Wednesday, November 18, 2009

Demonstrasi




Memandangkan isu demonstrasi masih lagi belum berhenti di kolej kami, suka saya mahu mengulas mengenainya. Pada masa kini, demonstrasi dilihat satu perbuatan yang salah, dan melakukannya seolah-olah berdosa dan dipandang serong. Kalau macam tu usah mengaku negara ini negara demokrasi yang rakyatnya bebas menyuarakan pandangan. Rakyat diberikan hak untuk berhimpun secara aman.


Seringkali saya mendengar suara-suara jahanam yang berkata, "Ada lagi saluran lain untuk menyatakan pandangan," - saluran apa? Saluran paip? Dalam sejarah demonstrasi di Malaysia ini, sebelum berdemonstrasi sudah banyak perkara dilakukan - adakan pertemuan dan perbincangan, dan lain-lain, tapi tidak menampakkan kesan yang positif. Untuk memudahkan suara didengari, permintaan ditunaikan - demonstrasilah jalan yang terakhir. Dan ada bukti menunjukkan demonstrasi merupakan jalan yang paling berkesan.


Himpunan Bersih 2 tahun lalu, akhirnya barulah Kerajaan UMNO/BN ataupun SPR meluluskan beberapa perkara yang terkandung di dalam permintaan Bersih, contohnya penggunaan dakwat kekal dalam proses pengundia (walaupun ditarik pada saat-saat akhir). Himpunan PPSMI pun sama, selama ini sudah banyak memorandum dihantar, sudah banyak pertemuan diadakan diantara kementerian terbabit, tapi langsung tiada kesan. Bahkan menteri terbabit langsung tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan. Bila demonstrasi dilakukan pada 7 Mac 2009, barulah terkeluar wajah ''sial'' pemimpin-pemimpin melalui media menyatakan pendapat.


Dan akhirnya Kementerian Pelajaran bersetuju untuk memansuhkannya walaupun secara berperingkat (dan secara berhelah). ISA pula, ini paling lama diperjuangkan. Hampir 10 tahun, atau mungkin 10 tahun. Banyak forum diadakan, banyak usaha dilakukan untuk bertemu dengan Menteri terbabit, tetapi seperti tidak dilayan. Jadi untuk mendesak ISA dihapuskan, demonstrasi 1 Ogos 2009 pula digerakkan. Walaupun permintaan tidak ditunaikan, tapi sekurang-kurangnya himpunan itu telah membuka mata pemimpin UMNO yang sial, yang selama ini langsung tidak berminat untuk menyentuh tentang ISA.


Demonstrasi bukan keganasan. Yang menjadi ganas apabila ada pihak-pihak tertentu (laknatullah) yang menimbulkan provokasi. Mengganggu ketenteraman? Dah namanya perhimpunan aman, jika tidak diganggu, tidaklah kecoh. Kepada pihak yang berkenaan, tolong terjun dari tingkat 14 jika masih tak reti-reti lagi apa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia (Perkara 10). Seterusnya menggangu lalulintas. Itulah gunanya pihak polis dan pengawal keselamatan. Sepatutnya polis dan pengawal keselamatan dikerahkan untuk menjaga lalulintas, dan juga menjaga perhimpunan dan perarakan. Bukannya membantai orang tak tentu hala.


Ini semua salah UMNO, merekalah yang memomokkan rakyat Malaysia (dan membodohkan Melayu) mengenai keburukan demonstrasi. UMNO pembunuh demokrasi. Dan UMNO berjaya memperbodohkan orang Melayu dengan membenci demonstrasi. UMNO takut kuasanya tergugat, kalau tak boleh demonstrasi, kenapa sewaktu bulan Januari 2009 rakyat Malaysia berdemonstrasi mengutuk kekejaman Israel, langsung tiada bantahan dari mana-mana pihak, bahkan mendapat liputan lagi dari stesen televisyen. Inilah bukti bahawa UMNO keparat hanya takut kuasa mereka terjejas. Demonstrasi Palestin tidak menjejaskan kuasa mereka.


Demonstrasi dibuat sebagai satu jalan terakhir. Di kolej kami, beberapa pertemuan sudah diadakan tapi dipertikaikan oleh pihak-pihak tertentu, ada yang tak percaya dengan suara pelajar. Tak ada jalan lain, buatlah demonstrasi. Selepas demonstrasi, barulah pihak pentadbiran tahu membuka mulut. Inilah kejayaan demonstrasi. Usah pedulikan bangsa Melayu yang bodoh yang kononnya tak sukakan huru-hara, melihat demonstrasi sebagai satu dosa besar, kerana bangsa Melayu selama-lamanya akan mundur dan diperbodohkan sampai bila-bila. Bangsa ini tak akan berjaya.


p/s : Saya tak pernah redha dengan fitnah-fitnah yang ditaburkan terhadap pendemonstran, dan juga tak redha dengan simbahan air kimia dan gas oleh pihak polis. Saya akan saman semuanya di hadapan tuhan nanti.

0 comments: