Tuesday, February 16, 2010

Kerja Dakwah Yang Lompang


Mengecewakan! Itulah getusan hati saya berkenaan satu kerja yang kononnya untuk berdakwah. Petang Ahad, saya bersama dua orang kawan bertolak ke Masjid Jamek pada sebelah petang. Sebenarnya saya tak mahu pergi, tapi kawan saya yang beria-ria mengajak saya untuk turut serta dalam kerja "dakwah" sempena hari Valentine. Saya terpaksa juga ikut, dengan syarat, "hang beria-ria ajak aku, dengan syarat hang support semua perbelanjaan". Maka bermulalah perjalanan kami pada sebelah petang.


Saya pergi pun dengan tujuan hanya nak memerhatikan bagaimana pihak yang beria-ria ini nak menjalankan dakwah. Pada hari tersebut saya sudahpun mengenalpasti beberapa kepincangan dan kelompangan yang terdapat pada program ini. Sudah saya nyatakan pada entri yang lepas-lepas, saya amat tidak suka dengan orang yang tidak menepati masa. Dalam pengumuman cakap mula pukul 6 petang, kami datang depa tak start lagi dan asyik sembang-sembang sesama mereka di bahagian luar masjid. Sudahlah tarikh tidak tepat, sepatutnya program itu dibuat pada hari sebelumnya (menjelang 14 Februari dan disambung pada 14 Februari). Tiba-tiba saja ada seorang makhluk yang berjubah hitam sambil memakai kopiah "menyerang" dan memarahi orang-orang yang hadir kerana buat program tanpa ada surat daripada JAWI. Orang tersebut ialah muadzzin Masjid Jamek. Orangnya pendek, mukanya sangat tidak hensem, dan bukan orang asal Kuala Lumpur (daripada percakapannya, saya agak dia berasal dari Pantai Timur).


Kalau ya pun nak tegur orang, jagalah bahasa tu. Tak boleh cakap dan bincang elok-elok? Habis semua mata tertumpu pada suaranya yang kuat itu. Ini salah satu contoh perosak imej Islam. Pakai jubah dan kopiah tapi standard sama dengan mat lepak di kedai kopi. Bodoh! Satu lagi kepincangan berkenaan pihak yang menguruskan program ini (JIM dan sebagainya.) ialah tiada kemesraan terpampang di wajah mereka tatkala ketibaan orang yang ingin menyertai kerja dakwah mereka. Semua buat hal masing-masing. Bak kata kawan saya, tiada 3S pada mereka. 3S ialah "salam, senyum, dan sapa". Kami tunggu sehingga solat Maghrib, selepas itu mereka masih lagi tidak bermula sehinggalah solat Isya'. Tidak mula juga. Kemudian beberapa orang pemuka mereka buat satu mesyuarat di dalam sebuah bilik yang terdapat di perkarangan masjid Jamek itu.


Bila nak start ni? Jam sudah pukul 9 lebih, tapi kerja masih belum mula. Inilah yang membuatkan saya malas menyertai mana-mana kerja ataupun majlis. Tidak tepat pada masa. Ini salah satu kelebihan orang Melayu. Agak lama kami menunggu, dan akhirnya give up. Hampir pukul 10 malam, tidak ada lagi tanda-tanda kerja dakwah nak bermula, kami ambil keputusan untuk pulang. Sepanjang perjalanan kami balik ke Bangi melalui KTM, boleh dikatakan 90% percakapan kami bertiga adalah mengenai betapa tidak bergunanya program ini. Dan bagi saya, ia buang masa. Menyesal saya ikut kawan saya berdua itu.


Macam ini ke nak tegakkan syiar Islam? Nak berdakwah? Masa pun tak tepat. Mesra pun tak. Piiirah. Ini hadiah buat pihak yang berkenaan khususnya JIM - Khaaak ptuihhh!!!


p/s : Hari Ahad (14 Feb) adalah kali pertama saya di kota Kuala Lumpur pada sebelah malam. Sebelum ini hanya ke sana pada waktu siang saja.


Makluman (update 17 Feb 2010, 6:02 PM) : Saya (RJ) memohon maaf atas kesilapan memasukkan sekali pihak PKPIM di dalam program Task Force ini. Program ini sebenarnya dianjurkan sepenuhnya oleh JIM dan KARISMA. Tapi dapat dikenalpasti ada beberapa orang ahli GAMIS dan PEPIAS (PKPIM Selangor) di sana.

