Friday, February 26, 2010

Lawak Hari Maulud Oleh Najib


KUALA LUMPUR, 25 Feb — Datuk Seri Najib Razak mahu umat Islam mencontohi serta mengambil teladan empat sifat Nabi Muhammad saw iaitu sidiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana) kerana ia merupakan ciri-ciri penting untuk mencapai kecemerlangan.

Perdana Menteri berkata empat sifat itu hendaklah dijadikan inspirasi dan diadaptasi bagi memacu meningkatkan ummah yang progresif.

“Maka sudah tentulah pemimpin-pemimpin masyarakat, pentadbir, golongan profesional dan seluruh umat umumnya perlu berusaha memiliki sifat-sifat ini dan mencontohi tingkah laku Rasulullah dalam setiap tindakan dan pekerjaan yang kita lakukan,” kata Najib dalam perutusan sempena sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah, esok. - Bernama


Komen : Najib ini tahu ke tak apa yang dicakapkannya itu atau sekadar membaca teks yang disediakan. Setiap kali tibanya hari kelahiran Nabi, ada saja muka-muka hipokrit yang terpampang di kaca TV kononnya nak menunjukkan mereka itu benar-benar ikut Nabi dan melakukan kesemua perkara yang disuruh oleh Nabi.


Sidiq (benar) : Belum tentu selagi tak ketemu lagi siapa pembunuh sebenar Altantuya, Teoh Beng Hock, Kugan, dll.


Amanah : Amanah apa dengan kehilangan enjit jet, komisen dan kerosakan kapal selam, duit rakyat masuk dalam poket kroni, dsb.


Tabligh (menyampaikan): Apa yang diserukan oleh mereka selama ini? Adakah syariat Nabi Muhammad benar-benar diamalkan di negara ini? Nabi Muhammad perintah negara dengan undang-undang Islam, bukan dengan Perlembagaan Jahiliyyah.


Fatanah (bijaksana) : Depa hanya bijak dalam memainkan isu perkauman, menyebarkan propaganda, merampas negeri dengan cara yang kotor, menipu orang-orang kampung, dsb.


Muka-muka yang keluar dalam TV itu pembohong saja. Nak tunjuk mereka pun ikut Nabi. Tapi masih pakai undang-undang kafir. Hasil judi dan arak masih lagi memberi pendapatan yang lumayan kepada negara. Akhlak dan perangai orang Islam di tahap yang kritikal. Berarak macam orang bodoh, lepas tu balik rumah, tidur! Ingat Nabi pun masa time Maulud saja. Soal pemerintahan, pertanggungjawaban, mana perginya Nabi???

0 comments: