Sunday, February 21, 2010

Apa Itu Kezaliman?

INI BUKAN MP KEPALA BATAS, INI MP DARI MARANG


INI BARU MAT NGANTUK


Apakah boleh dikatakan tindakan 50 orang Ahli Parlimen Australia membantah cara pembicaraan ke atas Anwar Ibrahim itu satu campurtangan asing di negara ini? Ini soal kezaliman. Mereka membantah kerana ketidakadilan berlaku pada sistem kehakiman Malaysia. Bukankah Presiden PAS selaku seorang ulamak juga seorang yang menentang kezaliman?


Kalau negara lain tak boleh membantah soal kezaliman yang terdapat di Malaysia, kalau begitu PAS tak payah la susah-susah menghantar wakil persidangan antarabangsa untuk membincangkan isu Palestin. Bukankah itu juga bermakna PAS campurtangan dalam hal ehwal negara Palestin? Lepas ini Presiden PAS tak perlu susah-susah untuk keluar ke Timur Tengah. Buat apa duk sibuk dengan negara lain. Baik duduk dalam negara sendiri. Tak gitu?

0 comments: