“Sebab itu saya nak tahu, kenapa Ustaz duduk lepak di sini sedangkan MP-MP Pakatan (Rakyat) yang lain sedang sibuk menghentam fraksi Zionis (Umno) di Dewan Rakyat? Sebab itu saya nak tahu, kenapa Ustaz duduk asyik bersembang dengan dia (saya menunjuk jari kepada muka Husni) ini?”
“Aaaaih…salahkah saya nak tahu apa yang hang (kamu) buat di sini? Salahkah aku nak tahu kenapa hang tak sama-sama Pakatan Rakyat sekarang (dalam) menentang usaha membawa Zionis-Israel ke Malaysia (di Dewan Rakyat),”
“Ana pun kenal hang. Aku pun ada rakaman-rakaman dan bukti pemimpin Pas khianat Pakatan (Rakyat) dengan pergi mengadakan pertemuan dalam gelap dengan Umno (yang) zalim sebelum ini.”
“Aaaiihhh…takkan salah saya nak tahu. Bila Nabi Ibrahim tanya Allah, nak tahu tentang Allah, Allah pun tak marah Nabi Ibrahim. Allah perjelas apa yang dipersoal oleh Nabi Ibrahim sebab Ibrahim nak tahu tentang (kebesaran) Tuhannya,” saya berhujah.
“Aaaaihhh…kalau Allah pun layak ditanya, takkan saya salah (sekiranya) bertanya Ustaz: kenapa Ustaz di sini? Kenapa Ustaz bersama Husni ketika semua orang (Ahli Parlimen Pakatan Rakyat) sedang sibuk menentang Zionis Malaysia (Umno).“
Di atas ini adalah diantara soalan yang dilemparkan oleh salah seorang wartawan Harakah kepada Timbalan Presiden PAS. Di saat ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat sibuk bertengkar dan bertikam lidah dengan ahli-ahli Parlimen BN, si Ustaz ini sedang sibuk berseronok dan bercanda dengan Menteri Kewangan di Kafeteria Parlimen.
Tak sangka berani sungguh wartawan ini (dan juga seorang blogger) menegur dan bertanyakan soalan "maut" kepada Timbalan Presiden PAS. Kalau saya berada di tempat beliau, entah terkeluar atau tidak ayat-ayat macam tu. Aiseh, banyak lagi kena belajar nih. Untuk membaca kisah ini lebih lanjut, sila ke laman blog wartawan berkenaan di http://zainulfaqar.wordpress.com/
Nanti menyalak lagilah puak-puak wala' dalam blog mereka. Puak-puak jenis tak ada modal nak menyalak, kerjanya hanya membalas artikel orang. Wala' jangan tak wala'. Khaak ptuihhh!!
2 comments:
Astaghfirullahal 'azim....
semoga Allah ampunkan wartawan harakah tu
Post a Comment