Saturday, February 20, 2010

Merindui Abdul Hadi Awang



Saya orang Terengganu. Pemimpin PAS yang saya mula kenali ialah Haji Hadi. Dulu saya amat mengagumi beliau. Sekarang? Entahlah. Hati saya sudah menjadi tawar terhadap pemimpin PAS dari Terengganu. Walaupun hati saya kuat mengatakan tindakan politik Haji Hadi telah dikawal sehinggakan gagal memacu Terengganu dan PAS Pusat. Dulu saya selalu menghadiri kuliah Jumaat di Masjid Rusila apabila berkesempatan. Sekarang, semenjak berbagai-bagai isu timbul, saya sudah jarang ke sana. Kalaupun ke sana, sekadar untuk membeli akhbar dan menjenguk video ceramah yang baru.


Super Hadi


Haji Hadi merupakan ikon penyokong PAS Terengganu. Rata-rata kawan saya semasa di sekolah menengah dahulu amat memandang tinggi terhadap beliau. Haji Hadi kuat menentang UMNO dari muda sampai ke tua. Walaupun muka garang macam kaki pukul, apabila berbalah dengan UMNO dalam Dewan Undangan Negeri biasanya beliau diam dan kurang melawan.


Tahun 1981, saya masih lagi tidak wujud atas muka bumi ini. Pada tahun itu, telah terpahat di dalam hati pendokong PAS dengan ayat "Kita menentang UMNO kerana dia mengekalkan undang-undang penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah." Dan satu lagi ayat, "Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam."


Saya rasa rugi sebab tiada kesempatan mendengar ungkapan sebegitu. Kalau boleh sekarang saya nak mendengarnya sendiri dari mulut Haji Hadi. Saya tak mahu dengar kenyataan yang berbunyi lebih kurang begini, "UMNO mengalami anjakan paradigma," "PAS boleh berbincang dengan UMNO dalam isu-isu tertentu," dan ayat seumpamanya yang berbau positif terhadap UMNO. Saya merindui ucapan-ucapannya yang dahulu. Saya rindu pada Haji Hadi yang dulu.


Kartun yang menarik daripada Zunar Kartunis


Sungguh malang sekali tindakan Haji Hadi dalam parti sudah dikawal oleh seekor jembalang yang merupakan duri di dalam daging. Ini telah menyebabkan imej beliau rosak teruk.

1 comments:

insidewinme said...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu