MANUSIA YANG DITAKDIRKAN MENJADI ANAI-ANAI
Ahh...terasa malas sangat nak update blog sejak kebelakangan ini ekoran terlalu kecewa dan sangat-sangat kecewa dengan keadaan parti yang pernah kita sokong dahulu.. Persepsi dan spekulasi tidak boleh lari dan sentiasa ada di dalam politik. Seorang Exco Dewan Pemuda PAS yang berasal daripada Pahang (sekarang ini sudahpun ada di UK) mendakwa aduan yang dihantar kepada Setiausaha Agung parti tentang salah laku Hassan Ali sudahpun 2 bulan tetapi tiada apa-apa tindakan yang diambil.
Setiausaha Agung itu pula kata dia baru mendapat aduan tersebut beberapa hari lepas apabila ditanya. Dan ada juga dakwaan yang mengatakan dia inilah yang bertanggungjawab menapis segala aduan sebelum diserahkan kepada JK Disiplin untuk dihakimi. Sebab itulah dilihat bahawa keputusan JK Disiplin tidak ada logika. Tak masuk akal. Inilah andaian saya. Mustafa Ali dan Khalid Samad, hubungan kedua-duanya agak dingin. Mungkin inilah kesempatan yang baik digunakan oleh Mustafa Ali selaku Setiausaha Agung untuk mengenakan Khalid Samad.
Sebelum ini segala permasalahan dalam parti dialah yang menjadi punca. Mahir memanipulasi pemimpin-pemimpin PAS yang lain. Permasalahan yang dicipta dari Terengganu sudah merebak ke dalam parti. Lebih-lebih lagi dia telah diberi kedudukan yang agak selesa di dalam sistem hierarki parti. Senang kerjalah gamaknya...
Siapa yang bertanggungjawab lantik dia menjadi Setiausaha Agung??? &&^^%$@!@#
0 comments:
Post a Comment