Aman apakebendanya? Sekarang ramai rakyat Malaysia berjaga-jaga. Nak keluar rumahpun rasa tak selamat. Dalam rumah dah jadi macam zoo, semua bahagian rumah dipasang grill (betul ke eja macam ni?). Jadilah penghuni rumah macam haiwan dalam sangkar. Sebab apa? Langkah keselamatan. Itupun tak semuanya berjaya. Penjenayah pecah masuk rumah dengan memotong grill.
Mungkin ramai yang ambil remeh mengenai perkara ini apabila dilaporkan di media, bahkan sudah menjadi kebiasaan mendengar perkara yang serupa. Iyalah, mangsa ragut, bunuh, dan rompak bukannya saudara mara kita, ye tak? Tapi sampai bila perkara ini terus berlaku. Apakah kita boleh jamin bahawa esok, mahupun lusa, kita atau keluarga kita yang menjadi mangsa seterusnya?
Inilah yang saya katakan dan ingin buktikan bahawa Malaysia bukanlah negara yang selamat untuk didiami. Kesan daripada kes-kes jenayah yang semakin teruk dan merebak membuatkan rakyat Malaysia bersikap prejudis sesama sendiri dan susah untuk meletakkan kepercayaan terhadap orang yang belum dikenali sepenuhnya, tak macam dulu.
Kes buang bayi dah membuatkan kita, rakyat Malaysia, orang Melayu terutamanya, dan beragama Islam, menjadi lali dan tidak terkejut kerana ianya sudah menjadi kebiasaan. Tapi tahukah kalian, kes buang bayi merupakan perkara yang aneh, pelik, dan luarbiasa di negara Barat yang sudah tentunya bermajoritikan kafir?
Ya, mereka ada seks bebas. Mereka ada mengandung anak luar nikah. Tapi mereka jaga anak tersebut. Tak buang di merata-rata (tong sampah menjadi tempat famous, kenapalah tak buang di tangga hotel ke, istana ke, baru senang sikit baby ). Ustaz Hasrizal, webmaster SaifulIslam.Com pernah menukilkan di dalam blognya dahulu bahawa beliau terkena "culture shock" di negara sendiri setelah beberapa tahun di UK. Di UK, kes buang bayi memang perkara yang aneh dan sangat-sangat-sangat-sangat jarang berlaku.
Kalau adapun, berita pembuangan bayi itu menjadi topik hangat di media-media, dan pihak polis merayu pada ibu atau bapa bayi terbabit supaya ambil semula bayi mereka. Ajaib kan? Perkara sebegini berlaku di negara kafir. Kita? Bangga ke nak mengaku Islam, dan negara yang bermajoritikan orang Islam ini? Tepuk dada tanya imanlah!
Eh! Tapi kenapa dah melencong ke isu buang bayi ni? Nampaknya ini penyakit saya. Kadangkala suka cakap luar dari topik bila ulas lama-lama. Biar saya tutup entri ini dengan satu kisah yang menarik yang saya pernah baca dari artikel yang ditulis oleh seorang rakyat Malaysia di England, Muhaimin Sulam. Saya selalu terbaca artikel beliau di akhbar Siasah dulu (dulu saya rajin beli Siasah, sekarang dah tak beli dah).
Muhaimin Sulam menceritakan tentang betapa cekap dan profesionalnya polis di sana (of course polis "kafir"). Satu pagi seorang anggota polis mengetuk rumah beliau. Beliau kaget dan membayangkan mungkin polis tersebut memburunya kerana beliau mungkin membuat perkara yang boleh disaman oleh polis. Tapi persepsi tersebut hilang apabila polis itu meminta maaf kerana menggangu dan meminta rumahnya diperiksa, kerana polis tersebut menerima laporan dari orang ramai 15 minit lalu bahawa terdapat seorang yang mencurigakan masuk di halaman belakang rumah Muhaimin Sulam.
Setelah diperiksa dan tiada apa-apa yang mencurigakan, polis tersebut mebgucapkan terima kasih dan pergi. Apa yang ditekankan dalam cerita ini ialah bagaimana cekapnya polis membuat tindakan. Usai saja menerima laporan, terus bertindak. Polis Malaysia, apa macam? Minta maafla kalau ada pakcik-pakcik dan abang polis membaca entri ini. Bukan niatku nak memalukan you all, tapi kena terima hakikat okay, bahawasanya kualiti PDRM selaku penjaga keamanan memang teruk!
P/S : Pada pembaca blog ini, untuk menguatkan hujah bahawa Malaysia bukanlah negara yang paling aman dan selamat, sila tanya rakan-rakan, kawan, atau saudara mara kalian yang pernah menetap di luar negara (terutamanya di negara Barat seperti UK atau negara timur seperti Korea dan Jepun, oh, Rusia juga tak ketinggalan). Minta mereka bandingkan tahap keselamatan negara-negara tersebut dengan Malaysia. Yang mana lebih secure?
Negara Arab, saya pernah dengar cerita bahawa amat bahaya kalau perempuan (terutamanya perempuan luar) berjalan bersaorangan. Tak tahulah. Kena pastikan kisah ini kepada mereka yang pernah menetap di negara Arab. Orang Arab ni pun gila juga. Memalukan bangsa Nabi.
4 comments:
Salam bro.
Entri terbaru ini memang tiada siapa yang boleh disangkal faktanya. Malaysia bukan negara paling aman di dunia.
Tetapi entri ini kekurangan suatu unsur, iaitu unsur harapan/cadangan membina untuk menangani masalah ini.
Saya baru pertama kali membaca blog ini, maka saya tak tahu style blog saudara. Tetapi cadangan saya supaya entri seperti ini dimuatkan juga cadangan atau komen yang membina juga, dan bukan sekadar mengeluh sahaja.
Negara kita tidak seperti negara barat lain, ini semua orang sedia maklum, tetapi apakah jalan penyelesaian yang ingin saudara utarakan? Kita semua berhijrah ke luar negara?
Mohon maaf, sedikit komentar membina saya. :P
Salam ukhwah.
@y4ku24
;) Saya tidaklah sehebat saudara dalam memberi ulasan/pendapat dalam penulisan. Hehe. Menulis ikut sedap hati jer.
Tiada niat saya merendah-rendahkan tuan rumah, sekadar pandangan peribadi. jika tak suka, saya tak komen dah lps ni. :)
saya dulu sebab kena komen yg membina camni yg membuat diri sendiri lebih matang dalam berblog.
selamat maju jaya
@y4ku24
Ish mana ada tak suka. Apa-apa jenis pandangan/pendapat saya terima. Saya menghormati kebebasan bersuara. ;)
Post a Comment