Wednesday, June 2, 2010

Siapa Kata Dalam PAS Tak Ada Yahudi Zionis?

KEZALIMAN ZIONIS DI SURAU SRI DAMANSARA





Agak terkejut, apabila melihat cermin keretaku telah pecah. Tiada barang berharga yang hilang, waima dalam keretaku itu, ada tersimpan satu plastik wang syiling dan sebuah kamera. Di maklumkan oleh seseorang, bahawa dilihat seorang yang nampak memecahkan keretaku itu. Dari yang diceritakan, aku dapat mengagak siapa yang melakukan demikian, kerana kami pernah bersua. Orang itu, adalah antara pembaca blogku ini. - Wan Gee (g-82.blogspot.com)


Cermin kereta Ustaz Wan Gee dipecahkan pada malam tadi sewaktu beliau menyampaikan kuliah di Surau Sri Damansara. Info lebih lanjut sila ke blog beliau. Apa yang saya nak ulas disini, mengikut kenyataan Ustaz Wan Gee di atas, tak ada barang berharga yang hilang di dalam keretanya. Cuma cermin saja yang dipecahkan. Ini bukan kerja orang yang ketandusan duit. Ini bukan kerja Mat-Mat Dadah atau Mat Ganja yang mencari income. Ini adalah kerja orang yang bersifat Yahudi Zionis tapi berselindung di sebalik imej Islam.


Siapa tak kenal Ustaz Wan Gee. Kalau dibaca blog beliau, kita sudah tahu apa fikrah beliau. Beliau ahli PAS. Kita tahu apa pendirian beliau serta kritikan terhadap PAS. Ini adalah kerja khianat. Pesan saya, setakat pecah cermin saja tanpa berani bersemuka itu bukan anak jantan. Itu pondan namanya. Inikah tarbiyyah yang dia dapat selama ini di dalam PAS? Tarbiyyah yang menghalalkan kerosakan di atas harta benda orang? Ini tarbiyyah PAS atau tarbiyyah Yahudi Zionis?


Wah...baru beberapa hari lepas kita dimaklumkan tentang keganasan yang dilakukan oleh komando Israel terhadap kapal Mavi Marmara yang datang secara aman. Nampaknya unsur-unsur keganasan Yahudi Zionis Israel itu sudah dipraktikkan oleh ahli PAS yang kononnya cintakan parti. Anasir Zionis sudah menyerap masuk ke dalam diri mereka. Inikah orang Islam? Inikah seorang ahli dari parti yang kononnya Islam? Inikah yang ustaz-ustaz mereka, ulamak-ulamak mereka ajar?


Dengan ini, saya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan biadap yang memecahkan cermin kereta Ustaz Wan Gee. Takut nak bersemuka ke? Apa barang kalau setakat pecahkan cermin lepas tu lari. Apa pasal tak tunggu saja hingga Ustaz Wan Gee keluar dari surau. Itu baru samseng. Ini samseng apa, pecahkan cermin lepas tu lari. Samseng taik kucing? Laporan polis perlu dibuat oleh Ustaz Wan Gee. Dan Ustaz Wan Gee juga perlu membaca Qunut Nazilah sebanyak 2 kali. Satu untuk Zionis Israel, lagi satu untuk Yahudi di dalam PAS.

15 comments:

Mohamadazhan.com said...

ada juga org agama xda hati perut mcm ni! pttla islam susah nak menang kat msia kes puak2 mcm ni la.

Anonymous said...

jgn tuduh org pas buat tanpa bukti! ...bukankah Nabi Muhammad menyatakan seseorang itu tidak bersalah selagi tidak didatangkan dgn bukti!

Admin said...

@ Anonymous


Yap. Someone is innocent until proven guilty. But in this case, siapa lagi yg buat? Nak kata pencuri/perompak, brg berharga tak ilang. Satu saja "kesalahan" ust Wan Gee ialah dia kuat hentam PAS dalam blog. Dan tengok ayat akhir tu :


"Dari yang diceritakan, aku dapat mengagak siapa yang melakukan demikian, kerana kami pernah bersua. Orang itu, adalah antara pembaca blogku ini".


Politics is about perception.

SearchForHeaven said...

hehehe.. wa pun baca blog wan gee..
wa dituduh gak ke..

ciss.. yahudi betul wa ni...
hehehe...

wa ingat kes mustapha Ali tahun 1998..
pegi besut jumpe ustaz latiff..
keter kene pecah gak...
jumpe orang PAS tu..

hehe.. tapi standard laa maa..
perjuangan...

cuma harap perjuangan tu betul jer laa..

bahasa lembut..
tegas tapi sopan santun..
sedangkan Nabi Muhammad yang paling lembut di baling batu di Thoif,

inikan pula kita berhujah dengan bahasa sindiran dan kasar..

