Saturday, November 21, 2009

Bloggers Diibaratkan Seperti Hang Tuah?

Ilustrasi pendekar pondan (Tuah) melawan hero sebenar Melayu (Jebat).




Tadi rasa macam nak tergelak apabila membaca artikel terbaru dari Malaysia Waves yang ditulis oleh Tulang Besi (Raman). Beliau mengibaratkan bloggers seperti Hang Tuah yang mahu menyelamatkan Tun Teja daripada Megat Panji Alam. Tun Teja itu diumpamakan sebagai PAS, manakala Megat Panji Alam itu tidak diberitahu mewakili apa, tapi memandangkan Megat Panji Alam itu hero Melayu Terengganu, mungkin beliau mahu megumpamakan Megat Panji Alam itu seperti Geng Terengganu.


Perumpamaan tak tepat la syeikh! Saya tak mahu setujulah. Megat Panji Alam itu bukannya jahat. Sebaliknya yang berdosa ialah Hang Tuah dan Tun Teja sendiri. Inilah lagi satu masyarakat Melayu dicandukan dengan sejarah yang sengaja digelapkan. Hang Tuah dijulang menjadi hero Melayu. Sedangkan bagi saya Hang Tuahlah pendekar yang bacul dan bodoh kerana sanggup bunuh kawan baik sendiri semata-mata wala' membabi buta kepada Sultan yang fasik. Alasannya "Orang Melayu tak akan menderhaka kepada Raja," - sekarang kita lihat kebanyakan orang Melayu menjiwai Hang Tuah, raja buat apa pun tak apa. Tak boleh menderhaka, nanti kena tulah.


Jarang sekali orang Melayu menjiwai watak Hang Jebat - "Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah," Sebab itulah di Perak orang Melayu buat sardin je. Ramai yang berebut jadi Hang Tuah. Hai Tuah, kau tanggunglah dosa kerana taat kepada penguasa yang zalim, dan kau juga menunjukkan teladan yang buruk kepada generasi Melayu pada zaman ini. Sultan Melaka merupakan sultan yang paling ceroi dalam sejarah. Nak kata gila pun boleh. Isteri tak cukup satu. Tun Teja itu tunangan orang (Megat Panji Alam). Bapa Tun Teja, Sultan Pahang mahu menjodohkannya dengan anak Raja Terengganu, Megat Panji Alam. Dalam agama, bapa merupakan wali mujbir, yang berkuasa menentukan jodoh anaknya, walaupun anaknya itu tidak bersetuju. Sebagai anak, Tun Teja telah derhaka, dan mendapat satu lagi dosa kerana lari bersama lelaki yang bukan mahram. Mengikut satu versi, Hang Tuah telah melakukan maksiat dengan Tun Teja sewaktu membawa Tun Teja lari. (Gambar : Ilustrasi khayalan Megat Panji Alam, pendekar yang mahir dalam seni tombak)




Hang Tuah pun bodoh, apa yang Sultan Melaka nak itulah yang diturutinya. Haram merampas tunangan orang. Sultan jenis apa macam tu? Bukankah Sultan itu ketua agama? Berbalik kepada Megat Panji Alam, lebih 3 tahun dulu saya ada mendengar cerita dari cikgu saya mengenai Megat Panji Alam. Kononnya setiap pagi Megat Panji Alam berlatih melontar tombak ke udara kemudian dia menahan mata tombak itu dengan dadanya. Sebaik saja berita Hang Tuah melarikan Tun Teja sampai ke pengetahuannya, Megat Panji Alam memimpin sejumlah tentera untuk menyerang Melaka. Hang Tuah merasa tidak yakin dapat menewaskan Megat Panji Alam, lalu membuat taktik kotor untuk menewaskan Megat Panji Alam. Hang Kasturi dan Hang Lekir disuruh bertarung dengan Megat Panji Alam, dan Hang Tuah menikamnya secara curi-curi. Salah satu bukti kepondanan Hang Tuah.


Dipendekkan cerita, Hang Tuah didakwa kononnya berzina dengan gundik Sultan, lalu Sultan menitahkan Hang Tuah dibunuh. Tetapi Bendahara tidak membunuh Hang Tuah, sebaliknya disembunyikan di suautu tempat. Masa inilah Hang Jebat mengamuk dan menguasai istana kerana menuntut bela atas apa yang dilakukan oleh Hang Tuah. Sultan bersembunyi di rumah bendahara, dan waktu itulah Sultan baru mengetahui bahawa Hang Tuah masih hidup, lalu disuruh Hang Tuah mengadapnya dan diperintahkan untuk berhadapan dengan Hang Jebat. Bodohnya Hang Tuah, walaupun dalam keadaan begitu, masih lagi patuh kepada Sultan.


Mengikut cerita, Hang Tuah berjaya membunuh Hang Jebat dengan menggunakan tipu helah. Sehingga hari ini, Hang Tuah yang pondan itu dianggap hero Melayu. Hang Jebat itu penderhaka. Sama la dengan sejarah komunis itu pengganas. Yang menjadi hero ialah askar Melayu dibawah British. Heeee apalah nasib orang Melayu. Dari dulu sampai sekarang tak habis-habis dibodohkan.


Takkanlah bloggers nak diibaratkan sama seperti Hang Tuah yang bodoh dan bacul itu?

1 comments:

Megat Panji Alam said...

HangTuah dan Hebat jebat tidak sebagaimana Komunis yang nyata berjuang atas nama Komunis dan berkiblatkan Komunis Tanah Besar China,Perkara akidah dan agama Islam adalah tunjang utama bangsa Melayu Islam,sebagai hadith Jujungan Besar Rasulullah Swt,haram orang melantik pemerintah musyrikin sebagai ulul amri....Hang Tuah tidak bacul sebagaimana tuan hamba ceritakan perjuangan anak bangsa terhadap negara,agama,bangsa adalah lebih dari perjuangan individu,percaturan politik pemerintah kerajaan melayu tua, adalah jelik jika di buat kesimpulan mudah dan pendapat yang berbau hasutan hanya mem burukkan sejarah bangsa sendiri,cuba tuan hamba lihat sejarah bangsa lain meskipun hero mereka berbuat agak jahat tetapi bangsa meeka tidak memburuk-buruk secara melulu,sebagai contoh
Alaung Paya seorang Panglima besar bangsa Burma yang pernah berperang dengan Thai dan Empayar Melayu Sridamaraja di indochina......