Teh gelas itu - sejujurnya saya katakan tidaklah begitu menarik. Ketika itu saya lebih memikirkan untuk mencari Masjid Jamek Kampung Baru. Lagipun ketika itu saya tengah tahan kencing - tahan sejak dalam KTM Komuter lagi. Di KL Sentral tandas penuh, saya tak suka tunggu terus beli tiket naik LRT. Saya perlu ke masjid secepat mungkin untuk lepaskan hajat.
Sepanjang perjalanan dalam mencari masjid - saya sudah lihat ramai pendemonstran - ada yang berjalan-jalan, ada yang bersarapan, ada yang bersembang. Macam mana saya boleh kenal mereka? Biasanya orang yang berdemonstrasi ini ada pakai kopiah, berkumpulan dan pada pakaian mereka ada warna sedikit hijau. Kebanyakan yang saya temui adalah anak muda - ini satu petanda yang bagus. Jadikan budaya turun ke jalan raya sebagai amalan.




Berhenti di salah sebuah kedai yang tak punyai nama. Menjual kopiah, akhbar dan majalah pada bahagian luar - terjumpa majalah Isu Dalam Kartun, tapi tak beli. Dalam kedai tersebut ada jual VCD kuliah agama, buku-buku agama - buku Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari tulisan Presiden PAS masih banyak terdapat di dalam sana. Itu buku lama. Tak laku ke?
Masuk ke dalam masjid dekat pukul 1. Khutbah Jumaat memang tidak menarik - bercakap pasal perpaduan, gagasan 1 Malaysia, model negara Islam, dan lain-lain - memang bosan mendengarnya. Kemudian ternampak susuk peguam PAS Hanipa Maidin di belakang dan Azmin Ali pada pintu sebelah kiri.


Mujurlah abang-abang FRU dan polis tak kacau. Mereka hanya sekadar memerhatikan saja. Tak kurang juga ada yang membantu Unit Amal mengawal lalu lintas - syabas!


Demonstrasi beribu-ribu manusia. Semua pimpinan dipanggil untuk ke hadapan. (dalam gambar : Khalid Samad menyuruh para photographer jarakkan sedikit - kerana waktu itu ramai yang berebut-rebut mahu ambil gambar Anwar Ibrahim. Dalam gambar atas juga ada Anwar Ibrahim, Nasharuddin Mat Isa wakil Presiden PAS , Shamsul Iskandar, Sallahuddin Ayub dan Loh Gwo Burne)


ps : Jonah - yang rambut belah tepi tu.



Berjalan punya berjalan - rupa-rupanya saya sudah berada di barisan hadapan sekali. Mungkin banyak gambar saya yang terkeluar di dalam mana-mana portal atau artikel. Terlalu ramai camera man dan photographer menunggu di hadapan.
Kemudian jumpa macam-macam NGO dan pertubuhan-pertubuhan lain yang turut berdemonstrasi. Ada PEKIDA, PERKID, Syiah Melayu pun ada. Mereka bawa kain rentang yang ditulis "YA HUSEIN" dan gambar-gambar Ayatollah Khamenei.
Sampai saja di kedutaan, seorang demi seorang pimpinan berucap. Ketua Pemuda PAS, Dr. Hatta, Mat Sabu, Mustafa Kamil Ayub, Shamsul Iskandar, dan lain-lain lagi. Lim Kit Siang pun ada. Tapi dia berucap sekejap saja.Gambar tak boleh ditangkap kerana berada jauh dari trak kuning. Orang ramai berduyun-duyun datang dan berhimpun. Lagipun ketika itu tekak saya haus - bibir pun kering. Letih untuk berjalan mundar-mandir.

Bersurai lebih kurang pukul 4. Lepas baca doa. Walaupun berdemo tidak jejaskan Israel sedikit pun, tapi sekurang-kurangnya kita perlu menunjukkan reaksi terhadap kejahatan mereka dan menyedarkan mereka bahawa mereka bangsa yang tidak punyai negara.
Lepas demo, pergi Caltex - beli air sejuk botol besar. Lega.
Catatan ini ada sambungan . Sekarang baru balik. Lapar - dari pagi tak makan, minum air saja. Tadi hajat nak makan nasi ayam di KL Sentral tapi teringatkan harganya RM10 sepinggan - gila mahal - terus batalkan niat.
Hari ini letih - sepanjang masa berdiri dalam komuter dan LRT. Lenguh badan dan pinggang. Nak mandi - solat - makan - tido - relax.
Besok gambar-gambar lain akan diupload.
0 comments:
Post a Comment