Saturday, November 14, 2009

You Are The Best, Tok Guru!

Sumber Gambar : Aduka Taruna


Tak perlu buat undian melalui TV, blog, website, dan sebagainya. Tanya saja kepada sesiapa tentang pemimpin yang paling terpengaruh di dalam Pakatan Rakyat. Sudah tentu majoritinya memberi jawapan bahawa pemimpin tersebut ialah Tok Guru Nik Aziz. Beliau disenangi oleh seluruh lapisan masyarakat. Ramai yang menghormati beliau selaku ulama', murabbi, pemimpin, ayah, dan datuk. Keperibadian seperti beliau agak sukar untuk dicari ganti. Kepimpinan beliau terbukti berkesan, lihat saja keadaan negeri Kelantan yang ditadbir selama 19 tahun. Tak seorangpun orang bukan Islam merungut cara pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui oleh Tok Guru. Jika sebelum PRU-12 dulu, dan beberapa kemudiannya, pengaruh atau fenomena Anwar Ibrahim begitu tinggi di dalam Pakatan Rakyat. Tapi sekarang populariti Tok Guru Nik Aziz jauh meninggalkan Anwar. Undian di NTV7 semalam menunjukkan Tok Guru 22% mendahului Anwar. Diikuti LKS dan Haji Hadi yang masing-masing 9%.


Nota :


Berkenaan satu lagi krisis di negeri Kelantan, saya rasa saya tak mahu ulas kerana saya langsung tidak tahu maklumat mengenainya, antara menantu Tok Guru, Kickdefella, Husam dan PMBK. Dan tentang keputusan Tok Guru membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji pada tahun ini atas tajaan sebuah syarikat, saya menyatakan sangat setuju dengan tindakan beliau walaupun beliau kelihatan sebak memandangkan usaha orang yang mahu memburukkan beliau itu berjaya. Sebagai pemimpin dan ulama tok guru juga harus menjaga persepsi orang ramai terhadap dirinya. Jika nama pun pemimpin, rasuah akan datang melalui berbagai cara dan berbagai usaha yang dilakukan oleh orang tertentu. Saya tak kata orang yang mahu menaja Tok Guru itu mahu merasuah memandangkan blogger Penarik Beca sudahpun menjelaskan siapakah orang yang menaja Tok Guru itu. Tapi walau betapa rapatnya orang tersebut dengan tok guru, orang ramai boleh membuat bermacam-macam andaian. Jadi, tindakan membatalkan hasrat untuk menunaikan haji itu tidakan yang tepat lagi bijak. Semoga tok guru panjang usia untuk menunaikan haji pada tahun berikutnya.

0 comments: