Salam Ramadhan,
Sebelum pukul 12 malam tadi memang banyak, terlalu banyak kereta beratur untuk mengisi penuh tangki minyak, kerana selepas daripada jam 12, harga minyak bagi RON 97 bertukar dari RM 1.80 seliter kepada RM 2.05. Naik 25 sen. RON 92 diberhentikan pengeluarannya dan digantikan dengan RON 95 yang berharga RM 1.80 seliter. Hadiah kerajaan UMNO/BN kepada golongan marhaen sempena hari kemerdekaan dan bulan puasa.
Teringat di zaman sewaktu Abdullah Badawi jadi PM dulu. Minyak paling banyak naik pada waktu zaman dia memerintah selama 4 tahun. Sampaikan rakyat pun sudah naik minyak. Tahun 2004 saja, sudah 4 kali harga minyak dinaikkan. Dan saya masih ingat kata-kata rakyat bawahan tentang perasaannya apabila harga petrol dinaikkan sebanyak 30 sen pada Februari 2006, "Hancur hati apabila mengenangkan minyak,".
Sejak minyak dinaikkan berkali-kali, harga barangan naik mendadak. Ada pula peniaga yang mengambil kesempatan. Minyak naik, secara automatik harga barangan keperluan mesti naik. Mana boleh naikkan harga minyak, tapi mahu peniaga kekalkan harga barangan yang sedia ada. Bahan yang dibawa menggunakan kenderaan yang memerlukan petrol, lainlah kalau hanya sekadar pancutkan air kencing ke dalam tempat mengisi petrol!
Setiap kali harga minyak naik, pasti akan ada komen pemimpin yang berfahaman kapitalis yang mengatakan harga minyak di Malaysia masih rendah berbanding dengan negara Singapura, Indonesia, dan lain-lain negara pengimport minyak. Malaysia negara yang mengeluarkan minyak, jangan bandingkan dengan negara yang mengimport minyak. Kenapa tak dibandingkan dengan harga pengeluar minyak yang lain? Brunei contohnya. Negara Indonesia walaupun mengeluarkan minyak, tapi minyak yang dikeluarkan terlalu sedikit, tidak padan dengan keperluan rakyat-rakyat Indonesia.
Malaysia tak akan menjadi negara pengimport minyak dalam tempoh yang agak lama. Pengeluaran minyak didalam negara lebih dari cukup dari jumlah yang diperlukan oleh rakyat Malaysia. Keuntungan Petronas berpuluh-puluh billion setahun. Apa gunanya kita berbangga dengan Petronas, sedangkan rakyat bawahan tak mampu menikmati harga minyak yang sepatutnya. Gaji yang diperolehi rakyat Malaysia masih lagi terlalu sedikit untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat harganya sejajar dengan kenaikan harga minyak.
Rakyat Singapura tak rasa sangat bebanan minyak mahal di negara mereka. Pendapatan sebagai pemandu teksi sudah boleh membeli sebuah rumah besar. Gaji sebagai guru di sana bersamaan RM 5 ribu di negara ini. Gaji tukang cuci? Lebih kurang RM 2 ribu. Tapi di Malaysia? Berapa sangat gaji untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
Penjilat Petronas, Hasan Merican pernah kata, kerajaan patut hapuskan subsidi kerana penggunaan minyak yang berlebihan di dalam negara ini dan Malaysia akan menjadi negara pengimport minyak menjelang 2011. Hahaha kenyataan bodoh. Fakta sebenarnya ialah setiap liter minyak yang digunakan oleh rakyat Malaysia, Petronas akan menjumpai 4 liter minyak yang digali. Negara kita punyai lebihan minyak. Purata satu hari minyak yang digunakan oleh rakyat Malaysia ialah sebanyak 400 tong sehari. Tetapi Petronas berjaya mendapat 700 tong sehari. Ini bermakna lebihan 300 tong setiap hari.
Dan petroleum yang digali tidak digunakan oleh rakyat Malaysia, sebaliknya ia dieksport ke negara luar kerana petroleum di Malaysia tinggi kualitinya, dan Petronas membeli minyak yang kurang kualiti dan harga murah daripada negara pengeluar minyak yang lain. Ini telah memberi keuntungan yang berlipat ganda kepada Petronas. Tapi persoalannya, mana menghilang duit Petronas? Tentulah ia dibahagi-bahagi sesama golongan pemerintah. Sebagai satu contoh yang mudah, 11 tahun dulu, tahun 1998.
Krisis ekonomi pada masa itu sangat teruk dan merugikan banyak syarikat kroni UMNO/BN, termasuklah syarikat milik Mirzan Mahathir, anak PM pada masa itu. Dan di dalam mesyuarat kabinet, PM pada waktu itu bersungguh-sungguh mahu mengambil wang Petronas untuk suntikan dana kepada syarikat-syarikat yang nazak termasuk milik anak PM pada waktu itu. Yang kuat menentang ialah Menteri Kewangan pada ketika itu, dan hasilnya, Menteri tersebut ditendang dan dipenjarakan selama 6 tahun.
Kesimpulan, hasil mahsul yang dikeluarkan di negara ini tidak sampai ke tangan rakyat, dan ia hanya dinikmati oleh golongan atasan yang berkepentingan. Sebaliknya rakyat terpaksa menderita kerana kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat, pemimpin di atas sibuk membahagikan kek keuntungan negara sesama sendiri.
Rakyat naik minyak tak harga meningkat ke 0.25 sen? Banyak tu. Kekayaaan habis dibolot oleh golongan kapitalis. 1Malaysia!
3 comments:
Krisis ekonomi pada masa itu sangat teruk dan merugikan banyak syarikat kroni UMNO/BN, termasuklah syarikat milik Mirzan Mahathir, anak PM pada masa itu. Dan di dalam mesyuarat kabinet, PM pada waktu itu bersungguh-sungguh mahu mengambil wang Petronas untuk suntikan dana kepada syarikat-syarikat yang nazak termasuk milik anak PM pada waktu itu. Yang kuat menentang ialah Menteri Kewangan pada ketika itu, dan hasilnya, Menteri tersebut ditendang dan dipenjarakan selama 6 tahun.
ko caya sgt la dgn bdk kene tendang tu
mmg padan pun kene tendang
kuat temberang
tahan konon..
die pun 2x5 je

Percaya tak percaya itu bukan soalnya. Bacalah contoh tu. Janganlah asyik nak condemn orang jer. Itu salah satu contoh duit Petronas digunakan. Rakyat bawahan dapat apa?
Post a Comment