Friday, July 2, 2010

Yang Benci Sangat Dengan Yahudi Tu, Kenapa?



Riuh dengan berita Anwar Ibrahim bertemu dengan Yahudi di Amerika. Tak kurang juga ada yang marah-marah. Sesiapa yang berkawan dengan Yahudi seolah-olah orang itu tak ada beza dengan Yahudi. Tahulah awak tu marah dengan Israel, tapi takkanlah dengan perasaan marah tu habis semua orang Yahudi nak dibalun?

Yahudi jenis mana yang patut ditentang? Adakah memerangi mereka hanya kerana mereka berdarah Yahudi ataupun kerana perangai mereka? Kita sedia maklum perbuatan dan sikap golongan Zionis yang ditentangi dan dilawan oleh masyarakat antarabangsa (bukan orang Islam saja yang lawan Zionis) :

1. Menganggap bangsa lain adalah bangsa kelas kedua - hanya mereka saja berada di tempat teratas.

2. Menafikan hak-hak asasi rakyat Palestin.

3. Melakukan jenayah kemanusiaan terhadap rakyat Palestin.

4. Dasar penjajahan terhadap negara Palestin.

Tapi, ada atau tidak bangsa atau golongan yang bukan dari keturunan Yahudi tapi bersifat seperti di atas? Ada atau tidak golongan di negara ini yang memandang rendah golongan yang lain dan menganggap diri mereka saja yang suci (terutamanya golongan yang beragama)?

Ada atau tidak kelompok yang memandang kelompok lain lebih rendah tarafnya daripada mereka? Ada atau tidak golongan yang menafikan hak-hak asasi rakyat dan menindas mereka? Kenapa kita bising-bising dengan orang Yahudi dan menunjukkan rasa marah terhadap mereka sedangkan pada masa yang sama kita melupakan Zionis di sekeliling kita?

Janganlah kita pula yang ambil peranan mereka sebagai Zionis. Kita memandang rendah orang Yahudi, menghina bangsa mereka, dan memusuhi mereka - hanya semata-mata kerana mereka itu Yahudi, jadi apa bezanya kita dengan Zionis???

Kalau nak halakan meriam, halakan kepada Yahudi yang berfahaman Zionis, bukan pukul rata saja semua Yahudi yang bernafas di atas muka bumi ini. Tak ada ke golongan Yahudi yang menentang gagasan Israel? Tak adakah orang Yahudi yang sama-sama menentang keganasan rejim Zionis?

Facebook

Yang lawaknya, ada dari puak-puak yang anti-Yahudi ini pada siang harinya bising memarahi Yahudi, tapi pada sebelah malam mata terlekat di skrin komputer melayan Facebook. Hello kawan, kalau dah benci sangat kepada Yahudi, kenapa masih guna Facebook? Takkan tak tahu, Mark Zuckerberg itu keturunan Yahudi? Yang pi pakai produk dia tu kenapa?

Iyalah, dah kalau ketagih dengan aktiviti tagging gambar, komen, chatting, cari pasangan, cari kawan, cari awek cun - lantaklah kepunyaan Yahudi ke, sapa ke - yang penting enjoy! Hahaha~~ ^^ Saya cabar mereka, kalau dah benci sangat kepada bangsa Yahudi, jangan guna Facebook lagi. Apa macam? Ada berani?

Boikot

Ini satu lagi lawak antarabangsa yang dicipta oleh rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu yang mengaku Islam ini. Salah satu aktiviti kegemaran mereka adalah boikot bermusim! Setiap kali dengar berita Zionis buat keganasan, maka akan beredarlah risalah boikot-memboikot ini. Tak kurang juga ada yang membuat lawak lain yang menyeru aktiviti boikot-memboikot produk Yahudi ini melalui Facebook (kah kah kah nak tolak barang Yahudi tapi guna media Yahudi, kah kah kah)

Tak payah bersusah-susah nak menahan diri kalau diri itu sudah ketagih dengan barang Yahudi sejak dari kecik. Aktiviti boikot-memboikot ini tak akan berjaya selagi mana tak dapat kerjasama daripada Kerajaan Malaysia (me-nyah-kan produk-produk tertentu keluar dari negara ini) - nak buat macam mana, yang pegang lesen produk Yahudi tu kroni depa juga. Sampai kiamatlah boikot-memboikot ini tak akan berjaya.

Nak makan, guna, beli - silakanlah. Memang dari dulu lagi rakyat Malaysia duk guna produk-produk ini. Kalau boikot kang, sekejap saja - hangat-hangat tahi ayam :

1. Nak minum Coca-Cola - minumlah, selagi mana tak ada bahan haram.

2. Nak makan di McDonald - makanlah, selagi mana makanan itu dijamin halal.

3. Nak minum Starbucks Coffee - minumlah, kalau dah jenis peminat kopi.

4. Beli barangan Nestle - beli jangan tak beli, maggi tu bukan makanan orang Yahudi ponn~ ^^

5. Masuk Carrefour dan Tesco - masuk dan belilah barang yang ada di dalam tu, asal jangan beli babi buat lauk makan malam sudahh.

Yang pandai-pandai buat keluar fatwa yang mengharamkan semua di atas ini, sapa ajar?

Keturunan Yahudi

Majoriti daripada 25 orang Rasul adalah terdiri daripada Yahudi. Bermula dari Isaac sehingga Jesus. Nabi Muhammad pun, walaupun keturunan Arab - tapi baginda mempunyai salah seorang isteri daripada keturunan Yahudi - Safiyyah.

Nabi Muhammad pun kahwin dengan orang Yahudi, kita ini nak buat musuh dengan orang Yahudi? Berkawan dengan Yahudi pun salah?

7 comments:

Anonymous said...

..kerana yahudi laknatullah

Admin said...

@Anonymous

Jangan jadi rasis, kawan. Zionis laknatullah, bukan Yahudi laknatullah.

Anonymous said...

Daripada Abu Sa'id Al-Khudri r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: 'Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kamu akan mengikut mereka." Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?" Nabi s.a.w menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka."
H.R. Muslim

Anonymous said...

jawab2 admin..pandai sgt kan..jawab la..

Anonymous said...

Yg benci sgt ngan Yahudi knp?Pemimpin UMNO bljr d mn hingga jd perdana menteri.Bukankah dia pernah bljr d sana?

topijerami said...

yahudi yang dilknat Allah dalam quran...

kerana akidah mereka, dan akidah yahudi dilkanat allah itu ada dalam zionis zaman kini...

dalam quran cakap yahudi pentingkan bangsa yg di lakanat allah...

org yahudi yg berkawan dengan org muslim macam mana?2 maksudnya dia tak pentingkan bangsa

quran dan hadis nie ayat high level, sebab 2 kita ada imam besar macam imam syafie...

baca ulasan imam syafie mengenai yahudi dilaknat ALLAH..

Nadhyat said...

assalamualaikum...

kan kan...nestle, nokia, fb, mcd, starbuck, etc yahudi's right.

But I think, it's better to boycott some of them rather than use all of them..if/since there are many other options.

And gov should play role to promote local products. We do have our own social media like halalsurf..it's just becuz it's not well-known..ppl have no interst in joining it...

mmm * geleng kepala