KEPALA BATAS, Feb 7 - Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menggesa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar menyatakan pendiriannya berhubung cadangan mengadakan pertemuan antara parti itu dan Umno seperti yang disuarakan semula oleh Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Bekas presiden Umno itu memberitahu sebarang ketetapan sama ada mahu mengadakan pertemuan seumpama itu bergantung kepada keputusan Presiden PAS sendiri dan bukannya mengikut kata putus Nik Aziz yang juga Mentri Besar Kelantan.
“Umno sentiasa bersedia untuk berbincang berhubung isu itu dan sekiranya kepimpinan PAS pusat bersetuju untuk mengadakan pertemuan berkenaan, perkara itu wajar di teruskan.
“Pertemuan itu satu tindakan yang baik dan PAS perlu melihat perkara itu dari sudut yang positif jika mahu mengadakan pertemuan sedemikian,” kata beliau di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Nik Aziz yang mahu Umno dan PAS menghentikan pertelagahan mengenai politik, sebaliknya duduk semeja bagi membincangkan isu-isu berkaitan agama Islam.
Di Kuching hari ini, Hadi berkata PAS bersedia untuk berbincang dengan Umno dalam perkara yang parti pembangkang tersebut dapat bekerjasama, termasuk isu yang berkaitan dengan keselamatan negara, ekonomi, agama dan politik.
Beliau berkata amalan tersebut telah menjadi dasar PAS, yang berpanjangan secara praktikal, di mana kepimpinan parti mengemukakan pandangan serta pendirian mereka terhadap sesuatu isu. - The Malaysian Insider
TIDAK BERSETUJU DENGAN SEBARANG PERTEMUAN/DIALOG/PERBINCANGAN DENGAN UMNO (NOKTAH!)
Pening dan semakin pening dengan sikap orang-orang politik sama ada yang berstatus "ulamak" ataupun bukan. Semuanya menjadi sama kalau bermain di dalam gelanggang politik. Politik memang kotor (politics is a dirty game). Rakyat bawahan di sini terlopong dengan kenyataan demi kenyataan yang senantiasa berbelit dan berubah-rubah daripada mulut sang pemimpin.
Abdullah Badawi mula mengeluarkan kenyataannya mengenai cadangan Nik Aziz. Bila masa pula orang tua ini bangun dari tidur? Bila sudah bangun dari tidur terus meraban mengenai pertemuan PAS dan UMNO. Baik diam sajalah. Masa 2004 dulu Dewan Pemuda PAS ajak bermuzakarah tak nak. Bila dah terkontang-kanting selepas PRU 2008 mulalah istilah muzakarah itu disebut.
Nik Aziz, apa gunanya mengajak UMNO berbincang mengenai Islam? Bukankah kau selama ini yang berkata bahawa UMNO tolak Islam dan mengambil fahaman kebangsaan? Aku sering mendengar ucapan sebegitu terkeluar dari mulut kau semasa berceramah. Tak kiralah apa pun alasannya, orang dah mula pening dan pandang serong memandangkan kamulah yang begitu kuat melenting apabila mendengar isu pertemuan UMNO-PAS. Oh, nanti ada pula yang berkata, "Cadangan Nik Aziz itu lain daripada muzakarah yang dibuat oleh pemimpin PAS sebelum ini. Pertemuan ini terbuka. Nik Aziz tak adakan pertemuan di dalam gelap, tidak sembunyi-sembunyi, tidak berahsia," Tapi apa ertinya? Selama ini PAS tidak pernah berharap kepada UMNO dalam soal kepentingan Islam. Kenapa sekarang sudah nampak beria-ria sehinggakan media dan UMNO mengambil kesempatan memainkan semula istilah "Kerajaan Perpaduan".
Hei politikus tak guna! Penyokong yang buta! Bayangkan kalau yang mengeluarkan cadangan tersebut terkeluar daripada mulut Nasharuddin Mat Isa/Haji Hadi/Mustafa & Hassan Ali? Katakanlah pertemuan yang ingin diadakan oleh mereka merupakan pertemuan yang terbuka. Sudah tentu akan ada yang mengambil peluang menghentam habis-habisan, kerana mereka berempat merupakan "ikon" UG. Tak begitu?
0 comments:
Post a Comment