21 comments:

ali said...

reformis jalanan,

den mintak maaf sebab sebarkan program tu. Den mmg nak hadir tapi ade hal di kg. Den akan cek pada penganjur krn mereka kata program tu ado dan disahkan bermula di masjid jamek.

Den, walaupun takde kena mengena dengan penganjur tetap rasa bersalah dan memohon ampun dan maaf kpd reformis jalanan. Den akan pelakung KArisma lepas ni jika tiada alasan yang konkrit. Mangkuk btul la diorng memalukan den.

Admin said...

ali,


tak apa. Sebenarnya saya tak mahu pegi, tapi kawan yg beria-ria sangat nak ajak. saya boleh jadikan ini sebagai satu pengalaman.

HambaAllah Yang Memakmurkan said...

salam saudara reformis jalanan,

adakah saudara mendapatkan penjelasan daripada pihak penganjur tentang kelewatan mereka sebelum saudara pulang jam 10 malam pada hari tersebut???

wassalam

Admin AIM said...

Assalamu'alaikum wbt

Kepada Reformis Jalanan. Maaf andainya program yang anda sertai mengecewakan anda. Program ini telah diadakan saban tahun dan ia dijalankan dibawah Jawatankuasa Pembangunan Remaja dan Jawatankuasa Belia JIM Pusat. Sekiranya kepincangan yang dinyatakan benar-benar berlaku, saya bagi pihak JIM memohon kemaafan. Namun pihak kami akan memberikan laporan berkaitan aktiviti yang dikenali sebagai Task Force - Jom Cegah Zina khusus pada hari Valentine Days yg telah dijayakan lebih 100 ahli remaja dan Belia JIM.

Sekian, terima kasih.

Siti Hamisah Manan
Pegawai Perhubungan Korporat JIM

Admin AIM said...

Assalamu'alaikum wbt

Kepada Reformis Jalanan. Maaf andainya program yang anda sertai mengecewakan anda. Program ini telah diadakan saban tahun dan ia dijalankan dibawah Jawatankuasa Pembangunan Remaja dan Jawatankuasa Belia JIM Pusat. Sekiranya kepincangan yang dinyatakan benar-benar berlaku, saya bagi pihak JIM memohon kemaafan. Namun pihak kami akan memberikan laporan berkaitan aktiviti yang dikenali sebagai Task Force - Jom Cegah Zina khusus pada hari Valentine Days yg telah dijayakan lebih 100 ahli remaja dan Belia JIM.

Sekian, terima kasih.

Siti Hamisah Manan
Pegawai Perhubungan Korporat JIM

Admin said...

@HambaAllah Yang Memakmurkan,


nak dapat penjelasan macam mana? Depa semua dok berbincang dalam bilik, tak keluar2. Kami tertunggu2 di luar mcm org bodoh. Kenapa time tu baru nak meeting? Kenapa tidak sebelum pukul 6 petang (masa yg dijanjikan)?


@waalaikumsalam Admin AIM,


Yg paling mengecewakan saya ialah berkenaan ketepatan waktu. Seumur hidup saya tak pernah saya lihat mana2 program/majlis/temujanji yang diadakan tepat pada masa. Bayangkan kami tiba pada sebelah petang, tunggu punya tunggu (dah la ketibaan kami tidak dihiraukan) sehingga jam hampir 10 malam. Lepas Isya' baru mula meeting dan buat perancangan. apa ni?

Tapi tak apalah, perkara yg sudah lepas. Sebarang kepincangan diharap tidak berulang pada tahun2 yang akan datang.

HambaAllah Yang Memakmurkan said...

Salam saudara reformis jalanan,

saudara sendiri kata saudara sampai jam 6, mesyuarat hanya bermula selepas isya'? betulkan begitu? jadinya selama 2 jam saudara tidak mencari orang utk mendapatkan penjelasan.

saya bersama team penganjur rasanya dah maklumkan untuk berkumpul jam 6 di masjid, bukan program mula jam 6ptg. kemudian apabila sampai di situ, sila hubungi saudara Wan di taliannya (adakah saudara dapat number telefonnya melalui orang yg telah memaklumkan tentang program ini pada saudara?), dan apabila saudara menghubungi saudara Wan, beliau akan memaklumkan maklumat selanjutnya dan saudara boleh tanya secara direct melalui talian itu. saya yakin saudara tidak buat sedemikian.

seperkara lagi, yang menyerang anda berbaju hitam itu bukanlah di kalangan penganjur dan ahli JIM. Beliau adalah Bilal yang tidak mendapat makluamt mengenai program ini walhal imam masjid sudah maklum tentang program ini. Kami pun hairan bagaimana pakcik bilal ini tidak mendapat maklumat.

kami menerima teguran utk mengurangkan kepincangan di masa hadapan, tetapi saudara juga di masa yang sama harap mendapat maklumat yg tepat dan menghubungi pihak yang berwajib sekiranya berminat utk menyertai program sebegini.

dengan membaca penulisan saudara, tidak silap saya saudara seperti mahu tak mahu sahaja menyertai program ini hanya disebabkan kawan memujuk utk hadir.

wallahu'alam..

mohon maaf atas kekasaran dan kesilapan dari saya.

wassalam

Admin said...

@ HambaAllah Yang Memakmurkan


Ya memang kami tunggu. Lepas solat Maghrib salah seorang kawan saya try tanya sorang pakcik JIM ni, dia cakap start lepas Isya'. Kawan saya dijemput dan dia mendaftar kepada seorang perempuan (nama dah lupa dah).


Ingatkan lepas Isya' dia ajak semua berkumpul (sampai tukar tempat 3 kali) dah nak mula dah. Rupa2nya kena tunggu lagi, depa masuk dalam sebuah bilik di luar masjid tu. Time tu la dah rasa give up dah.

Satu lagi, bila masa saya kata orang yg berjubah hitam itu orang JIM? Tak baca betul2 ke tulisan saya?

Ya memang saya dari awal2 lagi tak mahu pergi kerana memang saya dah agak start mesti lewat punya. Macam tu lah mana-mana program atau majlis pun. Saudara baca sendiri entri saya yg bertajuk "Susah Betul Melayu Islam Menepati Masa". saya memang sangat3 tidak suka dengan keadaan ini dan sikap suka melambat2kan suatu perkara. Inilah sikap terpuji kaum Melayu, betul kan? Dan perkara yang berkaitan dengan MASA inilah yang saya ingin tekankan di dalam entri saya.


Last skali, saya pun mohon maaf. Ok.

Anonymous said...

Bro Admin,

Bagus tegur orang supaya orang dapat improvise..tapi yg engkau ludah-ludah kat ujung entry tu aper hal bro?...kalau nak mengangkat nilai keislaman tu biar terangkum semua perkara baik xtvt atau perkataan..memang engkau kecewa dengan kepincangan yg ada..tapi itu tak melayakkan engkau atau menghalalkan engkau menegur orang secara tak islamik... kalau engkau ni orang islam la...err, orang islam kan? ok bro.. kurangkan sensasi tingkat prestasi...wassalam -Aku nama Ahmad

Sarah PJ said...

kepada encik reformis,

+terima kasih sudi hadir ke program,
meskipun tidak di endah tetapi tetap niat suci encik untuk berDakwah pasti dihitung Allah

+terima kasih juga untuk teguran tentang MASA itu, ini menunjukkan tanda kasih saudara trhadap saudara seIslam..

+semoga usaha ini mendapat Redha Allah.

+sama2lah kita kearah pembaikan.

"Bukanlah kita tugasnya menghukum.Kerana hakikat dosa dan pahala itu Allah jugalah yang LEBIH tahu"

Admin said...

@ Anonymous (Aku nama Ahmad)


Aku lebih senang dengan caraku. Dengan berbuat demikian, hatiku menjadi puas. Tak guna juga cakap berlapik-lapik tapi semua yang terbuku dalam hati tak lepas. Jangan ingat orang2 yang berbahasa elok itu menunjukkan peribadi mereka baik. Tak semestinya.


@ Sarah PJ


Ayat-ayat macam ini yang buat diri jadi lemah ni. Apa-apapun terima kasih kerana kata2 dan doa itu.

