Sunday, June 6, 2010

Kampung Baru - Warisan Melayu dan Perangai Melayu


Sewaktu pertama kali menjejakkan kaki ke Kampung Baru pada dua hari lepas, ternyata sangkaan saya meleset. Kerana sebelum itu saya beranggapan Kampung Baru ini hanyalah kampung pada nama sahaja. Tak jauh beza dengan tempat lain yang juga bernama kampung, tapi tak seperti kampung. Tapi sebaik saja memasuki Lorong Raja Muda Musa 1 kemudian menyusur pula ke Jalan Raja Alang, perasaan saya seperti saya berada di kampung halaman saya, di mana negeri saya lebih 90% adalah bangsa Melayu.


Sama seperti saya melalui jalan-jalan kampung yang terdapat di Terengganu. Ternyata Kampung Baru ini mengekalkan tradisi dan warisan bangsa Melayu. Ia menjadi unik apabila kedudukannya di tengah-tengah kesibukan Bandaraya Kuala Lumpur di mana tanah-tanahnya boleh dikatakan langsung tidak dimiliki oleh bangsa Melayu. Saya berjalan menyusuri Kampung Baru ini dengan hati yang senang lenang kerana mengetahui ia dipenuhi oleh rumah-rumah orang Melayu. Ini kerana, biasanya kalau saya memasuki kawasan perumahan di Kuala Lumpur mahupun Selangor, pasti mata dan kepala saya tidak akan duduk diam. Sentiasa pandang kiri-kanan dan mata liar memandang sini-sana.


Kerana saya seorang yang agak cuak dengan anjing. Maklumlah di negeri saya, anjing hanya berkeliaran di kawasan perumahan orang Cina di tempat yang tertentu. Tapi tidak di Kuala Lumpur dan Selangor. Saya bukannya takut pada anjing cuma tak suka dengan bunyi bisingnya. Walaupun anjing tersebut berada di dalam pagar rumah, saya tetap merasa cuak. Saya pandang kiri dan kanan mana tau kot-kot lah ada anjing yang bersembunyi di sebalik pokok atau semak lalu menampakkan dirinya sebaik saja saya melalui kawasan itu. Tapi perasaan ini tak ada ketika berjalan di Kampung Baru - syukur.


Seorang kawan saya pernah memberi petua, jika ada anjing yang datang dekat kita (nak menyerang), tendang saja hidung anjing tersebut kuat-kuat. Tak lama kemudian anjing itu akan mati - kerana dengan tendangan yang bertenaga terhadap deria anjing yang terkuat - hidung - akan melemahkan serta mematikan anjing tersebut - wallahu'alam betul atau tak betul. Tapi kawan saya cakap dia pernah nampak kawannya berbuat sedemikian. Tapi saya rasa kejam pula kalau nak bunuh haiwan. Sama ada lari menyelamatkan diri ataupun baling batu atau mengacah anjing itu dengan kayu - itu sudah memadai daripada membunuh.


Baru-baru ini saya ada mendengar bahawa kawasan Kampung Baru dicadangkan akan dibuka kuota sebanyak 40% terhadap kaum selain Melayu - saya lihat orang Melayu mengamok di dalam sebuah majlis dan memaki hamun Menteri Wilayah Persekutuan, Raja Nong Chik - padan muka. Tapi apa yang saya nak katakan - perbuatan memberi tanah kepada tauke-tauke besar adalah kerja pemimpin Melayu sendiri, kenapa orang Melayu nak marah kepada orang Cina? Orang Melayu seringkali tak puas hati atas kekayaan orang Cina - ekonomi negara ini mereka pegang, apa lagi mereka nak? - ini biasanya ayat yang keluar dari mulut orang Melayu yang sah tidak pernah pergi sekolah.


Kalau nak marah - jangan marah kepada mereka. Kerana mereka pun nak hidup - oleh itu mereka berusaha keras dan akhirnya memperolehi kejayaan. Marahlah kepada pemimpin yang bermata duitan yang menjual tanah milik orang Melayu kepada mereka. Orang Melayu selalu beranggapan orang Cina mahu mengambil kekuasaan negara ini sama seperti Singapura - kalau ya pun, siapa yang benarkan? Siapa yang banyak makan duit tauke besar Cina? Pemimpin-pemimpin UMNO/BN ini sebenarnya banyak terhutang budi kepada tauke besar Cina - terutamanya pada musim pilihanraya. Tauke-tauke tersebut banyak menyumbangkan dana terhadap BN.


Selagi mana pemimpin Melayu yang khianat tidak dijatuhkan, selagi itulah bangsa Melayu akan kehilangan harta mereka - siapa suruh undi mereka? Seperti yang kita ketahui, orang Melayu sekarang ini masih ramai sokong UMNO - hah padan muka. Bila tanah tak ada, susah nak cari kerja - salahkan orang Cina pula - ini tak cerdik punya bangsa. Pemimpin merekalah yang gadaikan tanah mereka. Lihat di Pulau Pinang. Itu semua kerja-kerja pemimpin UMNO. Sekarang lihat pula nasib Kampung Baru. Kalau perkara itu terjadi - pasti ramai orang Melayu menyalahkan kaum Cina. Sedangkan ia kerja pemimpin Melayu.


Saya nyatakan perkara di atas kerana pada zaman yang maju ini orang Melayu masih bodoh cara pemikiran mereka - malas nak mencari maklumat walaupun duduk dalam Universiti - akhirnya lahirlah graduan-graduan yang hanya setaraf dengan sampah - duduk dalam bilik kuliah yang ada air-cond telan saja apa yang dicakapkan oleh pensyarah, terima saja apa yang diberi - tak reti nak mencipta idea pemikiran baru. Yang mereka tahu - handset baru, kekasih baru, outing setiap malam minggu, bergayut - ini saja. Lepas itu salahkan orang Cina kerana susah nak dapat kerja. Tak ke bodoh namanya ni? Inilah perangai kaum Melayu.


Yang mereka nampak, orang Cina membawa ancaman kepada mereka. Tapi tak sedar yang selama 50 tahun ini yang banyak merompak harta orang Melayu, jual tanah Melayu, gadaikan hal istimewa Melayu - adalah kerja-kerja pemimpin UMNO. Yang luluskan judi, lesen arak - pun pemimpin Melayu. Tauke-tauke besar Cina akan merapati mana-mana pemimpin Melayu untuk membeli itu dan ini - contoh yang paling dekat adalah Vincent Tan - tauke Berjaya Group. Dulu waktu zaman Mahathir dia rapat dengan Anwar Ibrahim (Menteri Kewangan).


Kemudian waktu Abdullah Badawi memerintah - Vincent Tan rapat pula dengan dia - dan juga Khairy Jamaluddin. Dan ketika ini, Vincent Tan berjaya dekat dengan Najib. Kerana pemimpin Melayu ini mudah dibeli. Sekarang, nasi sudah jadi bubur. Orang Melayu nak marah-marah dan maki Cina pun tak guna. Tanah yang tergadai sebelum ini bukannya boleh dapat balik. Itu adalah hasil kecerdikan orang Melayu yang setia dengan BN - padan muka. Lepas ini, jika ada saja berita tentang tanah Melayu kena jual atau rumah Melayu kena roboh - saya akan rileks saja - tak akan rasa marah. Kerana ini adalah pilihan yang dibuat oleh bangsa Melayu sejak puluhan tahun dahulu. Jika perkara ini terjadi - saya akan cheers saja.

Marah, jangan tak marah..hahaha

0 comments: