Tuesday, February 9, 2010
Politik, tanpa demokrasi. Bagaimana?
Bagaimana? Ya, bagaimana?
Jangan, jangan marah terlebih awal. Saya hanya manusia biasa yang mahu meneroka dan mahu berbeza. Itu suatu kesalahan? Come on lah, kata demokrasi.
Adakah demokrasi = politik & politik = demokrasi?
Saya teliti, tak. Makna kedua-dua perkataan itu sendiri berbeza.
Demokrasi, adalah demo dan cratus yang bermaksud suara rakyat. Politik? Politik adalah politik. Politik adalah istilah orang putih yang mana istilah ini sememangnya berlaku banyak sial, malang, kekotoran, nafsu syahwat, maksiat dan sentia berlagu adegan-adegan tidak senonoh, babak-babak dan drama-drama yang celaka dan menjengkelkan dalam episod-episod opera politik.
Habis Islam? Tolak politik?
Islam ada istilahnya tersndiri dan defenisinya yang bergerak dan setiap gerakan setiap langkahnya itu penuh bergaya. Siasah, dipetik dari sasa yasusu siasatan yang membawa maksud, iqamatud din wa siyasatud dunya.
Mafhumnya, "menjaga agama dan mentadbir dunia berpaksikan agama.
Politik, Nabi pun berpolitik. Tidak ada pun demokrasi. demokrasi hari ini benarkan aktiviti sodomi, pelacuran dan industri perjudian. Lagi? Demokrasi yang diguna pakai dewasa ini benarkan Israelraya patahkan leher Palestin dan PBB baghal kekal diam. Melawan, dituduh Taliban. Tak melawan? Nampak sangat macam tak beriman.
Categories :
kategori sendiri
1 comments:
Aduh..makan dalam nih.. hehehe ;)
Post a Comment