Monday, August 31, 2009
31 Ogos : Semua Berpakaian Hitam
Salam Ramadhan,
Walaupun sambutan kemerdekaan kali ke 52 negara ini tidaklah semeriah tahun yang lepas-lepas, agaknya kerana diadakan di dalam bulan Ramadhan, tapi apa yang ingin dikatakan di sini ialah pengertian sebenar mengenai kemerdekaan. Merdeka ertinya bebas. Bebas dari cengkaman mana-mana penindas. Bebas untuk menyuarakan pandangan. Bebas untuk hidup di mana-mana tanpa ada ancaman.
Inikah yang dinikmati oleh rakyat Malaysia? Ramai yang bergembira kerana hari kemerdekaan 31 Ogos, walaupun pada hakikatnya ini adalah merdeka separuh masak. Merdeka yang diberi oleh British dengan bersyarat. Dan syarat inilah yang menyebabkan permasalahan di negara ini semakin membarah. Apa gunanya merdeka jika :
1) Kita hidup di dalam keadaan yang prejudis terhadap agama dan kaum yang lain.
2) Kita semua ( Melayu, Cina, India) tidak seperti hidup di dalam satu keluarga yang besar.
3) Disekat kebebasan dengan adanya akta ISA yang mencabuli hak manusia untuk hidup bebas.
4) Tidak boleh menyuarakan pandangan dan tidak bebas untuk mengadakan bantahan.
5) Sesudah lebih 50 tahun, masih ramai rakyat Malaysia yang merempat sedangkan hasil mahsul negara melimpah ruah, pemimpin negara hidup di dalam timbunan wang.
6) Tidak berada di dalam hukum-hukum Islam
7) Akhlak muda-mudi Melayu Islam di negara ini mencapai tahap kritikal.
8) Adanya pemimpin yang mengkhianati amanah yang diberi oleh rakyat
9) Sistem demokrasi telah tercemar
Inilah diantara masalah yang ditinggalkan oleh British. Dasar "divide and rule" kemudiannya diteruskan oleh anak didiknya iaitu UMNO. Hasilnya kaum-kaum utama di Malaysia tidak berpadu, bahkan ada prejudis diantara satu sama lain. Melayu kata Cina jahat, kuat menipu, licik, berusaha menghapuskan hak Melayu. Cina pula kata orang Melayu bodoh dan pemalas, dan hanya tahu berhibur. India pula dianggap bangsa yang berbelit-belit. Masalah ini hampir mustahil untuk diselesaikan.
British juga meninggalkan undang-undang mereka untuk dilaksanakan di Malaya. Undang-undang yang digubal sendiri oleh mereka. Orang Islam hanya menjadi pak turut. Tidak bebas untuk menentukan dasarnya sendiri. Inikah kemerdekaan yang dikecapi?
Buat filem 1957 Hati Malaya kononnya hanya UMNO yang berjasa. Hati Malaya atau Hati UMNO? Pemimpin UMNO dari dulu lagi duduk di bawah ketiak British laknatullah, pondan, dan hanya tau runding-runding. Tapi pejuang kemerdekaan yang sebenar menentang British secara terang-terang, ditangkap, dipenjara, di-ISA. Sejarah mereka digelapkan, dan rakyat dimomokkan hanya UMNO, MIC, dan MCA yang bersusah payah untuk memperolehi kemerdekaan.
Oleh itu, sepatutnya hari ini semuanya memakai pakaian hitam. Perkabungan. Tercemarnya hak rakyat Malaysia, demokrasi dicabuli, dan selepas hari ini, esok rakyat Malaysia dihidangkan dengan berita gembira iaitu kenaikan harga petrol. Tambahan pula bekalan gula pun ada krisis, bukan berkurangan, tapi permainan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan. Merdeka? Orang Melayu pun berani usung kepala lembu, menghina penganut agama lain.
1Black Malaysia !!!
Categories :
Black Malaysia
0 comments:
Post a Comment