Friday, June 18, 2010

Surat PAS Reform Pada S/U Haji Hadi



Ini adalah contoh surat yang ditaip oleh Aduka Taruna. Si AT ni sempat lagi buat lawak dalam surat tu. Dia pernah kata BM dia dalam SPM gred 9 dalam blog. Rasa-rasanya betul kut, kalau dibaca surat di atas tu ha ha ha..~

Apa ni, dari dulu lagi plan nak Langgar Hadi sampai sekarang tak dapat-dapat lagi. Ini penting untuk mendapat kepastian bahawa PAS tidak akan bersama-sama dengan UMNO. (mungkin sekarang isu UG tidak kedengaran kerana TGNA masih hidup; manalah tahu!)

Kalaulah idea goblok tersebut tidak pernah timbul, nescaya hari ini kita semua tidak mendengar nama PAS Reform. Walaupun orang yang mencetuskan idea tersebut pernah memperkenalkan idea yang bernas iaitu Negara Kebajikan, tapi tidak bermakna lain-lain ideanya itu boleh diterima.

Parti tidak akan ribut sebagaimana sekarang jika idea itu tidak muncul. Pemimpin berbalah sesama pemimpin, penyokong berbalah sesama penyokong, ahli berbalah sesama ahli - inilah bahana idea tersebut!

Memang benar Haji Hadi seorang yang berilmu pengetahuan tinggi dan mungkin seorang hamba Allah yang soleh tapi tidak bermakna itu menjadi kayu pengukur untuk melayakkannya menjadi pemimpin. Ramai yang berkata blogger-blogger dan orang yang memainkan isu UG ini adalah perosak jamaah dan parti, keturunan Abdullah bin Ubai, dan sebagainya (perangai orang PAS yang mendakwa diri mereka holier than thou).

Tapi bagi saya, yang menyebabkan kerugian dan kekalahan pada parti ialah orang yang dahulunya memperkenalkan Dokumen Negara Islam dan sekarang idea berpadu-paduang ini. Saya, sebagai blogger yang menyokong pendirian PAS Reform amat bersetuju jika diadakan wacana bersama Presiden PAS.

Sekarang, terpulang pada pihak yang sana sama ada mahu menerima permintaan ini ataupun tidak.

4 comments:

Anonymous said...

nak tanye satu soalan laaa, jika dan jika ditakdirkan TGNA sokong idea UG, apa persepsi anda, tindakan anda? begitulah kiranya TGHA telah tarik balik idea UG ni

SearchForHeaven said...

hehe.. PAS reform ni, serius tak nak buat reform ni??

asyik buat lawak je..
karang surat pun, surat lawak je.. hehe

wa tak pernah tengok orang berjuang buat lawak.. hehe..
kalu lawak selalu.. huhuhu..
kerja pun tak serius..
bila tak serius.. kerja main2..
bila kerja main2..
hahaha... takkan tak tahu kot apa maksudnya??

wakakaka..

tu pun ramai yang sokong..
sokong main2.. wakaka..
patutlaa bila aduka ajak langgar.. tak ramai yang ikut..
alasan popular.. miskin.. wakaka..

main-main betul laaaaaaa...
jom main polis sentri.. wakaka

Admin said...

@SfH

Kau ni lupa makan obat kah?

SearchForHeaven said...

hehe..

lu ada jual obat ka??
wa gelak.. pasal lawak jee..
wakaka..

bukan ke.. lu punya artikel pun ada unsur2 lucu.. wakaka..

takkan tak nak kasi wa gelak kot??
wakaka..

SPM gred 9.. lawak laa tuu..
gila luu.. budak genius gred 9...

tak lawah ke??

nak kena makan obat ke??
wa rasa.. yang tak gelak laa yang kene makan obat..

atau teori wa salah??

hehe..