Anonymous said...

bro....

bukan mudah diorang nak menganjurkan sesuatu program yang melibatkan pelbagai peserta yang datang dari pelabagi tempat...

itu yang pihak penganjur minta kumpul pukul 6 pm kot....aku pun mula2 tesion jugak..lama benor mennggu...tapi bila aku call Si wan tu...baru aku tahu cerita sebenor...rupanya org yg bgtaw aku tu tak bgtaw maklumat yg betul....

rileks la bro...aku pun geram jugak..tapi kita kena rasional la ckit...jangan cepat sangat menggelabah.....

pasal pakcik jubah hitam tu...mmg itu ler realiti org2 TUA kat MASJID ni....aku ingat nak minta Ko datang masjid bagi ceramah ckit pasal mghormati tetamu masjid...boleh bro...tapi ko kena datang tepat la pada waktunya....

satu lagi...lu tak payah lah nak ludah2 macam tu....busuk la bro...

lu pernah anjur kan apa2 program ke Bro?

- gua Abizz -

Unknown said...

slm,

cuma nak tegur.

Tak perlu lah perli2 orang sampai mcm tu sekali. Tak perlu la nak tanya admin ni berapa kali dia buat program. Kalau dia x buat pun ,mengapa? salah?

Hangpa ni daie, buat la cara daie. Kalau orang teguq, terus nak belantan kepala dia.

Ya, kalau dia ludah muka hangpa pun kenapa? Dr cara penulisan nya, mungkin dia bukan daie. mungkin dia mad'u.

Tp, bila tengok daie perangai loghlat macam hangpa, tak ke dia bengang lagi??

dah la buat salah, cari salah orang pula. Allahu Rabbi.

Admin said...

@ Anonymous (gua Abizz)


Memang mudah kalau perancangan dibuat dengan teliti. Kalau orang kafir di Korea dan Jepun boleh menepati masa dalam mana2 temujanji, kenapa kita yang mengaku Islam ini tak boleh? Tak rasa apa2 ke tengok kita tunggu berjam2. Sedangkan bangsa Korea/Jepun, mereka akan rasa bersalah dan berusaha memberi alasan yang sepatutnya jika mereka terlewat WALAUPUN 15 minit.


p/s : Aku tak boleh buat ceramah. Kang tak pasal2 kena tangkap sebab tak ada tauliah kah kah kah.

Anonymous said...

saudara2 sekalian, tuan puan,

takyah nak layan sangat RJ ni sbb pada asalnye pun dia tak nak join program ni tapi dah kene pujuk ngan kawan. bila manusia ni kene buat bende dengan terpaksa, memangla semua kelemahan, kepincangan, kekurangan akan digali sehingga ke lubang cacing supaya nak condemn program ni.

so kalau program ni dilihat tak tepati masa pada mata kepala RJ ni, walaupun dia tak dapat info yg tepat, dia tetap akan salahkan penganjur gak.

jadi..pendek kata, biarkan jela RJ nih. mungkin dia tak pernah terlewat hadir semua temu janji dan program yg dia buat sepanjang hidup dia kot..tu yg jadi perfectionist.

aku setuju ko concern tentang penjagaan masa ko tuh, tapi cara nak didik masyarakat islam di negara ni utk tepati masa tu bukan dengan cara ko asek condemn2 orang..

thanx

-reformis kehormat-

Anonymous said...

hang pi nak beramal ka

nak mengata orang?

khaaakk ptui!

Siti Hamisah Manan said...

TASK FORCE SEMPENA VALENTINE DAY 14 Feb 2010


JIM dibawah Jawatankuasa Pusat Belia yang diterajui oleh Saudara Wan Muhammad Wan Ibrahim telah bersama-sama dengan lebih 100 ahli Remaja dan Belia JIM dalam program Task Force Cegah Zina pada Hari Valentine Day bertarikh 14hb Februari yang lepas.

Program ini dianjurkan dengan kerjasama antara JAWI, PUM dan JIM. Program ini bertujuan untuk membenteras aktiviti-aktiviti zina yang sering berlaku menjelang Hari Valentine yang dikenali juga di dunia dan di Malaysia sebagai hari memperingati kekasih. Di samping itu rentetan kempen No Panties yang telah dilancarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, JAWI, PUM dan JIM semakin berkobar-konar mengatur langkah untuk mengempur remaja dan belia yang berkumpul pada malam hari tersebut dengan pendekatan dakwah dan hikmah.

Dalam menyambut seruan rakan kerjasama JAWI dan PUM ini, pihak JIM yang diketuai oleh Wan Muhammad Wan Ibrahim telah memberikan maklumat kepada ahli-ahli Remaja dan Belia JIM yang ingin terlibat dalam program ini agar berkumpul di Masjid KLCC sekitar Jam 6 petang. Ini bertujuan untuk mengelakkan kelewatan dalam menyertai taklimat program gerak gempur yang dijadual akan diadakan sejurus selepas Isyak sebagaimana yg dimaklumkan kepada beliau sebagai wakil pihak JIM.

