Saturday, August 22, 2009
Pembohongan Kerajaan..!
Salam Ramadhan,
Sewaktu Menteri Pelajaran mengumumkan untuk memansuhkan PPSMI pada 2012, saya sangkakan pada tahun tersebut memang PPSMI sudah dihapuskan. Rupa-rupanya ia hanya satu pembohongan... Lihatlah jadual di atas.. Mana ada pemansuhan PPSMI. Masih ada lagi walaupun tahun sudah mencecah 2016! Memang dasar pengkhianat Melayu.
Muhyiddin menguar-uarkan bahawa Anwar Ibrahimlah pengkhianat Melayu. Sekarang, siapa pengkhianat sebenarnya? Kenapa kamu semua begitu berdegil untuk mempertahankan akta dan dasar gila kamu ni? Atau kamu semua wahai kerajaan jahat adalah tak faham bahasa Melayu? Kami dahulu penat berdemonstrasi untuk menghantar memorandum supaya tuntutan kami dipenuhi..iaitu mansuhkan terus! Bukan secara berperingkat-peringkat!
Benarlah kata-kata pejuang bahasa, bahawasanya kamu hei kerajaan merupakan pemimpin bertelinga satu berlidah dua. Kami buat macam-macam bantahan melalui berbagai saluran kamu tak layan. Bila kami berdemonstrasi turun ke jalan raya kamu bising bagaikan dunia nak kiamat. Ingat kamu telah membuatkan generasi yang akan datang menyumpah seranah kamu sehingga mati.
Pada aktivis-aktivis sekalian, gunakanlah isu ini sebaik-baiknya untuk mengajar UMNO di Permatang Pasir. Bilang pada pengundi siapa sebenarnya pengkhianat bangsa.
Categories :
bahasa jiwa bangsa,
PPSMI
0 comments:
Post a Comment