Thursday, August 20, 2009

Pertembungan Dan Serangan Di Permatang Pasir

Permatang Pasir merupakan lokasi kelapan Pilihanraya Kecil semenjak Ogos tahun lepas. Ia seakan-akan ulangtahun kejayaan besar Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh pada Ogos lepas, memandangkan Permatang Pasir berada di dalam kawasan Permatang Pauh, dan juga pilihanraya diadakan pada bulan Ogos. Keputusan di Permatang Pasir akan jadi petunjuk rakyat akan prestasi parti-parti pembangkang.


Kali ini Permatang Pasir menyaksikan pertembungan diantara tokoh-tokoh tertentu, dan juga serangan-serangan terhadap kedua-dua parti yang bertanding. Ianya bukan sekadar pertembungan Salleh Man dengan Rohaizat, pertembungan parti PAS dengan UMNO (2 parti besar Melayu yang tak mungkin akan bersatu), tapi juga pertembungan di antara Anwar Ibrahim (Permatang Pasir dalam kawasan Permatang Pauh) dengan Zahid Hamidi, Ketua UMNO Pulau Pinang. Zahid Hamidi merupakan bekas anak didik Anwar Ibrahim sewaktu di dalam UMNO dahulu, dan merupakan pemimpin UMNO terawal yang memberikan sokongan terhadap Anwar sewaktu dipecat dahulu.


Selain daripada itu, juga terdapat pertembungan diantara Anwar dengan Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri. Nampaknya yang paling bersemangat berkempen untuk kemenangan calon BN adalah Muhyiddin - Mat Sembab. Mungkin sebab dipengaruhi oleh keputusan di Manek Urai yang lalu, atau berfikir akan starategi untuk membodohkan orang Melayu mungkin berjaya sebagaimana di Manek Urai. Anwar merupakan pujaan Muhyiddin sewaktu bersama di dalam Team Wawasan. Sekarang, mereka sudah menjadi seteru. Muhyiddin menyerang Anwar dengan mengatakan bahawa Anwar pengkhianat Melayu, dan Anwar membalas balik dengan mengatakan bahawa Muhyiddinlah pengkhianat sebenar Melayu. Serangan sudah berbalas.


Kemudian terjadi pula pertembungan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz dengan Mufti Haprak dari Perak - berkenaan kenyataan ahli UMNO tak masuk syurga. Nik Aziz mendakwa kenyataan beliau diputar belitkan, dan mufti Perak mula membuat serangan, dibantu dengan akhbar UMNO Utusan. Dan belum apa-apa lagi satu pukulan maut terkena kepada calon BN, Rohaizat apabila Presiden Majlis Peguam mendakwa Rohaizat telah songlap duit Koperasi Pekebun Kecil yang berjumlah RM 160,000. Status peguam Rohaizat telah ditarik balik kerana penyelewengannya. Ini telah menjadi satu bonus yang agak besar kepada PAS. BN gagal memilih calon yang amanah, dan ketandusan calon yang baik.


PAS dan parti komponen Pakatan Rakyat patut berkerja keras (terutamanya PAS) untuk mengekalkan kemenangan di Permatang Pasir supaya episod di Manek Urai tidak berulang. PAS jangan melakukan suatu tindakan yang akan menyebabkan pengundi tidak yakin dengan PAS, terutamanya berkenaan tindakan bodoh beberapa pemimpin PAS suatu ketika dahulu yang ingin berjinak dengan UMNO. Jika majoriti kurang berbanding keputusan lepas, pasti BN akan mendabik dada, terutamanya Muhyiddin sembab - dialah yang paling bersemangat di sana. Selain dari Ahmad Maslan muka perempuan, dan lidah bercabang, serta pelakon terbaik - kononnya Ahmad Maslan ada darah Anwar Ibrahim - pooooorah!!!!


Perhebatkan lagi jentera PAS serta majlis penerangan yang diadakan. Kekalkan kemenangan calon yang menggantikan Datuk Hamdan.

0 comments: