Tuesday, June 29, 2010

Kenapa Pakatan Rakyat Tak Menang-Menang?

credit to bohiem.blogspot.com


Kalaulah benar perjuangan Pakatan Rakyat (PAS terutamanya) menentang segala bentuk kemungkaran, penyelewengan dan memperjuangkan keadilan kepada semua rakyat, sudah tentu usaha dan niat yang murni ini akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Tapi cuba tengok, sudah berapa puluh tahun parti pembangkang berjuang di negara ini? Lihat hasilnya - kadang-kadang menang besar, kemudian kalah teruk - ini berterusan selama berpuluh tahun.

PAS contohnya - kalaulah benar niat mereka berjuang hanya kerana Allah, sudah tentu dari dulu lagi Allah permudahkan perjuangan mereka. Ini samalah seperti hujah yang diberikan oleh pensyarah kepada saya :

"Allah pasti tidak akan membiarkan kerajaan yang zalim terus berkuasa - kalau benar Mahathir itu jahat, sudah lama kerajaan ini hancur"

- kata-katanya yang bertujuan membela kerajaan Baghal Nasional (BN). Lebih kurang macam itulah kata-katanya.

Tapi apakah hujah tersebut boleh diterima? Kezaliman dan penyelewengan terang-terangan berlaku di depan mata. Rakyat hidup dalam kesusahan, negara berada di dalam keadaaan tidak aman. Jenayah berleluasa.

Saya fikir, Tuhan memang memurkai corak pemerintahan yang dilaksanakan oleh kerajaan sekarang tapi Dia tidak lagi memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat kerana ada segelintir pemimpin Pakatan Rakyat yang bersikap bobrok dan jahat tidak ubah seperti pemimpin UMNO. Ini juga termasuk pada masalah niat-niat sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat yang ada hanya mementingkan kepentingan perut mereka sahaja.

Tuhan tangguhkan dan tidak membenarkan Pakatan Rakyat menguasai Malaysia kerana ada sesetengah pemimpinnya yang mempunyai niat yang tidak baik apabila berkuasa. Sekarang cuba lihat perangai dan gelagat sesetengah pemimpin Islam dari Pakatan Rakyat dari PAS dan PKR.

PAS ada buat onar dengan caranya yang tersendiri. Begitu juga dengan PKR. Lihat isu terbaru - Krisis diantara Azmin dengan Menteri Besar Selangor. Azmin itu memang dalam pandangan mata kasar saya ialah seorang yang tidak boleh dipercayai berdasarkan tingkah lakunya. Budaya cantas mencantas yang dahulunya berleluasa di dalam UMNO kini turut berada di dalam PAS dan PKR. Dulu Azmin Ali buat hal dengan Zaid Ibrahim. Zaid Ibrahim pernah menceritakan di dalam blog beliau betapa di dalam PKR ada segolongan manusia yang berhati busuk - Zaid buat makan di rumah beliau, ada orang PKR sindir, kononnya Zaid nak berkempen.

Kemudian, apa lagi aktiviti busuk hati dalam PKR? Dulu. lebih kurang 4 tahun lepas Shamsul Iskandar pernah merasa terancam dengan Che Gu Bard mengenai jawatan pimpinan di dalam Angkatan Muda sehinggakan si Shamsul ini mempertikaikan urusan Che Gu Bard di Terengganu yang didakwanya nak berkempen!

Dalam PAS, pertembungan di antara golongan yang kononnya ulamak dengan bukan ulamak. Ulamak sibuk nak mempertahankan kedudukan mereka. Hassan Ali dilepaskan Khalid Samad digantung tugas. Dulu pertembungan di antara Hassan Ali dengan Menteri Besar Selangor. Macam-macam lagilah. Parti pembangkang kalau menang sikit memang mudah lupa diri. Yang hairan dan peliknya - hal-hal dan masalah sebegini hanya berlaku kepada pemimpin berbangsa Melayu dan beragama Islam di dalam PAS dan PKR.

Mereka ini bodoh berpolitik. Macam inikah orang Melayu berpolitik? Membantutkan usaha memperjuangkan hak dan nasib rakyat. Kalau dalam PAS, Mustafa Ali and the gang adalah parasit, maka dalam PKR ada Azmin Ali yang mahu menggantikan Azizah sebagai isteri Anwar!

7 comments:

ali said...

Well said bro!

Sabsoi said...

Kalaulah benar niat Palastin itu suci dah tentu Allah memberi kemenangan padanya,...Samalah juga kalau Pas dan Adil itu benar dah tentu Allah beri kemenangan padanya. Kemenangan itu memanglah dari Allah, kalah pun daruNya, pokoknya kebenaran itu susah untuk ditegakkan kerana yang benar itu terpaksa berhadapan dengan penipuan (contoh N.Perak), ancaman, hinaan, malahan godaan dari tentera syaitan sekalipun. Kata Yazid dlm pidatonya, Allah memberi kemenangan kepadanya kerana dia benar sedangkan Syidina Husin bin Ali (khw) itu salah.

incek.loyer said...

salam alaik..

bro RJ, saya kurang bersetuju r ngn entry nih..

bnar, ad pimpinan PR yg xbrape nk btol.. tp xbrmkna PR xmnag sbb diorang kn?

suka saya nk igtkan, yg Allah lah Malikul Mulk, Maha Pemilik Kerajaan kn? ni lah ujian Allah kpd kita, sblom dia btol2 hadiahkn sbuah kemenangn..

apsal Allah buat mcm 2??

sbb Allah nk tgok sapa antra kita yg btol2 briman, n sapa yg bwt2 beriman..

wallahua'lam.. may Allah bless..

Admin said...

Saya tetap beranggapan bahawa ini semua berkaitan dengan masalah niat yang tidak betul sesetengah pemimpin PR yang menyebabkan terbantutnya usaha untuk menukar kerajaan.

Anonymous said...

Hurrah, that's what I was looking for, what a stuff! present here at this website, thanks admin of this web page.
Also visit my blog bmi charts

Anonymous said...

I am not sure where you are getting your information, but great topic.
I needs to spend some time learning much more or understanding more.

Thanks for great info I was looking for this
info for my mission.

Feel free to visit my web-site ... diet plans for women to lose weight fast

Anonymous said...

I do not even know how I ended up here, but
I thought this post was great. I do not know who you are but definitely you are going to a famous blogger if you are not
already ;) Cheers!

Also visit my homepage ranger forum