Sunday, March 28, 2010
Rupanya Ada Pembaca Yang Tak Reti Nak Baca Dan Faham
Tak nampak ke ada perkataan "jika"? Jika ada ayat yang mempunyai perkataan itu, ia bermakna masih belum jelas dan bukan lagi kenyataan. Jika ada usaha nak menyingkirkan mana-mana pemimpin PAS yang pro-Pakatan Rakyat, maka ianya adalah kerja yang celaka! Bukannya dibaca seolah-olah perkataan "jika" dan "maka" itu tidak wujud? Kau suruh aku belajar lagi tapi nampaknya kau yang kena belajar balik. Huhuhu.. Memalukan. Jatuhkan maruah di depan seorang budak.
Saya cabar mana-mana pihak supaya buktikan bahawa Ustaz Ahmad Awang berbohong dengan kenyataan beliau sewaktu Muktamar lepas :
"Ada pihak perwakilan yang kata mana ada diantara kita yang nak pergi atau berunding bersama UMNO. Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama UMNO dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, "Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk kita bersama dengan UMNO?"
Ada saudara-saudara! Jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut namanya. Tapi saya nak katakan ada. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus membuat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu"
Ustaz Ahmad Awang memberitahu bahawa ketika beliau mengucapkan itu, ada pemimpin tertinggi yang menjeling kepadanya. Siapa? Hanya beliau saja yang tahu.
Jangan suruh saya membaca ulasan di sebuah blog "pencen". mana dia ulasan itu? Dia cuma menveritakan keadaan dirinya sewaktu Ustaz Ahmad Awang membuat ucapan tersebut. Akhirnya dia kata ucapan itu tidak kena dan Ustaz Ahmad Awang bakal dipersoalkan oleh Allah. Itu pun andaian! Bukannya ulasan. Bahlol. Buktikan bahawa Ustaz Ahmad Awang berbohong.
Kau kata Tulang Besi macam-macam. Ada kau bawa bukti? Kau pun ambil maklumat dari blog orang lain jugak kan?
Categories :
Pergi Jahannam Blogger Pro-Perpaduang
2 comments:
Saya setuju Nik Aziz tidak dilantik sebagai mursyidul am lagi. Beliau banyak diperkudakan oleh Husam dan setiap statement yang keluar kadang2 semacam merapu.
Ko pun satu, apa hal ko layan setan bongok?!
Di Parlimen baru2 ni, Saifuddin Nasution memetik kata2 Imam Shafie: "Aku kalau berbahas dengan orang jahil aku tidak pernah menang, aku tidak pernah menang tetapi kalau berbahas dengan orang alim aku tidak pernah kalah."
Post a Comment