Wednesday, June 9, 2010

Nak Start Muktamar, PAS Dah Mula Buat Hal


Untuk mengetahui cerita berkaitan menjelang muktamar, sila lawat [link] dan [link]


Sebelum ini saya dah buat perkiraan, pasti akan ada sesuatu isu sebelum bermulanya muktamar. Kes-kes melalui link di atas mungkin adalah permulaannya. Saya tahu, yang buat hal hanya segelintir pimpinan PAS dan beberapa kerat penyokong/ahli yang letak otak bawah tapak kaki. Tapi ia semakin melunturkan imej PAS selaku parti Islam.



Saya nak bagi peringatan pada yang berkenaan, ingat, dalam sistem demokrasi, rakyat adalah raja. Rakyat yang menaikkan pemimpin. PAS menang bukan kerana PAS semakin diterima. Ia bergantung pada keadaan semasa. Salah satu daripadanya ialah perasaan meluat pada UMNO/BN. Dan ingat, PAS menang sesebuah kerusi bukan disebabkan undi ahli-ahli PAS, tapi ia juga melibatkan undi orang-orang biasa yang tiada kepentingan di dalam PAS. Termasuk orang atas pagar.


Jadi PAS jangan mendabik dada kononnya semakin diterima. Bila-bila masa saja rakyat boleh buat swing vote kalau PAS berperangai haprak macam ini. Jangan khianati pengundi. Menang sikit dah buat hal. Oh pandai, kalau dalam hal ehwal parti, yang bukan ahli tak layak masuk campur atau bersuara. Tapi bila tiba masa mengundi, yang bukan ahli inilah yang depa cari, nak tagih undi!


Ingat, kami masih lagi belum lupa perkara yang lepas-lepas. Kalau nak rakyat tunjukkan kuasa mereka, silalah buat hal. Jangan ingat kami ini senang diperbodohkan. Kami ini bukan bodoh dan tolol macam ahli PAS yang duduk di bawah tapak kaki puak berkopiah/serban. Kami tak peduli ulamak tak ulamak, pergi mampus sama title itu. Tapi kalau berani naikkan darah kami, siaplah! Jangan sesekali mencabar kami terutamanya golongan muda yang sudah bosan dan muak dengan suasana politik negara ini!

9 comments:

orang waras said...

Geng2 blogger bajet best..mengada2 nk tmpt khas media. duk bhgn pmrhati pn apa salahnya. korng bknnya nk rakam vid mcm mlaysiakini. klu stkt nk dngr ucpn pmmpin PAS n wat lapopran mnghntam yg pro UG,xyah la brlagak nk duk tmpt khas media. stakat copy paste brita Malaysiakini & blog2 lain, xyah prasan best la..

Unknown said...

Salam,

PAS HALALKAN ARAK DI KELANTAN

1.BN dikatakan menghalalkan judi kerana dalam proses mengeluarkan dan meluluskan lesen judi bola sepak..

2.Kalau ukuran sama digunakan..PAS sebenarnya telah lama menghalakan ARAK di KELANTAN kerana telah mengeluarkan lesen arak di KELANTAN....

adibeta,
layarbiru15@gmail.com
kubang kerian,kelantan

Hasan said...

Mamat ni poyo lebih. Mengundi pun tak pernah. Zaman reformasi dulu umur pun baru 9 tahun. Reformis jalanan konon. Isu pas pun sampai nak meruntuhkan parti. Bengong. Duduk sbg pemerhati apa masalah? Takleh wat liputan? Bodo

orang wras said...

diorng ni mmg prasan pejuang rakyat sejati..gi muktamar pn bkn apa sngt, nk dngr ucapan TGHH, ust nasha & ust Tantawi. pstu klu jmpa ksalahan skit, drng pn besar2kan. nk burukkan mreka... Pmmpin PAS letih xckup tidur msyuarat rata2, prog jmpa rkyt dll. drng ni skdar mngadap comptr baca Malaysiakini & blog2 orng, pastu "copy paste" dan wat ulasan skit. krja mcm tu dah prasan Reformis. blah la...

SearchForHeaven said...

wa rasa.. nak komen dalam isu ni perlu adil..
adil kepada Organisasi PAS dan Adil kepada Bloggers..

1. Dalam Isu ini, PAS tidak boleh disalahkan 100% bahkan tidak mungkin sampai 50% kesalahan kerana Meminggirkan Blogger dalam Muktamar kali ini!! Ini kerana, Jika mahu PAS mengiktiraf Blogger secara Rasmi, Bloggers perlu diwujudkan secara rasmi dan Sah terlebih dahulu. Adalah menjadi amalan di seluruh dunia dan organisasi, PASS media diberi kepada orang2 yang authentic secara Umum (seperti media yang diakui ramai dikenali) dan perlu melalui Agencies dan supaya berlaku telus dalam pengurusan. Ini adalah standard amalan organisasi..
Kalu lu orang mahu PAS menjadi Governmance in waiting, sepatutnya lu orang tahu standard2 ini untuk menjaga dan mengimbangi organisasi.

2. Adakah Blogger mewujudkan secretariat/agencies mewakili mereka sebelum Muktamar?? atau ad hoc permohonan??? Tidak belajar lagikah dengan pengalaman di Muktamar 55 di shah Alam?? Adakah blogger mewujudkan atau melobi dengan Unit lajnah IT untuk menjadikan Blogging untuk diklasifikasikan oleh Sebagai Media beraunthentic??

Jika di ambil contoh luar negara seperti USA sekalipun, blogger2 yang ingin menyertai sesuatu seminar dan event2, perlu melakukan kerja2 protocol sebelum dibenarkan memakai PASS Media.. menyediakan kerja2 seperti surat permohonan dan sokongan.
Jika tahu komplen tapi tak tahu muhasabah.. camana nak memahami pengurusan dalam organisasi.
Adakah blogger anak YB sekalipun tidak perlu protocol untuk pengurusan??
amat malang jika tidak menitik beratkan kerja2 sistematik organisasi.. dan ammat malang lagi..
jika mengkritik organisasi Tidak terbuka, tetapi kita lagi tidak terbuka dengan tidak mencuba usaha secara sistematik dan mengikut standard..

apakah dengan nama demokrasi, kita mahu bebas, bebas semuanya??
adakah kerana sumbangan blogger, kita mahu terus diiktiraf tanpa melalui jalan2 sepatutnya??..

Jika betul.. mahu menyertai Muktamar sebagai Wakil Media..
Sudahkah media Blogger diAunthenticaKan???

jangan hanya tahu menyalahkan sebelah pihak, sedangkan di pihak yang lain, tidak memahami apa yang perlu dilakukan untuk menghidupkan standard organisasi..

sedangkan Konsert2 pun memerlukan standard PASS..
takkan Muktamar Politik/ sebuah badan yang mempunyai pengaruh, perlu bekerja di bawah standard??

fikir-fikir dahulu sebelum mengkritik..

kita mahu kerajaan yang telus..
tapi bila part kita.. tak nak plak jadi telus??

ape kessssssssssss...??

Anonymous said...

Aku suka komen sfh. Komen orang cerdik. Bukan mcm budak tukang tulih ni... bungut...hahaha

hussin said...

salam reformis jalanan,

oleh kerana sdr memilih untuk absent di muktamar 56, berikut adalah komen saya di blog greenboc di bawah tajuk 'muktamar lulus 6 usul'. kemungkinan ada di kalangan pengomen2 di atas menghadiri muktamar sebagai perwakilan/pemerhati/pelawat. saya percaya dengan kebikasanaan serta keilmuan maturity yang tinggi seperti ditunjukkan di sini, mereka juga pasti tidak akan bersetuju dengan komen saya sebagaimana mereka tidak bersetuju dengan penulisan sdr. mereka adalah hulubalang2 yang yang telah dilatih untuk mempertahankan pemimpin2 mereka dengan apa cara sekali pun hatta mempertahankan 'pengkhianatan'.

"mendengar pembentangan usul oleh sdr athirah dan ucapan sokongan oleh khalid samad dan ust risduan mohd nor membuat mata saya dilinangi air mata. gambaran bagaimana sdr2 kita di gaza yang hidup dan dilayan sebagai "tahanan perang" oleh pihak israel begitu menyentuh hati kecil saya.

saya kagum apabila timbalan pengerusi tetap memberitahu pula pengelibatan presiden bersama yusoff qardhawi sebagai penggerak muasassah al quds. sungguh menakjubkan.

keterlibatan umno dengan israel memualkan. dalam keadaan sdr2 kita dilayan sebegitu rupa (tak terdaya ust ridhuan nak meluahkannya), ditahan dalam kawasan runtuhan bangunan yang dipagari kawat razor (lebih tajam dan lebih berkesan dari kawat duri) dengan serba kekurangan dan kebuluruan (sehingga merebus rumput untuk hilangkan pahit sebelum dimakan) umno menjalin silaturrahim dengan israel.

apa yang membingungkan saya, apakah maklumat berkaitan layanan israel terhadap sdr2 kita di gaza tidak langsung dalam pengetahuan pemimimpin pas? apakah hubungan intim umno-israel juga tidak sampai ke pengetahuan pemimpin pas? apakah sebagai penggerak muasassah al-quds, presiden tidak tahu menahu akan kebejatan israel terhadap sdr2 kita di gaza serta hubungan yang terjalin di antara umno dengan israel?

bingung kerana wujudnya cita2 serta usaha2 di kalangan segelintir pemimpin pas untuk bergabung dengan umno. dalam keadaan presiden terlibat secara langsung dengan penubuhan muasassah al-quds, dalam israel mengianayai sdr2 kita di gaza, dalam umno menjalinkan hubungan dengan israel, boleh pas timbulkan idea kerajaan perpaduan dengan umno?

keadaan ini mendedahkan bagaimana pemimpin2 ini telah berjaya mempengaruhi presiden, penggerak muasassah al-quds. jika tgna dkatakan menerima nasihat dari 'penasihat sesat', penasihat presiden ini penasihat kategori apa pula agaknya?

muktamar telah berakhir. dengan wakil kubang pasu menyeru supaya pas terus dengan "memperkasakan pakatan rakyat" serta mengingatkan agar pas tidak lagi terperangkap dengan propaganda umno. saya percaya peringatan itu bukan ditujukan kepada kepimpinan semata2 tetapi juga kepada perwakilan. peringatan beliau dibuat semasa menyokong usul kubang kerian, pokok sena, kubang pasu, jerantut, bandar tun razak dan shah alam.

mampukah pas dalam keadaan "blogger di diluncaikan, wala' didahulukan, teguran mesti ikut saluran, ampu jadi amalan"?

ucapan dasar presiden dilihat sebagai hambar. wala' masih diberi penekanan. apakah yang dibimbangi? ia langsung tidak menepati tajuk harakah keluaran isnin di muka hadapan "muktamar hadapi pru13". jika tidak ada usul dari kubang kerian, pokok sena, kubang pasu, jerantut, bandar tun razak dan shah alam, sudah tentu tajuk harakah jauh tersasar. usul tersebut menyelamatkan keadaan serta airmuka harakah(?). malah usul tersebut telah mampu memberi nafas lega kepada pas.

wallahu'alam."

Admin said...

@hussin


laporan yang bagus, terima kasih.

hussin said...

maklumat yang saya perolehi adalah usul oleh kubang kerian, pokok sena, kubang pasu, jerantut, bandar tun razak dan shah alam, "pelan bertindak pilihanraya ke 13: ke arah memantapkan pas menjadi teraju perubahan" dihantar di saat2 terakhir dan selepas ucapan dasar presiden dicetak. justeru menjelaskan kenapa ucapan preiden tidak memberi liputan dan penekanan kepada pru13. untuk mengelak dari perkara pru13 ini dari terlepas, maka harakah mendahului muktamar dengan "muktamar hadapi pru 13". di sini memperlihatkan harakah cuba untuk "cover" topik penting ini untuk memberi gambaran seolah2 muktamar ke 56 ini serius untuk membincangkan pru 13. ideanya datang dari usul oleh 5 kawasan di atas. kita semua tahu siapa kontrol harakah. bagaimana seriusnya pas dengan pru 13 ini telah diterjemahkan dalam ucapan dasar presiden. gambaran kehebatan 'the president's men' dalam menyediakan pas ke gelanggang pru13.

dewan muslimat dan dewan pemuda juga tidak memberi penekanan kepada isu penting ini di muktamar mereka. terlepas pandang dengan pru 13 yang pas terlibat secara langsung dan bercita2 pula ke putrajaya memperlihatkan tahap persediaannya menghadapi pru13. rayuan bantuan oleh pengarah jpr pas pusat agar kerajaan selangor membantu pas sangat memalukan. begitulah tahap pemikiran pemimpin2 yang di bawa ke jalan raja laut oleh penasihat 'kategori apa' presiden.

amat malang lagi bagi pas apabila wujud atau diadakan spesis mempertahankan 'kelemahan' kepimpinan' keberlangsungan dari kegairahan mempertahankan 'pembohongan' kepimpinan.

wallahu'alam.