Wednesday, November 18, 2009
Setuju Dengan Charles Santiago
PENSWASTAAN MEMBERI BEBAN KEPADA RAKYAT
“Kerajaan kata rakyat layak mendapat taraf kesihatan lebih baik, jalan raya selesa dan pelbagai kemudahan asas lain. Namun melalui penswastaan pelbagai badan ini, rakyat terpaksa menanggung kos tinggi.
“Ini jelas menunjukkan melalui penswastaan air dan jalan raya, rakyat membayar lebih tinggi, sedangkan masih ada rakyat berpendapatan rendah dan hidup susah,” - Charles Santiago, Ahli Parlimen Klang.
Kapitalis merupakan satu ideologi yang hanya mengutamakan keuntungan semata-mata. Kapitalis tidak dapat dipisahkan dengan amalan penindasan melalui faedah/bunga. Yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin merempat. Dengan penswastaan, golongan kapitalis dapat berniaga. Dan objektif utamanya tentulah maksimumkan keuntungan tetapi meminimumkan pengeluaran. Harga boleh dinaikkan sesuka hati. Jurang pendapatan diantara golongan kaya dan miskin semakin jauh.
Semenjak Mahathir mengambil alih tampuk pemerintahan pada 1981, banyak badan-badan kerajaan diswastakan, sudah tentu kroni menjadi keutamaan. Penswastaan air, elektrik, telefon, dan bermacam-macam lagi. Ini bertujuan untuk memperkayakan beberapa kerat kroni dan anak beranak. Dan membuatkan negara Malaysia sedikit demi sedikit ke arah sistem ekonomi kapitalis. Ini semua berpunca daripada Mahathir. Sekarang golongan kapitalis di negara ini semakin melebarkan sayapnya di seluruh negara. Semuanya hanya fikirkan perniagaan manakala rakyat diabaikan, hidup dalam kesusahan. Walaupun negara membangun, tetapi rakyatnya masih lagi belum dapat menikmati kemudahan-kemudahan asas yang sepatutnya mereka perolehi. Malaysia selangkah demi selangkah menuju ke arah negara kapitalis.
0 comments:
Post a Comment