Friday, November 20, 2009

Terima Kasih Chin Peng!


Saya bersetuju dengan Mohamad Sabu seperti yang dilaporkan dalam Merdeka Review. Memang kita patut berterima kasih kepada Chin Peng (Ong Boon Hua). Secara tak langsung, Chin Peng telah berjasa kepada negara ini dan juga umat Islam. (sapa nak marah, marahlah).


Parti Komunis Malaya (PKM) yang turut dikenali sebagai Bintang Tiga bertanggungjawab atas pembunuhan Henry Gurney di Bukit Fraser. Sungguh sial dan malang nasib askar Melayu yang bodoh pergi menyokong Henry Gurney dan penjajah British tanpa mengetahui bahawa Henry Gurney itulah yang bertanggungjawab membawa masuk orang Yahudi Zionis secara haram ke Palestin pada 1948. Dia membuka penempatan baru orang Yahudi Zionis di Palestin dan menghalau orang-orang Arab. Kerana jasa Henry Gurney itu, dia dipindahkan ke Tanah Melayu.


Kerana terbunuhnya Henry Gurney itu (musuh umat Islam), Bintang Tiga dan Ong Boon Hua layak diberikan merit. Lebih baik menyokong sebuah pergerakan yang diketuai oleh penduduk Tanah Melayu daripada menyokong orang-orang Melayu bodoh yang menjadi barua British. Barua seperti Leftenan Adnan dan Sarjan Hasan pula diberi pujian, bahkan dibuat filem lagi! Apa mulianya berkerja kepada penjajah? Kenapa menjadi hamba kepada penjajah British? Saya sesekali tak pernah hormat mana-mana askar Melayu di bawah British. Taraf mereka disisi penjajah British tak lebih dari sekadar anjing suruhan.


Sejarah mengenai Bintang Tiga harus diterangkan, jangan biarkan generasi akan datang menganggap mereka ini pengganas. Sejarah mereka bersama Rejimen Ke-10 telah digelapkan. Jasa mereka tidak dipandang, bahkan mereka pula dianggap pengganas. Yang sepatutnya dilabelkan sebagai pengganas ialah UMNO. UMNO ini jahat, lebih teruk daripada komunis Kuomintang.

8 comments:

Mat Amin said...

Salam

Terima kasih blog reformasi jalanan.

Posting ini akan saya siarkan juga di KINI DAN SILAM. Jika saudara tidak bersetuju, sila memberi maklum balas.

Reformis Jalanan said...

Terima kasih.Apa saja posting di dalam blog ini dibenarkan disiarkan di mana2 webpage dgn syarat tidak ada tokok tambah. Tak beritahu pun tak apa.

pemanduteksi said...

aku setuju...umno itu pengganas dulu kini dan selamanya.!

Anonymous said...

bodo jugak budak PR ni
karl mark tu bukan yahudi ke..?
bebal tak semenggah

gengkilangspeak said...

Woi!!! reformis bodoh.
lu x der sekolah ker dulu bro. Sampai beza tahun sejarah pon tak tau. Setakat nak tulis cm kakak tua bercakap x yah ler. Kot dah bagus sangat, letak nama Chin Peng sebelum nama bapak lu dalam IC. Gua pon x sokong UMNO, tapi gua x sanjung ler kafir cina yang potong leher saudara Islam gua.
Lagi satu lu tak minta ke nanti bile lu dah KO nk lepak sebelah Chin Peng. Adios reformis sial...

Anonymous said...

salam reformis jalanan
artikel ni sy petik dan letak dalam blog sy mindaahad.wordpress.com
fuhh..berjabu kna maki..
hehe

shauqie said...

Salam saudara, harus diingat bukan semua yang pernah bersama British dahulu semuanya barua Inggeris. PKM pun satu masa dahulu bersama British melawan Jepun dengan menubuhkan TAJRM.

Anonymous said...

assalam... leftenan adnan atau sarjan hassan smuanya berjuang untuk negara MELALUI british.bukan utk british!!!!kau org islam kan.... kau belajar adab kan..kau xfikir ke anak cucu smua askar melayu yg terbunuh dulu rasa bila kau gelar arwah datuk mereka "barua"????? kau xsokong umno tu kau punya pasal hak kau kan... kalau kau sokong ching peng skali pun xperlu la kau hina org seagama sebangsa kau dgn HINA BEGITU!!! MEREKA SMUA PEJUANG...ATUK AKU DULU SPECIAL KOSTABEL ZAMAN DARURAT.DIA BERJUANG SBB KOMUNIS KEJAM BKN SEBAB BRITISH!