Wednesday, February 17, 2010

Menyiapkan Sebuah Revolusi!

Oleh : Ibn Ali



Baik, mari kita berbicara dengan tenang.

Hmm, tarik nafas perlahan-lahan kemudian lepaskan.

Sudah tenang?

Baik, mari kita buat sedikit perbandingan antara Revolusi Iran dan demokrasi kita.

Kita ambil demokrasi kita terlebih dahulu. Tahun 1957 Hati Malaya telah merdeka dengan kepulangan para penjajah dengan aman damai. Malaya ketika itu terbebaskan tanpa linangan darah dan lelehan air mata.

Hari-hari seterusnya dilalui dengan tabah oleh penduduk muka bumi Tanah Melayu yang mendapat nama Malaysia tahun 1963 pada tanggal 16 September. Namun, tanggal 16 September di tahun 2008 memberitahu kita, Islam masih belum bertapak kukuh di nubari jiwa umat Malaysia. Hudud masih tidak dapat dibuat. Untuk memahamkan non-muslim berkenaan Islamic State dan Hudud mengambil masa hampir 50 tahun. Dan selepas ini, bagaimana mahu memberitahu kepada golongan non Muslim yang Islam adalah sebuah Khilafet yang agung dan sebuah misi jihad Expansion? Dan tentang Islam itu tinggi dan tidak yang tinggi melainkan Islam?? Saya tak tahu. Tanya Tuan Presiden.

Revolusi Iran pula.

Revolusi agung ini, dikerjakan dengan baik oleh dua figur utamanya iaitu Khomeini dan Ali Shariati. Sejarah perjuangan mereka untuk membebaskan umat tertindas di bumi Pahlavi (Mustadhafin) amat menarik untuk dihimbau. Ketepikan sebentar sentimen Syiah. Tidak ada masalah jika kita belajar sesuatu dari mereka, jika kita masih gagal.

Saya tidak dapat membayangkan jika Revolusi Iran 1979 bermain dalam kotak Shah Iran Pahlavi. Menarik untuk disindir, jika gerakan Islam di Saudi mahu perform dengan baik, adakah mereka boleh bermain dalam kotak monarch yang diatur Amerika dan sekutu?

Dengan menyerukan umat kembali kepada Islam, sekularis liberalis tidak ada peluang langsung untuk berdamping dengan kumpulan kita. Habuk-habuk jahat, kotor dan sesat milik mereka tidak akan mampu melekat di tubuh harum mewangi kita. Tidak percaya? Lihatlah, kita menyerukan pengabdian kepada esa, pencerahan yang lebih azali, Khilafet yang lebih luas, misi sebuah jihad yang lebih besar- adakah ini disukai sekularis liberalis??

Islam itu adalah 'aqidah yang merevolusikan. Ibarat motor yang menggerakkan. Islamlah yang memotori pergerakan sesebuah masyarakat, kaum dan negara. Islam disalut dengan ungkapan Islam demokrasi, adalah sebuah istilah manja dan lembik. Islam yang disalut ungkapan Islam sosialis adalah Islam yang keliru dan buntu. Islam yang dikabusi dengan nama Islam kapitalis, adalah Islam raksasa penindas.

Saya bercakap tentang sebuah revolusi yang bahaya?

Bahaya untuk diperkatakan?

Dunia harus dibakar, jika kita percaya sorga sana (Sambil menuding langit) adalah yang kekal.

0 comments: