Showing posts with label Seminar PAS. Show all posts
Showing posts with label Seminar PAS. Show all posts

Saturday, November 7, 2009

Sokongan Kepada PAS Mula Merosot Dan Semakin Merosot

Kajian menunjukkan golongan muda mengiktiraf sistem parti Pas,namun terdapat beberapa faktor lain dalam pimpinan Pas yang menggusarkan mereka.

Walaubagaimanapun kedudukan Musyidul Am Nik Aziz Nik Mat sebagai pemimpin tertinggi parti itu diiktiraf dan masih kukuh di kalangan pendukung setia parti dan masyarakat umumnya.

Rata-rata pola yang dibentangkan berbentuk pyramid iaitu dengan peratusan tahap lemah yang sangat tinggi.

Ini meliputi semua aspek merangkumi pentadbiran,pimpinan,strategi politik dan ideologi parti itu sendiri.
Berbanding PRU12 dengan statistik yang menunjukkan 70% bersetuju dengan kebijaksaan strategi Pas,kajian kali ini menunjukkan kemerosotan sebanyak 20% dari aspek itu.

Selain itu,sebanyak 50% yang berpendapat Pas bermasalah dari segi kepimpinan dalam parti.

Kajian Dr Abu Hasan Abdullah turut menyentuh persepsi media yang meliputi media dari blog,jurnal dan juga facebook terhadap parti ini.

Data yang diperolehi amat mengejutkan kerana sebelum ini golongan media mula positif dengan Pas.

Namun,data terbaru menunjukkan peningkatan peratusan negative yang amat tinggi daripada media,iaitu sebnayak 213% penolakkan kepada parti ini. (Dr. Abu Hasan Hasbullah)


Sebelum ini, saya selalu merasa bangga kepada PAS memandangkan PAS ialah satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam dan mahu menegakkan amar makruf nahi mungkar. Saya juga rajin membeli lidah rasmi PAS, iaitu Harakah beserta akhbar sampingannya iaitu Siasah. Walaupun ada yang miss, tapi boleh dikatakan kerap juga saya membeli akhbar tersebut. Setiap minggu menjadi satu kewajiban kepada saya untuk membeli Harakah, atau Siasah. Sekarang, perasaan tersebut sudah hilang sama sekali.


Saya tidak lagi merasa bangga dengan PAS, perbuatan dan sikap sebahagian besar pemimpinnya membuatkan saya menjadi meluat. Saya juga sudah menjadi seakan hilang selera kepada akhbar Harakah mahupun Siasah, jika membelinya pun, saya hanya membeli jika ada kesempatan ataupun kebetulan lalu di gerai akhbar. Jika saya miss pun, saya langsung tak rasa apa-apa. Ini kerana apabila saya teringatkan Harakah, serta merta saya teringatkan wajah Mustafa Ali. Rasa benci mula menyelubungi diri.


Dahulu saya memandang tinggi pemimpin-pemimpin PAS. Saya hormat kepada mereka. Bagi saya merekalah harapan bagi negara ini menjadi lebih baik. Sekarang? Sudah tidak ada hormat lagi, kecuali pada pemimpin-pemimpin tertentu. Walaupun sebelum ini saya ada juga rasa tidak senang dengan pemimpin PAS Terengganu yang agak jumud dan ekstrim berbanding pemimpin PAS negeri lain, tapi ketika itu saya beranggapan ia bukanlah suatu masalah kepada parti. Tapi sekarang ternyata, merekalah parasit-parasit yang bakal melingkupkan parti. Semasa saya belajar sekejap di pondok lebih 2 tahun lepas, saya memandang Haji Hadi sebagai seorang ulama besar. Sebagai orang alim yang hebat. Sekarang oleh kerana sikap dan tindakannya, saya rela menyertai Projek Langgar Hadi bersama Aduka Taruna dan beberapa blogger yang lain. Selepas muktamar lepas, saya masih lagi berpendirian mempertahankan Haji Hadi daripada serangan para bloggers, tapi sekarang saya menjadi salah seorang daripada mereka, yang berharap Haji Hadi dapat mengundurkan diri secara terhormat. Saya masih lagi sayangkan PAS. Tapi tak sekuat dulu. Saya sangat berharap pembersihan dilakukan terhadap kepimpinan parti. Bagi saya, barisan kepimpinan PAS yang ada sekarang ini adalah barisan kepimpinan yang paling teruk dalam sejarah. Ia patut ditukar.


Ini adalah senarai pemimpin yang patut ditukar :


1. Haji Hadi (Presiden)

2. Haron Din (Timb. Mursyidul Am) - saya akan ulas lain kali kenapa saya mahu beliau ditukarkan.

3. Nasha Mat Isa (Timb. Presiden)

4. Mustafa Ali (Setiausaha Agung)

5. Harun Taib (Ketua Dewan Ulama')

6. Nasarudin Thontowi (Ketua Dewan Pemuda)

7. Idris Ahmad (Ketua Penerangan), dan beberapa AJK-AJK yang lain.


Siapa yang patut gantikan mereka? Bersambung........



p/s : Salah seorang pemimpin PAS Terengganu sudah mula menunjukkan kebodohan dia dengan meminta Prof Aziz Bari terjun ke dalam bidang politik semasa seminar tadi, disambut dengan beberapa laungan takbir daripada peserta yang bodoh.. Siapa dia? Entri tentang dia ada di bawah ini.

Friday, November 6, 2009

Seminar PAS Besok



Besok bermulanya seminar khas PAS yang diadakan di Taman Melewar Kuala Lumpur. Yang menariknya seminar ini dibuat kerana permintaan TGNA untuk EGM. Digantikan dengan seminar ini. Dan tokoh akademik, Prof Aziz Bari dijemput untuk menyampaikan ucapan. Kerana pandangan tokoh inilah yang mendorong TGNA meminta supaya Muktamar Khas diadakan. Selama ini Prof Aziz banyak berjasa kepada parti pembangkang, walaupun beliau kelihatan neutral. Banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau memihak kepada kebenaran.


Jadi, diharap besok ucapan Prof Aziz ini membuatkan perwakilan PAS tidak lagi bodoh dan bengap, serta tidak wala membuta tuli. Ini demi kebaikan parti, apa gunanya mempertahankan pimpinan, akhirnya parti sendiri yang lingkup. Dan diharap Presiden PAS sedar diri bahawa sudah sampai masanya beliau berundur, daripada terus merugikan PAS dan Pakatan Rakyat. Imej PAS tercalar teruk semenjak kebelakangan ini. Haji Hadi melantik orang yang pro dengan pendapatnya menduduki kerusi pimpinan pusat, termasuklah kerusi Pesuruhjaya Negeri. Tanpa disedari PAS semakin dijauhi. Nampaknya PAS memang tidak layak ditadbir oleh pemimpin dari Terengganu. Negeri sendiri pun tidak terjaga, inikan pula nak jaga parti dan pakatan.


Walaubagaimanapun, Haji Hadi wajar juga dipuji kerana berani menjemput Prof Aziz di seminar besok. Sekurang-kurangnya tak macam pemimpin UMNO, menyekat orang dari mengkritik. Hari ini, Prof Aziz sempat lagi melepaskan peluru berbisa sebagai muqaddimah kepada seminar besok. Boleh dicari artikel di Malaysiakini. Beliau sekali lagi menyifatkan Haji Hadi sebagai Abdullah Badawi di dalam PAS, dan mengatakan Haji Hadi sudah tiada "stim" (kahkahkah), walaupun suatu ketika dulu Haji Hadi cukup gah di pentas politik.


Sama-samalah kita menunggu perkembangan seminar besok. Harap-harap PAS dapat dibasmikan dari sebarang anasir yang tidak baik, kalau tidak bersedialah menerima nasib yang sama seperti tahun 2004. Kepada perwakilan semua, jangan jadi bodoh wala membuta tuli atau membabi buta.