Tuesday, February 2, 2010

Malaysia Yang Menyampah (2)

MENGAKU ISLAM TAPI PERANGAI LEBIH TERUK DARIPADA KAFIR



Mungkin agak terlewat atas info yang saya ingin sampaikan, namun apabila memikirkan biasanya kaum Melayu hanya membaca dan mengambil tahu berita dari dalam negeri sahaja (itupun kebanyakannya dalam Bahasa Melayu), saya ingin berkongsi tentang insiden kematian bekas Presiden Korea Selatan, Roh Moo Hyun. Mendiang meninggal pada bulan Mei tahun lepas (2009).


Roh Moo Hyun mati membunuh diri dengan terjun daripada tebing tinggi. Dia telah meninggalkan nota yang menyatakan bahawa dia tersangat malu dengan rakyat Korea kerana keseluruhan rakyat telah tahu bahawa dia mengambil rasuah. Lalu dia membuat keputusan untuk membunuh diri bagi menebus rasa malunya itu. Cuba kita tengok, betapa tingginya maruah rakyat Korea walaupun majoritinya bukan beragama Islam. Mereka memandang rasuah sebagai satu perkara yang teramat jijik. Walaupun hidup mereka digelumangi dengan dosa, tapi mereka mementingkan pemimpin yang berintegriti.


Malaysia pula macam mana? Majoriti rakyat beragama Islam, tapi pemimpin ambil rasuah semua berlagak seolah-olah ianya adalah perkara kecil. Pelik ya orang Melayu, mereka jijik dengan daging babi sehingga tidak sanggup melihatnya, begitu juga dengan anjing, tapi dengan rasuah, ia tidak membawa apa-apa erti. Menyampahnya aku! Ini salah satu bukti bahawa bangsa Melayu bukan bangsa yang cerdik.


Apa perasaan mereka apabila mengetahui bahawa pemimpin yang mereka pilih setiap 5 tahun sekali rupa-rupanya mempunyai tabiat suka memakan daging babi dan ada membela beberapa ekor anjing di dalam rumahnya? Agak-agak orang Melayu nak pilih dia lagi jadi pemimpin pada masa yang akan datang? Begitula seumpamanya orang Cina mahupun rakyat Korea. Jika mereka mendapati pemimpin mereka terlibat dengan rasuah, maka tunggulah balasan dan tentangan yang bakal dihadapi oleh pemimpin tersebut.


Mana dia maruah bangsa Melayu kononnya bangsa yang bermoral?

0 comments: