Terasa lama benar tak update blog ini walaupun hanya beberapa hari. Bukan apa, line internet di sini macam sial. Nak keluar pergi cyber cafe rasa malas. Takkan keluar hanya semata-mata nak update blog kut?Banyak perkara yang saya tertinggal sepanjang ketiadaan saya di alam maya selama beberapa hari. Antaranya :1. Pendedahan "berani" Zul Noordin di parlimen.2. YB Hulu Selangor meninggal dunia (al-Fatihah). PRK datang lagi. Oleh kerana YB Hulu Selangor dari PKR tidak membuat apa-apa onar sebelum ini, elok sajalah biar calon PKR yang diletakkan di sana (dengar kata nak letak Zaid Ibrahim?).3. TGNA bersedia untuk letak jawatan.Kali ini biar saya sentuh dulu perkara yang ketiga. TGNA berkata beliau sedia melepaskan jawatan selaku Mursyidul Am. "Mujur sangatlah kalau tidak diberi apa-apa jawatan," katanya. Sememangnya saya juga merasa kasihan terhadap keadaan fizikal dan tahap kesihatan beliau. Terpaksa ulang alik Kelantan-KL, menguruskan pentadbiran negeri Kelantan, turun bertemu rakyat bawahan, kuliah mingguan di Dataran Ilmu, imam solat subuh, dan lain-lain lagilah. Tak padan dengan tubuh lesunya dengan kerja yang banyak itu.Saya hormati keputusan itu. Ringankan sedikit bebanan beliau. Tapi, ada satu perkara yang perlu kita fikirkan. TGNA adalah orang yang paling kuat menentang sebarang bentuk kerjasama PAS-UMNO. Pasti akan ada yang melompat kegirangan atau ketawa terkekek-kekek dalam bilik air apabila mendengar berita ini. Dan pasti juga akan ada yang keluar air liur meleleh-leleh kerana nakkan jawatan Mursyidul Am. Siapa? Fikirlah sendiri.Satu lagi persoalan, kenapa Ustaz Ahmad Awang tidak dijemput ke dalam mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS? Sudah ada khabar yang diberitakan bahawa Ustaz Ahmad Awang bakal digugurkan daripada menjadi Ahli Majlis Syura? Perlu diingat, Ustaz Ahmad Awang juga adalah orang yang menentang kerjasama PAS-UMNO di Perak, dan juga sekepala dengan TGNA. Cuba flashback balik ucapan beliau di Mukatamar PAS di Shah Alam baru-baru ini.Sebelum ini saya berharap bahawa orang yang menggantikan tempat TGNA adalah Ustaz Ahmad Awang. Beliaulah paling layak. Tapi jika benar bahawa ini adalah konspirasi untuk membuang/menyingkirkan pemimpin PAS pro-Pakatan Rakyat, sememangnya ini adalah kerja yang celaka.Siapa yang mempengerusikan mesyuarat itu? Ianya ialah Presiden PAS bersama Timbalannya. Dan dapatkah kita mengagak apa keputusannya nanti? Lebih kuranglah dengan tindakan bodoh wa bahlul dengan melantik Mustafa Ali menjadi SUA dan juga mengekalkan Hassan Ali menjadi PJ PAS Selangor! Bukankah kedua-dua pemimpin tertinggi PAS tersebut pro-UG?Kalau Ustaz Ahmad Awang menjadi outcast, alamatnya terkenyeh panjanglah si Harussani, kerana sudah dapat geng di dalam PAS!
7 comments:
Salam RJ,
UG hendaklah ditentang habis-habisan. Biar tulang dan jasad berkecai, syari'at Islam mesti ditegakkan.
salam...kesian kat kita semua..ni dah tiba zaman fitnah berleluasa...bersungguh-sungguh bercerita walaupun itu hya andaian...buah fikiran..igtlah neraka itu teruk tempatnya...
ada lagi blog-blog celaka macam ni! aku ingat dah pupus....bercakap iktu rasa
reformis jalanan? sama mangkuk mcm dr.(kangkung) wahab arbain. (blogger lucah mcm harian metro versi blog).
arif oma? siapa nih. woi pi main jauh dari gelanggang. jangan tunjuk bahlol disini..
Jangan nak buat Fitnah.. wahai reformis Jalanan... jangan cakap ikut sedap mulut..
@Dr. Wahab
Itulah yang kita mahu. Singkirkan mana-mana yang masih mahu berjinak-jinak dengan UMNO.
@Anonymous2 bodoh sekalian
kalau berani tunjuk la identiti. Jangan jadi bacul. Ini blog aku, ini hak demokratik aku. Kalau tak puas hati buat blog sendiri. Bodoh punya Melayu.
saya sokong awak ...kalau ada orang kata kau tak betul jangan marah-marah
...beritau lah mengapa tersingkir ..dan sebagainya ...orang bawah pun nak tau juga....
Sebenarnya saya menyampah dengan umno ni...tetiba nak berbaik pula....
Post a Comment