Monday, November 9, 2009

Blogger Memfitnah Atau Pemimpin Berbohong?

Saya petik sedikit daripada blog Misbahul Munir Masduki (s/u Mohd Nizar):


Walau bagaimanapun saya hubungi juga beberapa orang Jawatankuasa Harian dan AJK PAS Pusat yang sangat rapat dengan saya untuk mengetahui kebenaran dakwaan dalam blog tersebut. Ternyata semua dakwaan dalam blog tidak betul, Ust Abu Bakar Chik tidak pernah mengeluarkan kata-kata seumpama itu, tidak keluar ucapan Tok Guru Nyanyuk, orang tua, letak jawatan dan sebagainya sebagaimana yang didakwa oleh blog.

Ust Abu Bakar Chik sama macam AJK yang lain bersuara menyatakan pandangan terhadap isu-isu yang dibincangkan, beliau ada menegur Tok Guru supaya tidak menulis dalam blog bagi menyatakan pandangannya terhadap masalah dalaman parti, dan Tok Guru menerima terguran tersebut dengan hati terbuka.


Blogger selalu dikaitkan dengan penipu, pemfitnah, dan penyebar khabar angin. Sekarang pimpinan-pimpinan PAS sudah mula meragui akan berita dan sumber daripada blogger pro-Pakatan Rakyat. Ini bertitik tolak daripada sebilangan blogger yang swing 360 darjah menyerang segelintir pimpinan PAS. Sejak selepas dari PRU-12 lagi, sumber berita yang dibawa oleh blogger yang mendedahkan keselingkuhan segelintir pemimpin PAS dianggap satu ancaman yang bahaya dan fitnah kepada PAS. Sehinggakan jentera IT PAS digerakkan. Tapi apa yang jadi?


Pertemuan dalam gelap antara Nasharuddin Mat Isa dengan pemimpin UMNO dinafikan oleh Nasha sendiri. Kemudian ugut nak menyaman blogger terbabit yang didakwa berbuat fitnah. Hassan Ali turut menafikan ada pertemuan sulit dengan pemimpin UMNO di Selangor. Akhirnya, PM ketika itu Abdullah Badawi membongkar bahawa memang ada pertemuan sulit dengan pemimpin PAS. Sekarang siapa yang terkena? Siapa yang berbohong? Ustaz Ahmad Awang sendiri mendedahkan ada pimpinan tertinggi menelefon beliau menyuruh pertimbangkan semula membentuk kerajaan Perak bersama UMNO/BN.


Hassan Ali dan konco-konco turut berbohong dengan mengemukakan beberapa bukti sebab sebenar Khalid Samad dan Saari Sungib dipecat, tapi bukti (perkara) tersebut berlaku selepas Saari Sungib dan Khalid Samad dipecat. Hassan Ali juga yang bertanggungjawab membocorkan tentang cerai taklik PAS itu. Mana ada pimpinan PAS ambil tindakan?


Sekarang kes Abu Bakar Chik (ABC) dengan tok guru Nik Aziz pula. Sekali lagi blogger dituduh menipu dan memfitnah. Kalau yang berkata itu ABC sendiri bolehla dipertimbangkan kenyataan tersebut. Tapi masalahnya ABC langsung tak keluarkan kenyataan walaupun berita ini sudah tersebar. Mana dia tuan empunya badan? Kenapa mesti orang lain yang menjawab?


Keesokan hari Tok Guru ditanya oleh wartawan di Bachok, Kelantan tentang mesyuarat khas yang diadakan, Tok Guru menyatakan kepada wartawan beliau sangat puas hati dengan perjalanan mesyuarat, Tok Guru menjawab ringkas "biasalah dalam mesyuarat, ada tegur menegur, saya ditegur, Presiden PAS juga saya tegur, Hasan Ali juga ditegur". Beliau sangat puas hati dengan perjalanan Mesyuarat Khas tersebut dan bersetuju dengan keputusan mesyuarat untuk mengadakan Seminar Memperkasakan Parti bagi menggantikan EGM yang dicadangkan.


Takkanlah TGNA nak membocorkan kandungan mesyuarat? Biasalah orang politik memang banyak berselindung. Banyak keluarkan kenyataan yang samar-samar. Misbahul Munir sendiri mengakuinya dengan menulis "Dan kalau pun ada di kalangan AJK yang ceritakan perjalanan mesyuarat tersebut, AJK PAS Pusat itulah yang paling tidak berdisiplin dan berakhlak dan tidak layak menjadi AJK PAS Pusat."



Sekarang ini saya menunggu mana dia ABC, sila tampil untuk membela diri kalau betul dia tak ungkapkan perkataan tersebut kepada TGNA. Keluarkan kenyataan bahawa semua ini fitnah. Begitu juga AJK-AJK yang ada semasa mesyuarat malam itu. Mereka juga harus keluarkan kenyataan yang menafikan perbuatan ABC itu. Kalau semua sudah sahih berita ini memang palsu dan salah, saya akan buang posting berkenaan Bakar Chik di bawah ini dan seterusnya membuat posting baru tentang permohonan maaf kepada beliau.

4 comments:

Anonymous said...

Salam.

Kenapa penulis tidak tanya terus kepada mereka2 yang hadir dalam mesyuarat tersebut seperti DS Nizar, Dr Hatta, Dr Zulkifli Ahmad, Mahfuz atau yg lain2 yg di rasa 'boleh dipercayai'? Juga kenapa tak hubungi terus Ust Abu Bakar Chik?

Nak harap Ust ABC jawab sendiri dlm blog? Mungkin beliau sendiri tak pernah membaca blog atau menggunanya! Tak semestinya zaman IT ini, setiap pimpinan mesti guna internet dsbnya! Ada banyak cara dan kerja lain yg perlu di buat dulu.

Kalau saya adalah UST ABC, ada kalanya saya lebih suka berdiam diri dan membiarkan orang yg tak bertanggungjawab terus mengatakan saya, supaya segala dosa2 saya ditanggung oleh mereka di akhirat kelak, dan sebaliknya, pahala2 kebajikan mereka diberikan kpd saya!

Allahu 'Alam!

Sallehan, Semenyih.

Reformis Jalanan said...

Boleh saudara bagitahu macamana nak hubungi AJK2 terbabit? Adakah mereka nak membuka atau memberitahu rahsia mesyuarat kepada seseorang yg tidak dikenali? Cukuplah dengan ABC mengeluarkan kenyataan penafian, disokong oleh AJK2 lain. Kalau selama ini ABC boleh dan lantang dalam bersuara membela Haji Hadi, menghentam Prof Aziz, takkan membela diri pun tak boleh?

Anonymous said...

after in vile this without have a place or culpability [url=http://www.casinoapart.com]casino[/url] indemnification at the greatest [url=http://www.casinoapart.com]online casino[/url] criterion with 10's of with it [url=http://www.casinoapart.com]online casinos[/url]. try [url=http://www.casinoapart.com/articles/play-roulette.html]roulette[/url], [url=http://www.casinoapart.com/articles/play-slots.html]slots[/url] and [url=http://www.casinoapart.com/articles/play-baccarat.html]baccarat[/url] at this [url=http://www.casinoapart.com/articles/no-deposit-casinos.html]no avert from casino[/url] , www.casinoapart.com
the finest [url=http://de.casinoapart.com]casino[/url] with a sifting UK, german and all to the world. so to the insigne [url=http://es.casinoapart.com]casino en linea[/url] query nearly us now.

Anonymous said...

[url=http://www.onlinecasinos.gd]online casino[/url], also known as particular means casinos or Internet casinos, are online versions of routine ("chunk and mortar") casinos. Online casinos approve gamblers to contend in and wager on casino games with the living expenses the Internet.
Online casinos typically fix aside on the bazaar odds and payback percentages that are comparable to land-based casinos. Some online casinos govern higher payback percentages with a assume trust to drudgery function games, and some emphasize upon known payout level audits on their websites. Assuming that the online casino is using an aptly programmed indefinitely hundred generator, narrate games like blackjack need into harmonious's title an established congress edge. The payout infect track of these games are established at closer the rules of the game.
Assorted online casinos develop infected with or fulfil their software from companies like Microgaming, Realtime Gaming, Playtech, Wide-ranging Caper Technology and CryptoLogic Inc.