JANGAN MENEPIS KRITIKAN
Saya melihat TITM berpegang kepada pendirian bahawa ahli tidak sepatutnya mempertikaikan keputusan JK Disiplin. Mereka tiada fakta, hanya andaian. Namun inilah sebenarnya peranan JK Disiplin untuk menjelaskan. Keadilan mesti bukan sekadar dilaksana tetapi dilihat terlaksana. Dalam erti kata lain, JK Disiplin mesti meyakinkan semua bahawa keputusan dan hukuman yang telah ditetapkan adalah adil. Tidak cukup dengan hanya mengatakan “kami tahu, kamu tidak tahu” atau “kami ada fakta, kamu hanya andaian”. Ini kaedah menepis teguran namanya. Tiada yang terhasil dengan tepisan begini. Yang tidak berpuas hati akan terus tidak berpuas hati. Sebaliknya kita mesti jelaskan, dedahkan dan buktikan bahawa ianya adil.
Tepisan kedua, “kalau nak pertikai pun, guna saluran yang sepatutnya”. Sebenarnya inilah yang ahli melakukan selama ini. Mereka sabar menunggu berbulan-bulan, menjaga adab berjamaah, mengharapkan penyelesaian. Malangnya yang terhasil adalah sebaliknya. Sebenarnya keputusan JK Disiplin telah menyebabkan sebahagian dari ahli hilang keyakinan dengan ‘saluran yang sepatutnya’. Mereka menunggu dengan penuh harapan, yakin bahawa keadilan akan terlaksana namun akhirnya harapan dimusnahkan. TITM mesti ingat apa tujuan JK Disiplin dirujuk dalam soal ini. Termasuk hakikat bahawa ianya sebagai pengganti kepada EGM.
Adakah EGM dulu dicadangkan oleh kerana tindakan saya? Atau untuk menapis golongan yang dilihat anti-PR? - Blog Khalid Samad
Nota :
Pengerusi JK Disiplin melalui blognya seakan kesal dengan sikap ahli PAS yang mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh JK Disiplin. Ini memang betul. Bukan seorang dua tapi ramai yang rasa hairan dan pelik dengan keputusan yang super-bangang ini. Janganlah buat muka innocent seolah-olah diri itu di pihak yang benar. Adakah UMNO akan menyerang PAS kalau keputusan yang diputuskan memihak dan melindungi pemimpin UMNO yang memegang kad keahlian PAS? Orang-orang bawahan serta penyokong-penyokong bukan orang bodoh. Mereka gunakan akal untuk menilai apa yang berlaku.
Keputusan yang dibuat tidak meyakinkan semua. Ini kerana Pengerusi JK Disiplin (Tn. Ibrahim) sendiri tidak membuktikannya. Buktikanlah kalau ada fakta. Dan lagi satu, saya paling menyampah dengan ayat "gunakan saluran yang betul,". Ini bermain-main di bibir kepunyaan pihak yang ego. Pokok tidak akan bergoyang kalau tidak ada angin yang meniupnya ataupun beruk yang bermain-main di atasnya.
Guna saluran yang betul kepala bapak apanya?! Aduan demi aduan dibuat tapi senyap dan sunyi sepi saja. Orang tak akan bertindak sendiri (seperti Exco Pemuda PAS dari Pahang tu) kalau kamu menyatakan fakta dan membuktikan bahawa keputusan dan tindakan kamu itu betul serta ditunjukkan kepada orang bawahan. Ini bila semua dah bising, barulah mula nak rasa kesal (konon-konon). Kamu (PAS) yang beria-ria sangat nak gunakan ruang demokrasi, jadi terimalah dengan hati terbuka kalau ada yang bersuara walaupun mereka bukan ahli ataupun tidak guna saluran (*W#$^&%%$) yang betul. Ini tidak, guna demokrasi tapi marah kalau orang bersuara. Niamakahai...
0 comments:
Post a Comment