Namun berlaku sedikit perubahan jadual oleh pihak penganjur yg diterajui oleh JAWI. Kesan daripada itu berlaku kelewatan taklimat yang membawa kepada taklimat tersebut diadakan sekitar jam 10 malam. Kelewatan yg berlaku ini adalah diluar bidang kuasa JIM.

Namun kelewatan itu tidak menjejaskan komitmen ahli-ahli Remaja dan Belia JIM untuk melakukan gerak gempur pada malam tersebut bersama-sama JAWI dan PUM. Mereka telah bersama-sama melaksanakan dakwah dengan hikmah kepada pasangan-pasangan yang mereka temui dalam aktiviti yang dirancang. Dengan penuh kesedaran dan kesabaran, pihak penganjur berusaha agar dapat bersama-sama membanteras aktiviti kurang bermoral di kalangan remaja dan belia di Malaysia terutamanya yang melibatkan masyarakat Islam.

Wakil JIM memohon maaf atas kekurangan yang wujud kepada ahli-ahlinya dan mereka yang mengikuti program ini atas jemputan ahli-ahlinya dan berharap agar mereka terus ingin melibatkan diri dengan aktiviti pengislahan sebegini. Semoga segala amal yang telah dilakukan diterima Allah dengan segala kekurangan dan kelompongan yang ada dalam menjayakan program di atas. JIM akan terus komited dengan aktiviti sebegini pada masa hadapan dan akan berusaha memperbaiki segala kekurangan dalam program-program sebegini.

Sekian.

Siti Hamisah Manan
Pegawai Perhubungan Korporat JIM

Admin said...

@ Anonymous (reformis kehormat)

Sebab utama kenapa aku tak nak pegi kerana tarikh dan masa yang langsung tidak sesuai. Dan aku bukan dipaksa untuk pergi. Aku mengalah pada ajakan kawan aku dan akhirnya nak ambil pengalaman di sana. Ya aku mengaku memang aku sangat JAGA MASA dan TAK PERNAH LEWAT dalam mana-mana temujanji. Walaupun aku ini Melayu, tapi aku akan pastikan perangai aku tak macam Melayu.


Melayu macam engkau ni yang jenis bodoh sombong, kalau tegur cara elok bukannya nak berubah, tapi belum tentu sedar kalau dimaki dan dikondem. Perangai orang Melayu, kalau dah tak tahu poin nak balas balik, mulalah reka cerita yang aku ini pergi sebab terpaksalah, sebab lain lagi. Kalau dah tak nak layan sangat, yang kau pegi baca blog aku ini buat apa?


@ Anonymous

Kalau jantan tunjuk identiti, tak puas hati boleh bukak langkah. Jangan jadi bacul serupa dengan Melayu taraf barua.


@ UmmuAnis

Terima kasih atas laporan yg diberikan. Cuma tertanya-tanya juga, Masjid apa di KLCC?

Anonymous said...

Melayu macam engkau ni yang jenis bodoh sombong, kalau tegur cara elok bukannya nak berubah, tapi belum tentu sedar kalau dimaki dan dikondem. <--mana kau tahu ni RJ ??

pandai ko ye buat andaian aku ni jenis apa? syabas2

tu aku rasa pegawai koprat jim tu dah bagi penjelasan, aku rasa elok ko buang maki hamun dan ludah2 ko tuh..tapi kalau ko jenis bodoh sombong jugak..maybe ko dah buang kot smua tohmahan ko nih..

sekian

-reformis kehormat-

HambaAllah Yang Memakmurkan said...

pembetulan:

maybe ko TAK buang kot smua tohmahan ko nih..

-RK-

Admin said...

@ HambaAllah Yang Memakmurkan a.k.a "the Chicken Anonymous"


Dah tak tahu nak berbalas hujjah, kau menyamar jadi Anonymous ye. Kah kah kah. Buang masa saja aku layan spesis kau ni. Sudah-sudahlah. Blog ini blog jenis cakap terus terang, kalau tak suka sila jangan datang lagi. Ok ada pahammm. Kalau tak paham-paham juga, teruskan memberi komen-komen kau yang "berharga" itu.