Saturday, March 6, 2010

Saya Sudah Tidak Percaya Kepada Si Pemakai Serban dan Kopiah


Saya pernah mendengar bahawa penampilan luaran terbentuk daripada kepribadian dalaman. Jika dalamannya cantik, maka cantiklah luarannya. Begitu juga sebaliknya. Namun kata-kata ini saya tolak sama sekali dan lebih bersetuju dengan istilah "don't judge the book by it's cover". Kalaulah penampilan seseorang itu sopan, belum tentu lagi perangainya elok. Begitu juga dengan yang berpakaian yang menjolok mata. Belum tentu dia seorang yang jahat.


Berdasarkan pemerhatian saya sendiri, sebagai contoh. Saya lihat perempuan bertudung di zaman sekarang ini perangai mereka lebih jahat dan biadap berbanding yang tidak pakai tudung. Pakai kopiah, tapi kuat memfitnah dan busuk hati.


Tengok lagi bukti, jelas menunjukkan Mufti haprak lagi jahat dari negeri Perak berbohong dan menokok tambah cerita, menurut ustaz Ahmad Awang. Mufti Perak kalau tengok dari luarannya memang bersopan dan lembut (walaupun muka macam penyagak). Tapi lihat perangainya dan kenyataan-kenyataannya yang bersifat "celaka" selama ini.


Begitu juga dalam PAS. Selama ini saya memandang golongan ustaz dan pemakai serban/kopiah merupakan golongan yang terbaik. Tapi itu semua hancuss semenjak berakhirnya Muktamar pada tahun lepas. Saya lihat betapa buruk dan hodohnya perangai mereka. Siapa sangka salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang terkenal dengan imej waraknya itu tergamak memujuk Ustaz Ahmad Awang membuat kerajaan campuran PAS-UMNO di Perak.


Begitu juga dengan si pemakai kopiah di Selangor. Anak Ali itu sanggup bertemu dan berunding dengan UMNO untuk kerusi Menteri Besar. Tak termasuk lagi perangai jahat dua tiga kerat pemimpin berkopiah/serban dalam PAS. Mengkritik PAS terus dilabel sebagai ejen UMNO. Kritik sikit melenting sampai keluar dalam Harakah. Jemput orang datang seminar, tapi alih-alih kata "rasa macam tak nak tengok muka awak," - ini Islam kepala bapak apa yang kamu bawa??


Pendek kata, kebanyakan golongan sebegini berlagak bagus dan merasakan mereka lebih hebat daripada orang lain. Saya sudah tidak percaya dengan golongan ini dan tidak akan terus membuat kesimpulan berdasarkan cara penampilan seseorang.

2 comments:

Anonymous said...

SAYA SEKARANG BERATAMBAH PENING DENGAN KEPENTINGANNYA SAMADA PAKAI KETAYAP ATAU PUN SERBAN.
KEPADA MEREKA YANG MENGERJAKAN HAJI TIDAK DIBENARKAN MEMAKAI PENUTUP KEPALA UNTUK LELAKI. MALAH ADA YANG BERKATA DICUKUR BOTAK LAGI BAIK. HARAP PAK ULAMAK (BUKAN ULAR DALAM SEMAK) DAPAT BERIKAN PENJELASAN DENGAN DALILNYA.

Mohamadazhan.com said...

salam sahabat,

pakai kopiah tu sunah, ttg ibadah jahi itu adalah berbeza konsepnya, Allah inginkan manusia sama sahaja disisi Allah apabila berkumpul di arafah tanpa sebarang pakaian berharga melainkan hanya dua helai kain ihram yang tidak berjahit. ada hikmah besar disebalik ibadah haji itu.