Tuesday, March 9, 2010
Malaysia Yang Lebih Baik
Salah satu perkara yang bermain-main di dalam kotak fikiran saya sebelum saya melelapkan mata ialah ingin melihat Malaysia menjadi semakin baik. Tanpa terpalit sedikitpun skandal terhadap pemimpin-pemimpinnya, indeks rasuah, jenayah dan kemiskinan semakin berkurang, pertumbuhan ekonomi yang baik sehinggakan mampu bersaing dengan negara-negara maju, keharmonian diantara kaum dan lain-lain.
Walaupun saya pernah membuat 2 posting yang bertajuk "Malaysia Yang Menyampah", itu bukan bererti saya membenci negara ini. Pernyataan tersebut merupakan kesan kebencian saya terhadap UMNO/BN yang terbukti gagal menguruskan negara ini. Sebab itulah walau dengan apa cara sekalipun, saya akan turut sama-sama berjuang untuk memastikan UMNO hanya tinggal sejarah di negara ini.
Saya ingin melihat Islam dimartabatkan dan dihormati oleh semua di Malaysia ini. Rakyat semua terbebas daripada kebodohan yang membelenggu mereka selama ini oleh media-media propaganda di TV, akhbar, dan radio. Rakyat yang bijak, celik, dan boleh menilai serta berfikir. Tidak patuh kepada pemimpin secara membabi buta. Itu yang saya nak. Itu adalah salah satu impian saya.
Saya selama-lamanya akan bersama dengan parti yang merupakan lawan kepada UMNO/BN. Pastikan UMNO/BN dikuburkan untuk melihat impian serta angan-angan ini menjadi kenyataan. Tapi malangnya, harapan ini sedikit demi sedikit musnah kerana ada sesetengah pemimpin pembangkang yang mula buat hal selepas daripada kemenangan besar pada PRU lepas. Ada yang lompat, ada yang khianat, dan ada pula yang mula berjinak-jinak dengan UMNO.
Terus-terang saya katakan, mereka-mereka inilah yang menghancurkan dan menggagalkan impian saya untuk melihat Malaysia yang lebih baik. Setiap negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat pasti ada saja pengacaunya. Selangor ada Hassan Ali dan Roslan SMS. Perak ada Osman, Jamaluddin, Mohsen, dan Fauzi Muda. Kedah ada Zul Noordin dan seekor ADUN Lunas dan DAP pengacau, Pulau Pinang ada Zahrain dan Fairuz, dan Kelantan ada Ariffahmi dan Raja Katak.
Banyak lagi nama yang nak disebut. Tapi biar ini dulu. Apa yang patut dilakukan oleh mereka-mereka ini? Patutkah seorang demi seorang kita humbankan ke dalam gaung? Mereka dan spesis-spesis mereka telah membuatkan keyakinan rakyat terhadap PR semakin merudum. Apakah impian saya ini sekadar tinggal angan-angan semata-mata? Saya yakin ini bukan harapan saya seorang, tapi seluruh rakyat Malaysia!
AYUH HAPUSKAN UMNO/BN. SELAMATKAN MALAYSIA. KE ARAH MALAYSIA YANG LEBIH BAIK!
Categories :
Let's Create a Better Malaysia
0 comments:
Post a Comment