So.. bersabar laa dengan amal yang baik..
istiqamah dengan sopan santun dan tegas..

hussin said...

salam,

ada, sapa kata tak ada. majoriti pemimpin pas tak faham apa itu persepsi. yang mereka faham jawatan, calon pru... dah ada petunjuk2.

doa qunut nazilah ni perlu juga ditujukan kepada mereka2 yang lunak mahu sebantal dengan mereka2 yang bersahabat dengan yahudi, tak kira siapa mereka.

apa guna tarbiyah jika tarbiyah itu untuk kepentingan individu? tarbiyah adalah untuk melurus dan merapatkan saf, sehingga jika imam buat silap, perlu ditegur. tarbiyah dalam pas dilihat hanya untuk melurus dan merapatkan saf, jika imam buat silap, jangan ditegur! kalau nak tegur juga, ikut prosedur!

pemahaman saya yang dhaif bab agama ini, mengikut teori yang digunapakai oleh pas, apabila imam buat silap, tunggu lepas sembahyang, baru boleh tegur. itu pun kena jumpa imam secara 4 mata.

wallahu'alam.

SearchForHeaven said...

bro hussin..
kalu ikut tarbiyah..
nak pilih imam, kene pilih yang paling baik baca dan yang paling baik ilmunya...
kalu dalam sembahyang salah..
sebut Subhanallah..

kalu orang PAS yang tunggu lagu tu..
orang PAS mana tu???..

Masalah sekarang..
orang yang tak pernah datang tarbiyah.. pegi memilih pemimpin..
memang akan jumpe pemimpin yang sama lerrr...
hehe...

hussin said...

searchforheaven (?),

syurga tu ada, kenapa perlu carinya? macam tak yakin je...

berusahalah untuk mendapatkannya dengan mengharapkan redhaNya.

nasihat saya, tukarlah nama itu.

bab pilih imam, apa hukumnya siap berkempen untuk jawatan itu? bukankah meminta jawatan itu bukan dari islam?

wallahu'alam.

Admin said...

@hussin


good job, pal.


cheers

hussin said...

salam admin,

yang baik itu dari Allah, yang kurang adalah dari kelemahan sendiri.

tq 4 d moral support.

sdi

SearchForHeaven said...

syurga ada dan kenapa perlu cari??

mencari syurga laa sebab yakin ada syurga... hehe

kalu lu yakin ada syurga.. lu tak cari.. camana nak bukti yang lu yakin??

adakah lu tahu syurga di mana?
macam mana jalan tuju ke syurga??

taman ilmu adalah syurga di dunia..
takkan wa tak leh cari di mana tempat syurga di dunia??
takkan wa nak berusaha sambil duduk sahaja??
Come on laa bro..
lain yang dikisah.. lain la lu belek ni.. hehehe..

bab mengoffer diri jadi Imam ni...
lu pernah dengar kisah Sahabat Nabi ABu Ayyub Al-ansari??
Bila mana ada orang mengejek tentang perjuangan menakluk konstantinople di zaman yazid bin Muawiyah..
Abu ayyub offer diri untuk memimpin sekiranya tiada orang lain nak memimpin kerana pada mereka pada waktu itu perjuangan sia-sia..

hukum mengoffer diri pada jawatan..
banyak maslahat la boss..

kalu lu nak syarah panjang sket..
lu bagi laa contoh pemimpin sekarang yang offer nak jadi pemimpin dlm pimpinan saf PAS..

satu lagi..
zaman ni.. Qualiti Umat ISLAM rendaah.. sebab tu.. pemimpin ISLAM pun quality rendah..

SearchForHeaven said...

kalu setakat kritik je..
cadangan membina takde..
tak guna juga kawan...

lu kritik2 kau2 UMNO..
lu nak dakwah camana??
nak lawan pun.. kene ada strategi... macam yang lu kata laa sebelum ni..

dakwah dan Jihad takkan berhenti sehingga kiamat..

ada kala berhujah..
ada kala berbincang..
ada kala perlu juga memerangi secara agresif bila amaran dan nasihat tak diendah..

tapi.. bila nak agresif.. pstikan kita semua sudah mengikuti semua sunnah Rasulullah..

hussin said...

apa maksud "presiden dan timbalan mesti ulama"? ada dalam perlembagaan pas?

siap buat jubli perak 'kepimpinan ulama' menjelang muktamar ke 55. kenapa pada ketika usia 'kepimpinan ulama' sudah menjangkau 27 tahun baru buat?

bukan kempen kah ini?

abu ayyub -"offer diri untuk memimpin sekiranya tiada orang lain nak memimpin", samakah dengan 2 situasi di atas?

orang umno tu melayu dan beragama islam? u perlu dakwah mereka? dah berapa ramai ahli umno yang masuk pas kerana melihat, melalui agama yang dianuti, kebrokan umno. ia berlaku di atas kesedaran sendiri apabila membezakan perjuangan umno dan pas. bayangkan perasaan mereka setelah join pas, pas pulak teruja umno.

u orang dalam agama, sudah tentu fahami uslub dakwah. berdakwah kepada bukan muslim, perturunkan ke sini masa dan ketika nabi saw dan para sahabat ra berdakwah terhadap orang islam.

