Tuesday, June 15, 2010
Sumpahan Lompat Parti
Dulu, Anwar Ibrahim selalu mengulangi bahawa beliau sudah mempunyai jumlah ahli parlimen BN yang mencukupi untuk membolehkannya membentuk kerajaan campuran bersama Pakatan Rakyat. Alih-alih, kerja lompat parti dari kalangan BN tak menjadi, sebaliknya 3 ADUN Pakatan Rakyat Perak yang lompat sehingga runtuhnya kerajaan PR Perak. Tak lama kemudian berlaku penghijrahan beberapa orang Ahli Parlimen dan ADUN PKR, bertukar menjadi Bebas.
Kali ini, ada pimpinan PR dari Perak mendakwa UMNO Perak bercakaran dan akan ada beberapa orang ADUN dari UMNO akan menyertai PKR. Tapi sebaliknya yang berlaku adalah ADUN Malim Nawar dari DAP yang meninggalkan parti. Saya rasa inilah sumpahan akibat daripada bermain dengan kata-kata lompat parti. Yang terkena akhirnya bukanlah BN, tapi PR.
Selepas ini, untuk mengelakkan adanya lompat katak di kalangan wakil rakyat PR, rasanya eloklah jangan disebut akan berlaku lompat parti dikalangan wakil rakyat BN!
Categories :
lompat parti
0 comments:
Post a Comment