Thursday, June 10, 2010

Menjelang Muktamar : Ulama Adalah Candu Kepada Masyarakat

STADIUM MALAWATI SHAH ALAM PADA TAHUN LEPAS - AMBIL GAMBAR DARI PARKING LOT

Muktamar tiba lagi. Kali ini saya tidak bercadang untuk mengikuti persidangannya seperti tahun lepas. Tahun lepas, Muktamar PAS ke-55 diadakan di Shah Alam - telah merobah sama sekali persepsi dan harapan saya kepada parti yang kononnya memperjuangkan Islam ini. Jujur saya katakan - saya tidak lagi menghormati PAS sama seperti keadaan sebelum Muktamar pada tahun lepas, di mana hancur luluh hati saya kerana melihat keadaan dan perangai pimpinan parti ini.


Sebagai seorang yang bercita-cita mahu melihat Malaysia menjadi lebih baik, saya meletakkan harapan yang begitu tinggi pada parti-parti pembangkang. Sebeb itu tak kira sama ada PAS, PKR, atau DAP - saya sokong kesemua dasar perjuangan mereka. Tapi di antara tiga parti tersebut - saya tak dapat menipu bahawa diri saya lebih dekat dengan PAS - ini disebabkan oleh suasana di tempat saya membesar.


Saya masih ingat - muktamar pada tahun lepas merupakan detik yang celaka bagi PAS. Selepas berakhirnya muktamar itu - kebanyakan blogger berpaling 360 darjah. Jika sebelum itu sasaran mereka hanyalah UMNO dan BN, kini sasaran mereka turut melibatkan sesetengah pemimpin PAS yang memang sah dan terang tidak layak diangkat menjadi pemimpin.


Muktamar PAS ke 55 di Shah Alam - merupakan muktamar paling celaka - pertama kali saya melihat kononnya ulama menggelabah mahu mempertahankan kedudukan mereka, inilah salah satu bukti bahawa ulama juga gilakan kuasa. Laungan kepimpinan ulama tercabar kedengaran sebelum dan semasa muktamar berlangsung. Dengan berbekalkan gelaran ulama - mereka mencandukan ahli-ahli supaya mempertahankan ulama.


Ketua Dewan Ulama pada masa itu - Daud Iraqi - menuduh bahawa ada calon yang cuba merasuah perwakilan dengan mengadakan jamuan makan dan memberi hadiah, tapi bila ditanya siapa, dan diminta bukti - dia hanya diam. Kerana ianya adalah hearsay sahaja. Celaka! Patutkah ketua sesebuah dewan yang dipenuhi oleh orang alim menuduh tanpa bukti?


Ingat lagi - siapa yang menetapkan peraturan bahawa Presiden dan Timbalan mesti ulama? Apa gunanya bertitlekan ulama tapi tak reti jaga parti? Hebat sangatkah sehinggakan Harun Taib pernah mencadangkan bahawa ketiga-tiga jawatan Naib Presiden semuanya mesti ulama'? Bullshit - pure bullshit! Apakah selama ini yang kuat menentang penyelewengan, membongkar kes rasuah, turun ke jalan raya, ditangkap dan dilokap adalah ulama?


Dengan bersenjatakan Kepimpinan Ulama - mereka mencandukan ahli. Calon Timbalan Presiden ada 3 - Mat Sabu, Husam Musa, dan Nasharuddin. Secara asalnya saya sangat bersetuju dengan Mat Sabu, kerana imej marhaennya. Husam juga apa kurangnya. Tapi tidak pada calon yang ketiga - yang mahu mempertahankan jawatannya sehingga lahirlah istilah kepimpinan ulama tercabar.


Malam sebelum keputusan diumumkan pada esok pagi - secara tak rasmi Husam Musa mendahului Mat Sabu dan Nasharuddin. Tapi apabila keputusan diumumkan - undi yang diperolehi Husam jatuh mendadak. Akhirnya Nasharuddin menang. Dalam PAS pun ada politiking. Tapi, terbukti bahawa Nasharuddin sebenarnya ditolak - kerana jika dicampur undi yang diperolehi oleh Mat Sabu dan Husam - sudah boleh menewaskan Nasharuddin.


Tahu saja keputusan memihak pada Nasharuddin - saya yang ketika itu menjadi pemerhati terus angkat punggung dan blah... Lebih baik balik dan tido. Nasharuddin - sebelum itu kerap dipuji oleh Utusan dan mendapat sokongan daripada blogger-blogger UMNO melalui blog mereka.


PADERI ZAMAN PERTENGAHAN EROPAH


Menjual Certificate of Indulgences


Perbuatan sesetengah pemimpin PAS mencandukan pengikutnya dengan kepimpinan ulama, ulama tercabar, wala' dan sebagainya - tak ubah seperti perbuatan paderi-paderi Kristian pada zaman pertengahan Eropah - sehingga Dark Age - zaman kegelapan. Di mana paderi-paderi mengambil kesempatan di atas sikap wala' rakyat kepada gereja sehinggakan paderi mendakwa mereka boleh mengampunkan dosa rakyat yang bersalah - kemudian mesti membeli Certificate of Indulgences - sijil pengampunan - bukti bahawa dosa mereka sudah terampun.


Gereja pada waktu itu mempunyai pengaruh yang begitu kuat dalam masyarakat. Bahkan boleh mempengaruhi istana. Tak hairanlah paderi-paderinya mengambil kesempatan atas nama agama. Ini sama seperti PAS. Pemimpinnya mengambil kesempatan atas nama Parti Islam, Jemaah Islam - ulama dihiaskan dengan berbagai-bagai gelaran dan diberi gambaran seolah-olah mereka itu maksum. Nasib ahli dan penyokong PAS sama seperti masyarakat Eropah pada zaman Dark Age dahulu.


SIAPA MARTIN LUTHER DALAM PAS?


Tapi kebatilan tidak bertahan lama. Melihat begitu banyak penyelewengan yang dilakukan oleh gereja atas nama agama - bangkit Martin Luther - yang membawa fahaman Protestan - paderi juga manusia biasa, mereka tidak boleh mengampunkan dosa.


Dalam PAS sebenarnya sudah ada Martin Luther ini. Mereka tidak mematuhi pemimpin dengan sewenang-wenangnya. Ulama tidak maksum - mereka pun boleh dikritik. Sikap Martin Luther ini boleh saja turun pada Khalid Samad, atau yang sealiran dengan beliau. Saya ingat lagi tentang peristiwa ramai orang PAS yang jadi pemerhati bersorak dan marah pada Khalid Samad yang ketika itu sedang berucap selaku perwakilan.


Khalid Samad membongkar itu-ini, Puncak Niaga, taktik musuh, peperangan Siffin, ucapan Pemuda PAS seperti Pemuda UMNO - inilah ucapan yang berani, tidak seperti ucapan perwakilan yang bercakap mengarut - ada yang puji pimpinan - tak berani nak lantang macam Khalid Samad. Tapi ada beberapa pemerhati yang menjadi seperti beruk di dalam hutan dengan menjerit pada Khalid Samad yang ketika itu sedang berucap.


Jika skop lebih luas lagi - mungkin orangnya adalah Wan Gee. Blogger Penarik Beca? Beliau terlalu gemuk untuk menjelma sebagai Martin Luther - kah kah kah

p/s : woit! jangan marah no..

Ini bukan zaman 80-an. Zaman di mana orang ramai begitu kemaruk pada ulama. Tak hairanlah pada zaman itu Revolusi Iran baru berlaku. Zaman di mana orang PAS tanpa ada rasa bersalah atau hati perut menghalau Asri Muda turun dari pucuk pimpinan, berselangi dengan kata-kata Pergi Mampus Asri (Marakbar Asri).


Tak mustahil senario itu boleh berlaku lagi jika sesetengah pemimpin PAS yang bermain-main dengan penyokongnya.


Selepas daripada Muktamar tersebut - saya jadi tawar hati pada PAS. Hormat saya tak seperti dulu. Saya menjadi benci jika mendengar perkataan yang agak popular selepas itu seperti wala', thiqah, jemaah, adab, dan lain-lain - benci dengan perkataan ini.


Mereka pandai ambil kesempatan apabila ramai yang menaruh prasangkan terhadap gelaran mereka. Dalam PAS, nak jadi ulama senang saja. Belajar saja di Mesir atau di mana-mana negara Arab - balik di Malaysia sudah boleh jadi ulama. Ulama, bagi saya tempat mereka yang selayaknya hanyalah sekadar menjadi penasihat - menegur jika ketua membuat silap. Bukan rembat semua jawatan.


Orang ramai percaya akan imej baik Ustaz mahupun Ulama. Tapi dengan imej sebegitu, berapa ramai yang mengotorkan imej tersebut? Ada yang kahwin lebih dari satu, tapi tak adil. Ada yang pukul bini, tapi depan orang ramai tunjuk muka alim. Ada busuk hati - tak senang apabila melihat ada orang yang sedang menaik dan bakal mengancam kedudukan mereka. Dan lain-lain. Tapi ahli dan penyokong membutakan mata - kerana terpesona dengan imej dan ayat-ayat suci yang keluar dari mulut mereka.


Jika lebih 100 tahun dahulu Karl Marx berkata "Agama merupakan candu kepada masyarakat". Dan hari ini, saya ingin mengulangi perkataan tersebut tapi dengan sedikit perubahan.


"Ulama merupakan candu kepada masyarakat"


Dari mana datangnya istilah kepimpinan ulama? Ambil dari ajaran siapa ni? Pernah jumpa tak hadis yang meriwayatkan bahawa ulama itu memegang amanah nabi selagi mana mereka tidak mencampuri urusan pemerintahan?


Nota : Lepas ini saya mesti bersedia - sama ada cermin dipecahkan - atau disimbah cat - tapi malangnya saya tak ada kereta kah kah kah


Telinga mesti bertahan apabila ada yang tak senang dengan tulisan ini. Pasti ada yang menyerang.

Ini adalah ulasan orang yang kecewa - kecewa dengan pengkhianatan - kecewa dengan pemimpin mudah lupa diri - kecewa dengan politiking dalam parti Islam - kecewa dengan mamat berperut gendut - dalam PKR ada baju batik berperut gendut - dalam PAS pula ada berjubah dan berperut gendut - dua-dua gendut jangan sampai berlaga perut - nanti nampak macam Teletubbies - kah kah kah

10 comments:

king said...

Sokong jer lah parti zionis melayu umno apco laknatullah tu....senang cerita.

Kalau ada mana pihak yg nak tegakkan Islam ...cari segala bentuk kelemahan dan kesilapan nya spt mana yg di ajarkan oleh yahudi laknatullah.

Gunakan hujjah seolah-olah kalau nakkan Islam tu semesti nya "sempurna"..maka mudah lah menentang mereka kerana tiada manusia yg sempurna.

Bagi kamu agama kamu .........

Anonymous said...

Seorang anak kepada YB PAS nak masuk ke perasmian Pemuda dan Muslimah PAS. Memang beliau adalah blogger kerana beliau yang update blog YB tersebut.

Bila nak masuk dan minta PASS Media, depa kate BLOGGER TU APER?

Yang lagi sorang. Blogger memang tak boleh masuk sebab yang boleh masuk mereka yang ada Tag Media daripada KDN sahaja.

Admin said...

Terkenang waktu dulu-dulu..apabila menang pilihanraya kecil, nama blogger disebut oleh pimpinan sewaktu dalam ucapan meraikan kemenangan, tanda berterima kasih..

ali said...

Ha Ha Ha "gendang gendut tali kecapi ..."

orang waras said...

aku cadang cmni. korng msuk dlm PAS scra lngsung, jdi perwakilan, suarakan dlm muktamar.. skdr tulis2 dlm blog, retorik jer..

orang waras said...

blah la geng2 PAS reform. "hanyut bersama luncai di luar parti yang berkeliaran dengan labu-labunya". UMNO korng tolak, PAS pn korng benci.. pergilah berjuang brsama Parti Katak Melompat..

SearchForHeaven said...

jika mahu menulis..
tulislah dengan ilmu dan adil..

jika pun di luar sana wujud ulama yang gilakan pangkat dan harta.. tapi masih ramai yang tulus dan ikhlass..

umumnya mengetahui hadis nabi..
ulama pewaris nabi...

jika menulis dengan dengan prasangka begini..

Umum akan menghina semua ulama..

jadi di mana harus kita menolak hadis Nabi??

kerana seorang dua -ulama..
tulisan kita seolah-olah menentang semua ulama..

walaupun lu hanya tak suka ulama yang mengejar pangkat..
namun tulisan lu membuatkan sesetengah orang boleh memandang hina pada ulama...

kalu lu tak suka adab2 dalam berbicara..
nanti orang akan mula biadap..

lu selalu sebut martin luther king, karl marx..
dlm kesatuan sosialisme mereka..
mereka juga mengamalkan beberapa protokol..
kalu tak ikut protokol..hahaha..
maccam mana nak bangunkan tamadun seperti russia, china dan sebagainya??

itulah beza ISLAM dengan idealisme2 lain..

ISLAM mengutamakan Adab , bukan kerana Manusia itu sendiri.. tetapi atas perintah ALLAH.. dan Saranan ALLAH..

seperti mana dalam surah Al asr..

" yang menyeru dengan kebenaran, dan yang menyeru dengan kesabaran""

kalau lu tak suka orang tegur pasal adab..

then.. ikutlah adab sepatutnya...

kalu lu mahu perjuangkan ISLAMIC state??
adakah perlu kita tinggalkan ISLAMIC policies??

macam cacat je kalau kita perjuangkan ISLAM.. tapi kita tinggalkan adab2 ISLAM..

sama macam nak jaringkan Gol.. tapi tak nak passing kat kawan dengan elok sebab tak suke kat kawan... hehhe.. last2 kecundang juaa...

fikir2kanlah sahabat.......

Anonymous said...

kita serupa dan saya bersetuju dengan saudara..cuma saya tak sokong husam..

QUDS REALCLOCKWISE said...

searcforheaven...

komen bukan main panjang gaya tulisan mcm pandai...
tapi komen out of issue...
yg kau tekankan adab...adab..adab
sedang isu sebenar kau tak sentuh pun....
ini lah salah satu hasil tarbiah pas mutakhir ini.

SearchForHeaven said...

wa tegur laa bro..
komen kat atas tu.. ada dua bahagian..
satu tentang jenama Ulama tu..

satu tentang adab....

lagipun dalam article..

dua2 ada dinyatakan..

wa hanya nasihat..
lu nak kata wa berlagak pandai ke..
out of issue ke..
lantak lu laa..
wa just sampaikan aje..
lu nak terima atau tak nak.. atau lu nak maki wa bagi nasihat ke..

bagi wa.. wa dah lepas..
tanggungjawab menegur dah dilaksanakan...

itu je..

kalau orang tegur pun.. lu kata macam bagus..

macam mana lu nak expect orang analisis lu punya teguran???