bukankah lebih mudah untuk memenangi mereka yang sudah beragama islam daripada memenangi mereka yang belum? apakah cara pendekatan kepada dua golongan ini sama? tetapi kenapa pas dilihat tidak mampu merubah orang2 melayu nyang beragama islam untuk bersama pas? lihatlah ke dalam di mana kelemahan pas dalam hal ini. bukankah lemah untuk berpadu dengan umno apabila orang umno sudah mulai mendampingi pas? bukankah lemah tindakan tersebut sehingga menyeksakan ahli2 umno yang sudah join pas?

kalau dah yakin ada syurga, kenapa cari? bukankah berusaha mendapatkannya lebih baik dari mencarinya? berusaha untuk mendapatkannya berbeza dengan mencarinya.kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu. kita mencari apabila sesuatiu yang dah kita dapat hilang dari kita. itu pun tengok keadaan, mustahakkah dia, pentingkah dia sehingga perlu cari sampai dapat. kalau berusaha untuk mendapat ganti yang hilang itu lebih mudah dari mencari yang hilang, apakah masih memilih untukj mencari?

wallahu'alam

SearchForHeaven said...

ouch..
berpeluk dalam gelap punya isu ni..

lu nak ungkit kesilapan lalu sampai bila ni?? ehehe..

"u orang dalam agama, sudah tentu fahami uslub dakwah. berdakwah kepada bukan muslim, perturunkan ke sini masa dan ketika nabi saw dan para sahabat ra berdakwah terhadap orang islam.""

quote lu..

bro.. dakwah kepada ahli Kitab.. itu bukan kira orang memahami ISLAM ke??

Saidina ABu Bakr mengajak glongan yang ingkar bayar zakat seblum memerangi mereka.. tak bayar zakat tu.. orang kafir ke??

"bukankah lebih mudah untuk memenangi mereka yang sudah beragama islam daripada memenangi mereka yang belum? apakah cara pendekatan kepada dua golongan ini sama?""

quote. lu

mana lu amik logik ni?? lu pernah islamkan orang dan pernah perbetulkan akidah sesama muslim tak??
kalu teori lu selari dengan pengalaman ni.. wa terima cadangan lu..

contoh logik laa bro..

""
kalau dah yakin ada syurga, kenapa cari? bukankah berusaha mendapatkannya lebih baik dari mencarinya?""

quote lu..

patutnya wa tak yah nak balas hujah lu ni.. tapi lu buat maacm orang buta laa...
majlis ilmu dalam satu hadis adalah taman2 syurga..

berusaha?? mencari??

mencari tu.. berusahalah..
wat per lu nak panjang2kan kekhilafan dalam memahami perkataan ni..

lu nak membesarkan masalah ke??

kesian la kat lu sahabat..
lu tak puas hati pasal apa ni?? hehe

hussin said...

s4h,

lu kata:

"lu bagi laa contoh pemimpin sekarang yang offer nak jadi pemimpin dlm pimpinan saf PAS.."

wa jawab:

"apa maksud "presiden dan timbalan mesti ulama"? ada dalam perlembagaan pas?

siap buat jubli perak 'kepimpinan ulama' menjelang muktamar ke 55. kenapa pada ketika usia 'kepimpinan ulama' sudah menjangkau 27 tahun baru buat?

bukan kempen kah ini?"

lu balas:

"ouch..
berpeluk dalam gelap punya isu ni..

lu nak ungkit kesilapan lalu sampai bila ni?? ehehe.."

lu tak perasan ke sebab "berpeluk dalam gelap" ni telah mencemar imej pas? lu sanggup bersubahat dengan mereka? lu lebih sayangkan mereka dari jemaah? no wonder depa macam tu sebab depa tahu depa ada pengikut setia macam lu.

lu kata:

"satu lagi..
zaman ni.. Qualiti Umat ISLAM rendaah.. sebab tu.. pemimpin ISLAM pun quality rendah.."

lu jangan buat sweeping statement. wa setuju pemimpin lemah sebab ada pengikut yang kualiti lemah macam lu.

pilih pemimpin, tiap kali muktamar pemilihan bertukar perwakilan. maknanya bukan orang yang sama memilih pemimpin. sebab tu kempen sungguh2. dan pastikan perwakilan adalah "orang kita". lu tak nampak ke? lu ingat ini tak berlaku ke dalam pas?

demo hari ini, anwar hadir, lim kit siang hadir, pas diwakilkan kepada timbalan presiden. agak2 lu kenapa? nak pulihkan imejlah tu. untuk menghadapi muktamar ke 57. sebelum dari itu, serah memo pun dia, kalau bukan untuk pulihkan imej untuk apa? persepsi maa.

lu nak cari syurga tu lu cari la, sampai mati pun tak akan jumpa.

i rest my case.

SearchForHeaven said...

ya ALLAH.. astaghfirullah.. mengucap sahabat...

""lu nak cari syurga tu lu cari la, sampai mati pun tak akan jumpa""
quote lu..

bahaya statement lu ni.. sampai mati tak akan jumpe??..

TAK AKAN JUMPA------- bahaya statement ni.. sape yang tentukan ni.. Lu ke??

muhasabah bro..

nak berhujah.. kita berhujah secara benar..

jangan Mengapi-apikan..

ini macam lu tak puas hati jek..
hehe..