Selain itu,sebanyak 50% yang berpendapat Pas bermasalah dari segi kepimpinan dalam parti.
Data yang diperolehi amat mengejutkan kerana sebelum ini golongan media mula positif dengan Pas.
Sebelum ini, saya selalu merasa bangga kepada PAS memandangkan PAS ialah satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam dan mahu menegakkan amar makruf nahi mungkar. Saya juga rajin membeli lidah rasmi PAS, iaitu Harakah beserta akhbar sampingannya iaitu Siasah. Walaupun ada yang miss, tapi boleh dikatakan kerap juga saya membeli akhbar tersebut. Setiap minggu menjadi satu kewajiban kepada saya untuk membeli Harakah, atau Siasah. Sekarang, perasaan tersebut sudah hilang sama sekali.
Saya tidak lagi merasa bangga dengan PAS, perbuatan dan sikap sebahagian besar pemimpinnya membuatkan saya menjadi meluat. Saya juga sudah menjadi seakan hilang selera kepada akhbar Harakah mahupun Siasah, jika membelinya pun, saya hanya membeli jika ada kesempatan ataupun kebetulan lalu di gerai akhbar. Jika saya miss pun, saya langsung tak rasa apa-apa. Ini kerana apabila saya teringatkan Harakah, serta merta saya teringatkan wajah Mustafa Ali. Rasa benci mula menyelubungi diri.
Dahulu saya memandang tinggi pemimpin-pemimpin PAS. Saya hormat kepada mereka. Bagi saya merekalah harapan bagi negara ini menjadi lebih baik. Sekarang? Sudah tidak ada hormat lagi, kecuali pada pemimpin-pemimpin tertentu. Walaupun sebelum ini saya ada juga rasa tidak senang dengan pemimpin PAS Terengganu yang agak jumud dan ekstrim berbanding pemimpin PAS negeri lain, tapi ketika itu saya beranggapan ia bukanlah suatu masalah kepada parti. Tapi sekarang ternyata, merekalah parasit-parasit yang bakal melingkupkan parti. Semasa saya belajar sekejap di pondok lebih 2 tahun lepas, saya memandang Haji Hadi sebagai seorang ulama besar. Sebagai orang alim yang hebat. Sekarang oleh kerana sikap dan tindakannya, saya rela menyertai Projek Langgar Hadi bersama Aduka Taruna dan beberapa blogger yang lain. Selepas muktamar lepas, saya masih lagi berpendirian mempertahankan Haji Hadi daripada serangan para bloggers, tapi sekarang saya menjadi salah seorang daripada mereka, yang berharap Haji Hadi dapat mengundurkan diri secara terhormat. Saya masih lagi sayangkan PAS. Tapi tak sekuat dulu. Saya sangat berharap pembersihan dilakukan terhadap kepimpinan parti. Bagi saya, barisan kepimpinan PAS yang ada sekarang ini adalah barisan kepimpinan yang paling teruk dalam sejarah. Ia patut ditukar.
Ini adalah senarai pemimpin yang patut ditukar :
1. Haji Hadi (Presiden)
2. Haron Din (Timb. Mursyidul Am) - saya akan ulas lain kali kenapa saya mahu beliau ditukarkan.
3. Nasha Mat Isa (Timb. Presiden)
4. Mustafa Ali (Setiausaha Agung)
5. Harun Taib (Ketua Dewan Ulama')
6. Nasarudin Thontowi (Ketua Dewan Pemuda)
7. Idris Ahmad (Ketua Penerangan), dan beberapa AJK-AJK yang lain.
Siapa yang patut gantikan mereka? Bersambung........
p/s : Salah seorang pemimpin PAS Terengganu sudah mula menunjukkan kebodohan dia dengan meminta Prof Aziz Bari terjun ke dalam bidang politik semasa seminar tadi, disambut dengan beberapa laungan takbir daripada peserta yang bodoh.. Siapa dia? Entri tentang dia ada di bawah ini.
6 comments:
hahahahaha..tepi-tepi..blog babi sedang mengganas!!hahahaha..ada aku kesah!!hahaha..blog babi sedang mengulas isu politik!!hahaha..belajar macam pundek!!hahaha..mari mengganas di blog babi dan setan ni!!hahahaha
khaakkkk ptuih!!!!!!!!!!
org yg menyamar jadi RJ tu sakit mental rupanya. gelak mcm org gila. RJ, ko jgn lyn org gila mcm tu. makin dilyn makin menjadi.
khaakkkk ptuih!!!!!!!!!!mari kita jatuhkan kepimpinan ulama'!!katanya blog aku-anak babi dan setan..!!haha!!
Totally agree... Banyak lagi nama2 besar yg popular dr akar umbi.. seperti Yb mahfuz, Salahuddin Ayub, Nizar, Mat Sabu dan lain2..
pemimpin yg ada sekarang ni bukan pilihan akar umbi.. tp pilihan perwakilan PAS... Pikirlah Mana golongan yg menyumbang undi paling banyak..Perwakilan atau rakyat
PRESIDEN PAS KATA MEREKA PRO DALAM 'PERMAIANAN INI'.....PESANAN KPD BELIAU...tn. presiden jgn lupa bahawa sebahagian pengkritik luar ada autority jgk dlm 'bidang' ini. mrk jgk profesional gak.....
jgn jd mcm skuad bolasepak kebangsaan, x mau terima pandangan luar, kononnya profesional, akhirnya....kegagalan yg x sudah2
Post a Comment