Salam Ramadhan,
Berikut adalah petikan dari blog Ketua Pemuda PAS :
Dewan Pemuda PAS Pusat mengutuk sekeras–kerasnya tindakan jemaah menteri meluluskan konsert Michael Learns to Rock - eternity tour 2009 : live in malaysia yang bakal berlangsung di arena of stars, genting highlands pada 5 september 2009 ini. (poin 1)
Konsert ini adalah suatu penghinaan besar kepada negara Malaysia dan umat Islam yang sedang menyambut bulan Ramadhan al Mubarak kini. Dewan Pemuda PAS Pusat sekali lagi mengutuk sekeras-kerasnya jemaah menteri yang membuat keputusan ini. Dimana ia adalah suatu tindakan yang kurang ajar dan penghinaan besar terhadap ummat Islam di Malaysia. (poin 2)
Dewan Pemuda PAS Pusat tegas menyatakan sikap, bahawa konsert seperti ini mesti dibatalkan segera dan ini adalah amaran keras kepada pihak penganjur agar tidak mencabar sensitiviti ummat Islam. Andai mereka tidak peduli amaran ini, Dewan Pemuda PAS Pusat tidak teragak–agak akan mengerahkan seluruh pemuda Islam agar turun membantah Konsert tersebut daripada terus berlangsung. (poin 8)
Sejak jawatan Ketua Pemuda bertukar tangan, seolah-olah dia ini mahu mencari publisiti. Memang tidak salah membantah konsert yang akan menyebabkan kelalaian kepada anak-anak muda, lebih-lebih lagi sewaktu di bulan Ramadhan. Tapi, adakah ramai anak-anak muda Islam akan berduyun-duyun pergi ke tempat yang jauh dari kota seperti Genting Highlands? Adakah Genting Highlands itu tempat bermajoritikan orang Islam?
Kalau konsert dibatalkan, orang yang mahu melihatnya mempunyai cara lain seperti menonton menerusi internet mahupun membeli DVD kumpulan terbabit. Saya ingin mempersoalkan Pemuda PAS, mereka mahu membantah konsert tersebut kononnya mencemar kesucian bulan Ramadhan, tapi adakah mereka :
1) Ada membuat bantahan terhadap aktiviti perjudian besar-besaran yang beroperasi setiap hari walaupun di bulan Ramadhan di Genting Highlands?
2) Memberi amaran keras kepada pihak berwajib berkenaan muda-mudi Islam yang berpeleseran di Bukit Bintang, Bandaraya Kuala Lumpur, Dataran Merdeka, dan lain-lain.
3) Membantah penjualan majalah yang berunsurkan kelalaian yang berlambak di pasaran.
4) Memprotes konsert-konsert yang selama ini diadakan di Malaysia.
5) Membuat tunjuk perasaan terhadap rancangan realiti TV yang melalaikan anak muda Islam seperti Akademi Fantasia, Mentor, Gang Starz, Raja Lawak, dan One In Million.
6) Membantah penjualan arak yang berleluasa di negara ini.
7) Dan membantah lain-lain kemungkaran di negara ini.
Kalau ya pun komited dengan perjuangan Islam, berhasrat mahu negara ini ditadbir oleh Islam, dahulukan perkara-perkara yang besar dahulu. Ini bulan Ramadhan, kemudian dekat nak raya, banyaklah rancangan hiburan yang melalaikan, drama swasta di media elektronik. Ada hasrat ke nak buat bantahan dan memberi amaran? Kenapa tempat nun jauh yang tersorok tu jugak kau pergi serang? Lepas itu ajak Pemuda UMNO yang sah tak peduli agama untuk sama-sama buat bantahan.
p/s : Macam budak PASTI. Muka dan pakaian pun dah sama =)
3 comments:
woi bro, lu mabuk ka dok komen yg bukan2 pasal KP nie,
Walaupun saya penyokong pas tapi saya setuju dengan beberapa kenyataan saudara seperti :
1) Ada membuat bantahan terhadap aktiviti perjudian besar-besaran yang beroperasi setiap hari walaupun di bulan Ramadhan di Genting Highlands?
2) Memberi amaran keras kepada pihak berwajib berkenaan muda-mudi Islam yang berpeleseran di Bukit Bintang, Bandaraya Kuala Lumpur, Dataran Merdeka, dan lain-lain.
3) Membantah penjualan majalah yang berunsurkan kelalaian yang berlambak di pasaran.
4) Memprotes konsert-konsert yang selama ini diadakan di Malaysia.
5) Membuat tunjuk perasaan terhadap rancangan realiti TV yang melalaikan anak muda Islam seperti Akademi Fantasia, Mentor, Gang Starz, Raja Lawak, dan One In Million.
Saya rasa konsert yang diadakan hampir setiap hari di akedemi fantasia,mentor dan banyak lagi program yang disiarkan di tv memberi impac yang lebih besar kepada muda-mudi.
aku setuju pendapat admin dan kerja buat pas, cuma kena bagi penambah baikkan dan sedikit pujian juga.
sekurang-kurangnya pas bbuat juga dalam isu ni. perlukan juga publisti untuk menjatuhkan kemungkaran.
mm, penambah baikkan yang dimaksudkan aku, pas kena perkemaskan lajnah seni dan budayanya supaya lebih catchy dengan generasi hari ini. itu sj.
Post a Comment