Sunday, February 21, 2010
Universiti Bukan Lagi Sarang Cerdik Pandai
Zaman sekarang memang betul ramai yang graduate dan berjaya menghabiskan pelajaran ke menara gading, tapi adakah yang keluar itu berkualiti? IPT sekarang bukan lagi seperti IPT dahulu. Sekarang, asal ada duit saja semua berpeluang masuk. Ini salah satu kerja kaum kapitalis. Hasilnya, lihatlah mentaliti sama ada yang masih belajar ataupun sudah graduate. Ramai yang graduate tapi berapa ramai yang menganggur? Dan yang berjaya pula, berapa ramai yang memberi sumbangan kepada masyarakat? Apa puncanya? Di sini, orang Melayu telah :
1. Dijangkiti gejala "Aku Tak Pedulisme". Yang ada dalam kepala otak depa hanyalah belajar untuk dapat sijil dan tengok ibu dan ayah tergolek-golek kegembiraan.
2. Dihalang untuk berfikir dan meluahkan fikiran. Yang ada ialah mereka dipaksa untuk mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan. Hak untuk membuahkan fikiran telah disekat. Ini salah satu punca kenapa ramai yang bergraduan tapi sekadar menjadi SAMPAH SARAP. Tak ada kualiti.
"Tugas awak hanya belajar saja, tak usah fikirkan benda lain," - ini antara ayat yang paling sial pernah kudengar/kulihat. Kesan dari ini telah melahirkan perkara-perkara di bawah ini :
3. Menjadikan IPT sebagai tempat mencari bakal suami/isteri. Ini semestinya menjadi suatu kewajipan.
4. Hanya bergaul dengan sama Melayu. Takut untuk bersaing dengan kaum lain. Akhirnya lahirnya sikap perkauman yang menebal.
5. Berkelakuan "biar papa asal bergaya."
Aqidah sesat orang Melayu, satu-satunya jalan untuk "jadi orang" ialah belajar di IPT dan menjadikan Diploma/Ijazah/Master/PhD sebagai pemberi rezeki. Tokoh-tokoh terdahulu, mereka semua ada PhD kah? Ada bergulung-gulung ijazah kah?
Cuba perhatikan, ramai yang membuat Master dan PhD. Tapi jasa mereka hanyalah untuk keluarga. Apa sumbangan mereka kepada masyarakat?
Pihak-pihak tertentu tidak lagi berminat untuk menjadikan IPT sebagai tempat untuk membudayakan ilmu. Yang ada hanyalah bagaimana untuk kaut duit dan membuat keuntungan melalui institusi tersebut. Asal ada duit saja semua boleh.
Inilah realiti orang Melayu sekarang. Bangsa lain sibuk nak memartabatkan diri mereka, Melayu masih lagi dalam proses membodoh-bodohkan diri lagi. Bila ramai Cina yang jadi tokey, mulalah claim Melayu ini terancam lepas itu menyanyi ramai-ramai lagu Anak Kecil Main Api kah kah kah
Categories :
IPT Ibarat Tong Sampah
0 comments:
Post a Comment