Bayangkan betapa gila tak gilanya pihak pengurusan kolej ini. Dipaksa pelajar-pelajar semester 5 menghadiri kursus kahwin sebagai salah satu syarat untuk graduate. Sudahlah dipaksa hadir, disuruh bayar pula untuk kursus selama 2 hari 3 malam.
Saya merupakan salah seorang yang terpaksa menghadiri kursus bodoh ini. Dimulai dengan lewat petang ini dan diakhiri pada hari Ahad, tengahari. Walaupun saya sudah dapat kesan ada beberapa rakan yang sudah gatal dan menjadi ulat bulu apabila mereka akan menghadiri kursus ini, tapi saya sedikitpun tidak gembira.
Seperti yang saya telah jelaskan pada posting sebelum ini - kahwin, kahwin, kahwin - itulah yang hanya yang berlegar-legar di kepala Melayu dan merekalah yang paling excited apabila disebutkan hal ini. JAIS ini dah tak ada kerja lain ke? Kalau diadakan kursus mengenai kepentingan mempunyai pemimpin berintegriti, atau kursus membenci rasuah, atau kursus membenci semangat perkauman, tak boleh ke?
Mungkin dalam 2 atau 3 hari ini saya tak mempunyai masa yang banyak atau mungkin tak ada masa langsung untuk mengadap laptop ini dan online. Laporan dan ulasan mengenai kursus ini akan saya sediakan selepas segalanya selesai pada hari Ahad ini.
Persepsi awal, yang saya nampak kenapa kursus ini diadakan dan ada pihak yang beria-ria memaksa pelajar menyertainya adalah bermotifkan wang. Saya akan ulas kemudian.
9 comments:
Ha Ha Ha :b
salam...
saya bersetuju dengan saudara yang mengatakan kursus kawin tu hanya untuk mengaut keuntungan semata-mata...tp bila di lihat dari perspektif lain,ianya sesuatu program yang m'datangkan kebaikan kepada semua..contohnya bg pelajar yang tidak mengambil kos agama,mungkin dia tak di dedahkan dgn hal-hal yang berkaitan perkahwinan di dalam kelas krn tak der subjek yg khusus berkaitan dgn perkahwinan.so,bila dgn adanya kursus kawin ni, mereka yg bukan dr kos agama ni sdkit sbyak dpat info berkaitan dengan perkahwinan di dalam Islam BUKANNYA perkahwinan dari cara yg diorang faham....kdg2 mereka ni sblum kawin tak der lansung ilmu2 yg berkaitan dgn perkahwinan...main hentam je kawin...pastu bila dh kawin,mula lah timbul mcm2 mslah dn mulalah nk menyalahkan antara satu sama lain...sbb tu kita nie sblum kawin kna dalami dlu ilmu2 yg berkaitan dgn perkahwinan nie,bukan boleh main hentam je....sbb tu ada pihak2 yang merasakan mereka b'tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu2 yang berkaitan dan menganjurkan program2 mcm nie....selain tu juga,dlm kursus kawin yg di anjurkan di kolej saudara tu,ada juga di selitkan dgn slot qiamullail...bukan selalu pun kita uat qiamullail...mungkin skali dalam seumur hidup pun susah kan?so,bila dah ada peluang mcm ni,kita kena rebut la....
salam...
saya bersetuju dengan saudara yang mengatakan kursus kawin tu hanya untuk mengaut keuntungan semata-mata...tp bila di lihat dari perspektif lain,ianya sesuatu program yang m'datangkan kebaikan kepada semua..contohnya bg pelajar yang tidak mengambil kos agama,mungkin dia tak di dedahkan dgn hal-hal yang berkaitan perkahwinan di dalam kelas krn tak der subjek yg khusus berkaitan dgn perkahwinan.so,bila dgn adanya kursus kawin ni, mereka yg bukan dr kos agama ni sdkit sbyak dpat info berkaitan dengan perkahwinan di dalam Islam BUKANNYA perkahwinan dari cara yg diorang faham....kdg2 mereka ni sblum kawin tak der lansung ilmu2 yg berkaitan dgn perkahwinan...main hentam je kawin...pastu bila dh kawin,mula lah timbul mcm2 mslah dn mulalah nk menyalahkan antara satu sama lain...sbb tu kita nie sblum kawin kna dalami dlu ilmu2 yg berkaitan dgn perkahwinan nie,bukan boleh main hentam je....sbb tu ada pihak2 yang merasakan mereka b'tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu2 yang berkaitan dan menganjurkan program2 mcm nie....selain tu juga,dlm kursus kawin yg di anjurkan di kolej saudara tu,ada juga di selitkan dgn slot qiamullail...bukan selalu pun kita uat qiamullail...mungkin skali dalam seumur hidup pun susah kan?so,bila dah ada peluang mcm ni,kita kena rebut la....
@Anonymous
Hello tak dak nama... Memang dilahirkan takdak nama ka?
Saya ni seorang pelajar yang bukan daripada course agama, tapi semua pelajar kolej ini ada subjek agama di dalam silibus mereka pada setiap semester. Dan ini kolej Islam, setiap semester pasti akan ada sekurang-kurangnya satu kelas yang mengajar subjek agama.
Dan bab nikah-kahwin ini kami semua telah belajar pada semester lepas.
Ya tak dinafikan orang Melayu ini main hentam kahwin tanpa ada ilmu, dan apabila dicakapkan bab kahwin serta merta mereka akan jadi excited. TAPI..TAPI..dan TAPI..!
Orang kafir pun kahwin jugak. Mereka tak ada ilmu agama pun. Tapi tak timbul benda-benda dan masalah pelik dalam rumahtangga mereka tak seperti rumahtangga Melayu ini. Apa macam???
Qiamullail? Ini kalau student tak datang memang akan fail dan tak dapat sijil. Nak tak nak mereka terpaksa datang. Qiamullail ini wajib ke? Ia terpulang pada seseorang nak buat atau tidak. Apa barang kalau setakat qiamullail tapi hanya sekadar nak penuhi syarat nak dapat sijil? kah kah kah
ok...tak perlula sya letakkan nama saya....ok tak dinafikan semua pelajar harus amik fiqh munakahat w'pun bukan aliran agama...tp stahu sya bdk2 yang bukan dr aliran agama tu just belajar basic2 je...tak seperti budak dr aliran agama yang mmg kna abiskan satu kitab bab munakahat...dh termaktub dlam Al-Quran yang setiap manusia yg diciptakan berpasang-pasangan....satu pesanan supaya tidak 'melampau' dalam mengkritik seseorang atau mana-mana parti dengan menggunakan 'bahasa kasar' atau 'memaki hamun'. Apatah lagi mudah 'sesat menyesatkan' seseorang atau jemaah. Jangan begitu pertuhankan politik sehinggakan masalah umat yang lebih penting seperti masalah Aqidah yang dicemari dengan syirik dan khurafat dibiarkan dan tidak diambil peduli. Bertaqwalah kepada Allah. Jangan melampau dalam berbalah. Orang yang bijak ialah mereka yang mampu mengawal nafsu amarah dan mengkritik atau berbahas dengan profesional...satu lagi dalam ulasan mengenai kursus kawin tu saudara ada menyebut..."memang banyak sangat saya nak menganggah mengenai banyak perkara di dalam kehidupan sesuatu kaum yang kononnya menganut agama yang terbaik ini"...b'dsarkan statement ni,seolah2 awak mengatakan yg Islam bukan agama yang terbaik....Allah telah b'firman di dalam Al-Quran,agama yang di redhaiNya adalah agama Islam...klu saudara pegi tya paderi kat gereja tu pun,dia akan kata yg Islam agama yang benar dan terbaik...jgn buang masa saudara dgn hanya m'merhati ilmu duniawi semata-mata,cubalah dalami ilmu ukhrawi jgk supaya tak terpesong...dan saudara ada berkata yg org kafir tak pernah t'lalu ta;sub dgn kawin2...MMG la!!!sbb klu diorang tak kwin pun,diorang ttp boleh tinggal serumah...so,buat apa diorang nk pkir pasal kwin lg...tp berbeza dgn Islam,...saudara mungkin thu batas dan larangan sblum kwin...knp orang Islam terlalu suka bila sbut pasal kawin?sbb diorang tahu yg di dalamnya ada kemanisan....pasal qiammullail tu,mmg dia bukan ibadah yg wajib tp dia sunnat yang di tuntut...knp kita boleh berjaga sampai mlm smata2 nk pkir hal2 yg tak berfaedah,tp knp kita tak boleh nk berjaga mlm utk beribadah??????
@Anonymous
Ye ke student bukan aliran agama ambil fiqh munakahat yang basic saja? Setahu saya apa yang dibentangkan dalam kursus tersebut sebenarnya kami sudah belajar dalam subjek Fiqh pada semester lepas. Tak ada lebih tak ada kurang. Yang lebihnya banyak lawak seks saja. Mungkin itu yang kau suka kot??!
Apa, Nabi Muhammad tak pernah melaknat orang ke? Dalam al-Qur'an juga Allah ada berkata "Celaka". Itu tak kasar ke namanya?
Selama ini tak pernah pun hina Islam, tapi yang aku selalu hina adalah orang Islam itu sendiri. Merekalah yang mencemarkan Islam.
Memang benar ilmu ukhrawi patut juga didalami, siapa kata tak patut? Tak pernah pun aku mention dalam blog ini mengatakan ilmu duniawi lebih penting daripada ukhrawi? Kadang-kadang ilmu duniawi itulah boleh menjadi ukhrawi. Bukankah semuanya daripada Allah???
Woit!! Abis tak ada ke orang-orang Islam yang belajar ilmu agama tinggi-tinggi tapi kena tangkap basah? Itu apa cerita? Orang kafir ini mereka kahwin, kahwin juga. Tapi taklah kemaruk sangat macam orang Melayu ini kalau cakap bab kahwin.
Abih Qiamullail walaupun sunat yang dituntut tapi berdosa ke kalau tinggal?? Inilah perangai hanya pentingkan perut dan kemaluan sendiri hingga tidak mahu ambil kisah dengan masalah umat.
Woit!! Apa "berjaga malam semata-mata berfikir perkara yg tak berfaedah"?? adakah dengan memikirkan masalah umat suatu yang tak berfaedah??
Imam Syafie dan Imam Nawawi mati bujang kerana hidup mereka hanya berbakti dan menabur jasa pada masyarakat. Itu apa macam??
Janganlah kemaruk sangat, lebih sudu daripada kuah. Nak kahwin, kahwin la, jangan kemaruk sangat sampai lupa perkara-perkara yang mebih besar!
Huh!!
tp saya rasa saudara tak memikirkan msalah umat tp lebih taksub kepada politik.....
apa hak kita nk bandingkan kita dengan Allah...????
pasal qiam tu...mmg kalau tinggal tak berdosa,tp kita ni tak nk ke uat pahala lebih?drp kita kutuk orang tak tentu pasal,baik kita uat amal kebajikan (amal ibadah )
pasal org kafir tu,saudara boleh buktikan yg diorang tak terlalu pikirkan pasal perkahwinan????
mmg umat Islam yg mencemarkan Islam,terutamanya orang mcm saudara...Islam tak ajar kita menhina,mencaci,mengutuk tambah2 pada ulama tp apa yg umat Islam kini dh uat???
org mcm saudara ni la yang telah mencemarkan nama Islam...Islam menggalakkan kita berkahwin tp saudara seolah2 menentang perkahwinan??tanpa perkahwinan takkan ada insan mcm kita kat dunia nie....terutamanya insan yang 'terbaik' mcm SAUDARA ni.....
@Anonymous
"tp saya rasa saudara tak memikirkan msalah umat tp lebih taksub kepada politik....."
Aduh bangangnya statement dia.. tau tak politik itu apa?
Sejak bila pula aku menentang perkahwinan? Yang aku persoalkan adalah kenapa lebih pentingkan kepentingan diri daripada masalah yang lebih besar yang melibatkan rakyat??
Tak apalah, mungkin kau yang tanpa nama ini kemaruk nak kahwin. So kahwin kahwinlah cepat ye~~
Haha~~ wasting my time arguing with you. Bye-bye lah.
cheers
tak payah nk jelaskan apa itu politik sbb saya rasa saya lebih arif dalam hal ni berbanding saudara...
Post a Comment