Friday, February 12, 2010

Susah Betul Melayu Islam Menepati Masa



Salah satu perkara yang ada pada kaum Melayu yang saya tak suka adalah tidak menepati masa. Janji pukul 9, 9.30 baru sampai. Sehinggakan saya menjadi malas untuk hadir ke majlis-majlis dan juga ceramah-ceramah lantaran sikap Melayu yang memang susah menepati masa. Selama saya hidup, tak pernah saya lihat mana-mana majlis orang Melayu Islam yang dimulakan tepat pada masa. Ceramah politikpun macam tu. Penceramahnya selalu datang tidak menepati waktu (mentang-mentanglah ada diantara mereka menjadi penceramah jemputan).


Saya bukannya nak meninggi diri. Biasanya kalau saya ada temu janji dengan seseorang mahupun dikehendaki datang ke sesuatu majlis, saya akan datang 10 atau 15 minit lebih awal. Tapi ia telah menimbulkan rasa bosan dan sakit hati yang amat di dalam diri saya (saya benci menunggu). Selalunya majlis atau orang yang ditunggu akan tiba lewat dari waktu yang ditetapkan. Inikah sikap yang wajar ditunjukkan oleh orang Islam?


Di Korea atau Jepun, mereka sangat menepati masa. Ini adalah fakta. Tiada siapa dapat menafikan. Jika mereka terlewat, mereka merasakan seolah-olah telah melakukan kesalahan yang besar walaupun tempoh terlewatnya tidaklah terlalu lama. Kalau orang kafir boleh bersikap sebegitu rupa, kenapa orang Islam tak boleh dan selalu lembab? Cakap tentang Islam berdegar-degar tapi tunjukkan teladan yang tak baik.


Ini apa punya manusia yang bergelar Muslim lagi mukmin boleh membiarkan orang ramai tertunggu-tunggu selama 2 jam semata-mata mahu bersoal jawab dengannya. Dan apabila dia sampai, tempoh bersoal jawab dalam lebih kurang 15 minit saja dan banyak persoalan yang besar tidak sempat diajukan. Bayangkan sudah berapa banyak masa telah habis gara-gara menunggu dia seorang??? Yang dikesalkan, orang ramai telah menganggapnya sebagai "ulamak" dan diberi gelaran Tuan Guru. Kalaulah kepala sudah macam ini, adalah boleh dijamin anak-anak buah menjadi baik?

0 comments: