Monday, June 28, 2010

Ulasan Kursus Beberapa Hari Lepas

Bebanan

Pertama kali saya melihat notis mengenai kesemua pelajar semester 5 diwajibkan menghadiri kursus tersebut pada tarikh yang tertentu, darah saya menyirap. Sudahlah diwajibkan (paksa), kemudian kena bayar pula. Kalau tak datang tanpa alasan munasabah, tidak boleh konvo. Dan bagi sesiapa yang tidak menghadiri walaupun satu slot pada kursus tersebut, tidak dapat sijil dan terpaksa mengulang sekali lagi. Kalau tak mengulang (repeat), tak dapat sijil. Dan tak dapat sijil maksudnya tak boleh konvo.

Bayangkan pelajar semester 5 dalam anggaran 600-700 orang. Dan kursus itu diadakan sebanyak 3 siri. Kalau setiap pelajar diwajibkan bayar $80 setiap seorang, agaknya sudah berapa banyak pihak tertentu mengaut keuntungan? $80 darab 600 = lebih kurang $40 ribu! Ok lah, tolak kos makanan, penceramah, dan lain-lain. Jumlah tersebut sangatlah sikit dengan hasil berpuluh ribu ringgit. $80 - mungkin semua orang tidak berapa kesah sangat dengan jumlah ini. Tapi bagi pelajar yang miskin seperti saya, jumlah ini sangat berat. Tambahan pula duit loan belum masuk lagi dan buat masa sekarang terpaksa meminta ihsan orang lain untuk perbelanjaan harian.

Tak apalah, itu semua sudah lepas. Sekarang saya mahu masuk bab mengenai isi kursus tersebut. Kalau semua tak tahu, kolej ini adalah kolej Islam. Kesemua pelajar setiap fakulti dan jurusan diwajibkan mengambil subjek agama pada setiap semester. Dan hampir kesemua isi dalam kursus sudahpun diajar di dalam kelas sebenarnya (bab Munakahat). Jadi tak timbul soal inilah peluang bagi pelajar mengenali hukum-hakam dalam perkahwinan, kerana mereka semua sedahpun belajar perkara ini pada sebelum ini (sebelum semester 5).

Macam yang saya selalu katakan, orang Melayu ini akan excited berlebihan apabila diceritakan kepada mereka bab nikah-kahwin. Dalam kelas pun jika pensyarah menukar topik kepada bab kahwin, maka pelajar-pelajar pun sibuk juga nak jadi pensyarah. Betul, ini sifat natural tapi janganlah jadi lebih sudu daripada kuah. Asyik fikir pasal kepentingan diri saja (kahwin) tapi dalam hal lain yang melibatkan kepentingan umat semuanya dilalaikan.

Bersenjatakan agama

Tak payah susah-susahlah membawa dan memanipulasikan ayat al-Quran dan Hadis Nabi mengenai betapa perlunya perkahwinan. Kerana saya pun sudah tahu perkara itu dan dah lama belajar bab itu. Cuma saya ini jenis berpijak di bumi yang nyata, saya pandang kepada realiti - tak macam kebanyakan budak-budak Melayu yang lain. Saya tak fikir kesan dalam masa yang pendek tapi saya memikirkan kesannya dalam jangka masa yang agak panjang. Dan sememangnya saya merasakan perkara ini sebenarnya kita boleh mencegah perasaannya dan masih banyak lagi perkara besar yang perlu ditumpu dan diperjuangkan.

Cakap pasal kahwin saja banyak mulut yang bising dan syok, tapi bila cakap bab ramai orang yang tak cukup makan dalam sehari di dalam negara ini, berapa kerat saja yang ambil pot? Kenapa perlu bersusah-susah memaksa pelajar mengambil kursus ini pada saat mereka masih lagi bergantung pada orang tua dan tidak mempunyai pekerjaan tetap? Saya fikir inilah salah satu proses yang berjaya untuk memandulkan anak-anak muda khususnya Melayu daripada aktif dalam perkara-perkara lain.

Rumahtangga Jadi Baik Kalau Ada Ilmu?

Kalau ada yang kata kursus ini memudahkan untuk keharmonian rumahtangga ataupun untuk membekalkan ilmu pengetahuan untuk mengelakkan serta menyelesaikan perkara atau masalah yang bakal berlaku - adakah ianya relevan? Betulkah ia boleh membuatkan pasangan orang Islam menjadi baik di dalam rumahtangga?

Cuba lihat dan teliti kes contohnya kes di mahkamah atau pejabat kadi. Kebanyakan pasangan Islam bercerai dan mempunyai masalah yang membuatkan mereka bergaduh dan kebanyakannya berpunca daripada hal yang amat remeh. Macam-macam. Ada yang berkata pasangan tersebut tidak mempunyai ilmu agama sebelum mendirikan rumahtangga.

Tapi cuba lihat dan fikir, orang kafir pun kahwin juga. Tapi masalah perkahwinan mereka tak ada pun perkara yang pelik-pelik sepertimana keluarga Melayu Islam ni. Mereka sudah tentu 100% tidak mengikuti kursus perkahwinan anjuran pejabat agama. Tapi ada atau tidak kita dengar pasangan suami isteri kafir ini bergaduh dan bercerai gara-gara cara dan bunyi sewaktu makan dan bermacam-macam kes gila babi yang lain?

Kenapa boleh jadi macam ni? Kenapa hanya orang Melayu saja yang gila babi macam ni? Bangsa lain tak excited pun apabila diceritakan kepada mereka mengenai bab kahwin tapi kebanyakan daripada mereka berjaya membuktikan hidup mereka lebih baik daripada orang Islam. Orang kafir, sewaktu mereka masih belajar mereka tak lah kemaruk sangat cakap pasal dating, pasal couple, pasal kahwin kerana mereka tumpukan perkara yang lebih penting dalam hidup mereka tak tak gelojoh awal-awal. Tak macam orang Melayu yang perasan bagus ini.

Orang kafir, mereka kalau kahwin, kahwin juga tapi mereka peka dengan isu semasa. Mereka ambil tahu tentang isu semasa. Sebeb itu mereka tidak bodoh. Mereka tidak perlu bergelak ketawa dan berseronok di dalam kursus apabila penceramah membuat lawak seks dalam kursus tersebut. Mereka tidak laju apabila mendengar bab kahwin, tidak seperti orang Melayu.

Kenapa macam ni?

Maaf saya cakap, memang bayak sangat saya nak menganggah mengenai banyak perkara di dalam kehidupan sesuatu kaum yang kononnya menganut agama yang terbaik ini. Soalan saya berbalik pada asallah - kenapa apabila dibicarakan bab kahwin semuanya bukan main laju, mulut mengalahkan orang yang berilmu tinggi apabila cakap bab kahwin tapi apabila tiba isu yang besar semuanya menjadi seperti tikus melihat kucing.

Seolah-olah menjadi suatu kewajiban bagi seorang anak Melayu di IPT apabila mereka melanjutkan saja pelajaran di peringkat tinggi, maka wajib ke atas mereka mencari pasangan. Seolah-olah mereka semua tak boleh hidup jika tak kahwin atau tak ada couple. Benda inilah (couple) yang selalu diulang-ulang di mana-mana IPT sehingga menghanyutkan dan melalaikan pelajar Melayu daripada isu yang lebih terutama.

1 comments:

warta365 said...

kesian tuan blog..inilah ekonomi CEKIK DARAH oleh peniaga berimamkan UMNO

gunakan agama untuk WANG

mintak ehsan link blog hamba, warta365.blogspot.com

terima kasih